ASAM PEDAS AYAM BEREMPAH.

rsz_dsc_2276
Salam semua...Kali ni nak letak salah satu menu yang mat hidang masa kak jee datang semalam. Asam pedas ayam sinonim dengan orang2 Johor. Ini satu kebiasaan bagi kami. Rasanya mat dah banyak kali juga letak resipi asam pedas ayam, cuma setiap kali, mesti sedikit berbeza. Asam pedas ni kalau anda suka boleh letak nenas sebagai pemanis, tapi kali ni mat letak sawi jeruk. Ada pelbagai versi asam pedas ayam, kalau nak letak daun kesom atau bunga kantan pun boleh, tak de masalah. Kali ni mat letak serai dan sepatutnya ada daun limau purut, tapi takde pulak dalam simpanan. Masak begini mudah dan tidak renyah, cuma apa yang perlu, rempah ratus mesti kita tumis hingga garing dan terbit minyak.Kita lihat resipi...sebelum tu apa kata kita lihat entri ini dan ini....tiada paksaan tapi insya Allah besar ganjarannya di hari kemudian...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam, kerat 18 bahagian, buang kulit, cuci bersih dan toskan
2 batang serai, dititik
5 kelopak sawi jeruk, hiris dan rendam
1 cawan jus asam jawa (lebih sikit jika perlu)
3 senduk nasi penuh cili kisar
1 camca teh rata serbuk kunyit
1/2 camca besar lada hitam (optional)

BAHAN KISAR HALUS :-)
10 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
2 biji buah keras
1 camca besar ketumbar biji
3/4 camca teh jintan halus
3/4 camca teh jintan kasar

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan serai dan bahan kisar halus, tumis hingga harum, masukkan serbuk kunyit dan masak sekejp. Masukkan cili kisar dan tumis hingga garing dan terbit minyak, guna api sederhana dan kacau selalu.
  2. Masukkan ayam, gaul rata, biar hingga ayam kecut. Tuang air secukupnya, kacau dan biar mendidih. Tambah sawi jeruk (tos dan perah dahulu). Gaul rata.
  3. Tuang jus asam jawa, tambah garam secukup rasa, sedikit gula dan serbuk lada hitam. Kacau dan masak sekejap, jika kurang kuah boleh tuang sedikit air. Rasa dan jika ok, boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain..

Post a Comment

7 Comments

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.