P1270975
Bertemu kembali, kali ni mat share satu resipi kek mudah. Mat terpanggil nak mencuba, memandangkan ramai telah mencuba. Resipi nya paling mudah, bahan2 pun tak banyak. Rasa pun hmm ok lah nice...sedap dan terasa oren dia. Mat ambik resipi dari blog Kak Ct Delima, cuma mat gantikan gula halus tu dengan soft brown sugar. Kalau tengok resipi asal, depa guna 2 cawan gula....makk aii dah tentu lah manis terlampau kan, ini kita guna 1 cawan gula peerang pun ok dah rasa dia. Oren pun betul2 ada sebiji dalam peti sejuk, kira ni memang terlaksalah kan projek kek oren kisar ni...

P1270977
Kek dia agak lembap, lembut dan ada rasa2 kesedapan oren. Kulit oren tu mat cuma ambik bahagian oren saja, omit bahagian putih, sebab nanti pahit, lagi satu, mat ambik pulp dia saja. Tau tak ini antara kek paling mudah dan cepat, mana taknya semua main kisar dalam blender. Kalau nak letak sedikit kaler oren pun ok, bagi nampak lagi menarik. Tadi mat nampak Hana Jepun ada buat tau....Ok kita semak resipi dia pulak...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji orange
1 cawan gula perang
3 biji telur gred B
2 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*(*disatukan dan ayak)
1/2 cawan mentega cair
1/2 cawan minyak jagung
Secubit garam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Oren dicuci dan lap kering, hiris kulit oren tadi, ambil bahagian kuning sahaja. Kemudian ambil isi oren, buang urat2nya. Ketepikan.
  2. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin berukuran 8 inci dengan mentega, alas dasarnya dengan kertas minyak. Mat guna acuan silicone. Ketepikan.
  3. Dalam alat pengisar makanan atau blender, masukkan oren, gula, mentega cair, minyak masak dan telur, kisar hingga semua sebati halus dan sebati. Tuang dalam satu bekas. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil digaul hingga sebati dan tepung habis.
  4. Tuang dalam bekas tadi dan bakar selama 40 minit hingga 1 jam, bergantung pada oven masing2. Sejukkan kan atas jaringan sebelum dihidangkan...