kelass.
BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram makaroni yang belum direbus
1/2 cawan daging kisar, mat guna daging ayam
1/4 biji red capsicum
1/4 biji green capsicum
1/4 biji yellow capsicum
1 batang leek, hiris dan rendam
1/2 camca teh jintan manis, tumbuk kasar
1 biji bawang besar, dadu
2 ulas bawang putih, cincang halus
5 biji cili padi, hiris halus
2 camca besar sos cili
1 camca besar sos tiram
1 cawan air rebusan makaroni
Garam secukup rasa
Bawang goreng untuk hiasan
Hirisan daun bawang/daun sup untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)
- Rebus makaroni hingga lembut, toskan dan asing air rebusan. Panaskan minyak zaitun dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih, jintan manis dan cili padi hingga harum. Masukkan sos cili dan sos tiram, kacau . Tambah daging cincang, kacau dan tuang air. Biar mendidih.
- Masukkan kesemua capsicum tadi dan juga leek, kacau rata. Tambah makaroni dan gaul pantas. Perasakan dengan garam secukupnya dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hias dengan bawang goreng dan hirisan daun bawang/daun sup sebagai hiasan..
8 Comments
Kalau uma kau bt macaroni pun..aku pun dpt semangkuk mcm ko Mat...huhuhuhu
ReplyDelete@sis_linn- haha, of coz..
ReplyDeletenakkkk...nak sarap niii...
ReplyDeleteAssalamulaikum Mat
ReplyDeleteada sebungkus dalam simpanan, dah lama beli tapi tak masak2 sampai ler ni... hihihi
idea kt sama la en mat..zla pon ingatnya nak buat macaroni goreng gak ptg ni:)...
ReplyDeletenyum2, kdg2 tukar selera best jgk, xda la tiap2 hari mkn nasi...
ReplyDeleteEntry terbaru -> Gaun Pengantin Kate Middleton Sudah Ditiru Di China... (",)
nak sarapan kat siniiii
ReplyDeletemenarik kek oren nie. en. mat nak minta petua boleh? ada tak petua yg jadikan kita tidak sakit tekak selepas makan petai? minum air banyak dah tp tak jadi juga. terima kasih atas bantuan.
ReplyDelete