Assalammualaikum, selamat petang...Sebelum mat letak entri masak, ni nak selit satu entri ala2 tutorial, yelah nak mengajar hal2 IT, memang out lah, tapi kalau hal2 dapur tu boleh lah sikit, setakat yang asas tu kan. Jadi kira entri yang ni mat tuju kan pada anak2 gadis yang baru nak kenal2 dapur, dan juga pada lelaki serta suami2 yang mana mereka perlu ambik tau juga sikit hal2 dapur. Ini untuk kepentingan anda juga di masa akan datang. Mula2 kan mat memang tak tergerak nak buat entri ni, tapi sebab mat kenangkan ada sorang kenalan mat ni...erkk tak nak lah kata sapa, hahhaa, nanti takut kena belasah woooo...mati lah guaaa...pssttt tapi kalau anda nak tau boleh ke sini....shhh diam2 okehh, jangan bagi tau dia.. JOmm kita lihat cara mat gebu siang, bagi mereka2 yang dah pakar..sila duduk diam2...zip molot tu....


A - Mana2 yang tak tau, itu lah ikan bawal putih harga mengikut saiz ikan, kalau yang saiz sederhana mungkin dalam RM 25 - RM 30 per kg. Kalau macam dalam gambar tu kurang kalau tak silap mat dalam RM 35 per kg. Pilih ikan yang segar, mata bersinar, insang masih merah dan dagingnya pejal, bila kita tekan perlahan, ia akan menganjal balik.

B - Lepas tu sebelum kita siang, dan jika anda suka trim sikit sirip2 si bawal tadi dan juga kerat sikit bahagian ekornya, tapi yang ni style mat lah, kalau anda tak nak kerat pun takpe...sendiri yang makan..betul tak...


C - Mat suka siang ikan dengan gunting, beli gunting khas untuk kegunaan dapur, kalau nak guna gunting jahit baju pun boleh...suka hati korang lahh..pengsan. Mula2 kerat bahagian bawah mulut ikan tu, gunting melintang antara 2 insang nya hingga putus.

D - Kemudian, belah perut ikan guna gunting, belah sampai sampai pangkal perut. Berhati2 jangan tergunting jari pulak...terutama anak2 dara...


E - Ok, lepas tu baca bismillah dan tarik keluar isi perut ikan tadi bersama insang2 nya. Bab ni jangan lah rasa geli pulak. Keluarkan semua isi perutnya hingga bersih..

F - Kemudian, cuci ikan bawah air paip mengalir (bukak air kecik je jangan besar2). Cuci bersih segala kekotoran, terutama kesan2 darah bewarna hitam. Jika perut ikan bawal tidak bersih, nanti akan rasa pahit jika di makan kelak. Kemudian boleh lah perap dengan jus limau nipis dan garam untuk 10 minit, kemudian cuci kembali dan toskan...


G - Akhir sekali jika anda hendak goreng kelar sedikit seperti dalam gambar, lumur sedikit garam dan serbuk kunyit rata. Goreng ikan hingga kuning keemasan dan boleh lakukan proses seterusnya samada nak masak kicap, sweet sour atau ikan bawal 3 rasa....erkk 3 rasa?...Hmmmm... Ok sampai sini dulu...salam sayang dari DTS-MAT GEBU..