P1280986
Salam semua, hmmm, geram, malas, ketat, benci, menyampah, hangin, rasa tak bess dan semua sekali ada dalam diri, macam nak tengok blog pun penat, sabar jee lahh...Nak tau sebab apa?.. Sebab tadi jam 3 petang mat tertidur sampai dekat jam 5!!....Aduhh bila sedar tu aku dah hagak.. panas dah hati, telinga pun merah, mata berair2 ni...pi kat dapur nampak pinggan dalam sinki, macam aku nak banting atas lantai...hangin...Grrrr, tak suka perasaan macam ni, tu pasal mat kata dulu, aku pantang tidur siang, nasib baik kat rumah tinggal big boss, yang lain2 tatau mana pi sudah....lepas 1 jam keadaan reda.. hati sejuk..hmm baru ada mood sikit buat sesuatu untuk blog, mat tak on9 pun, sebab dalam keadaan macam tu, aku nak baca entri sendiri pun menyampah..apa lagi entri orang lain...ni cakap ikhlas...Ok nak share entri masa hati dah sejuk...yang ni pun tak paksa, sudi nak tengok sila kan, tak sudi pun mat gebu tak marah., Lempeng kelapa cicah kuah kari ikan 10 tan....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan kelapa parut putih, pilih yang kulit basah
1 cawan tepung gandum
1/2 camca teh baking powder
1 cawan + 3 camca besar air
Garam secukup rasa
Sos kegemaran, sebagai pencicah (@ kuah kari, sambal tumis)

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Satukan semua bahan2 untuk di atas kecuali sos kegemaran. Kacau rata dan biarkan sekejepa. Panaskan non-stick frying pan 8 inci, lenser dengan sedikit minyak. Kemudian cedok 1 senduk bancuhan lempeng dan ratakan dalam kuali.
  2. Masak dengan api sederhana hingga kuning keemasan dan permukaan lempeng kelihatan pucat. Berhati2 terbalikkan dan masak untuk 2-3 minit atau kuning keemasan, angkat. Buat kaedah sama untuk baki adunan hingga siap.
  3. Hidangkan bersama kuah kari atau sambal tumis atau apa2 sos kegemaran anda. Nak cicah gula pasir pun ok...Selamat mencuba!!