ANDA WARGA PRIHATIN?...HARUS BACA INI..


Pagi semua. ok N3 selingan sekejap. Tadi mat baca di blog Ben Ashaari, pasal satu N3 dia ni, dan mat pun rasa terpanggil nak war-warkan di DTS, kita berblog ni, cara paling mudah ialah kalau kita dapat mewar-warkan pekara yang baik untuk pengetahuan orang ramai...Mat copypaste dari blog Ben saja lah yeaa...Terima kasih pada Ben Ashaari....pekara ada lah seperti berikut ....


"Nama saya Lyna, saya merupakan pemilik Scriptory Box di Puchong. Kami akan mengadakan pelancaran FAMEkids, iaitu sebuah kumpulan sokongan anak-anak istimewa (OKU). FAMEkids diasaskan oleh saya sendiri bersama seorang teman, Puan Watie yang juga mempunyai anak istimewa. Untuk pengetahuan anak saya mengalami kecacatan di kaki (kudung) dan tangan (kudung jari dan bertaut) manakala anak Puan Watie mengalami keistimewaan pada bahagian tangan (tangan tiada tulang).

Oleh itu kami merasakan tanggungjawab untuk memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa golongan OKU tidak sepatutnya dipandang sebelah mata, dan memberi sokongan kepada ibu-bapa kepada anak2 OKU. Ini memandangkan masyarakat kita masih dibelenggu mitos2 tentang kecacatan yang melanda terutama kepada bayi2 yang baru lahir. Apa yang ingin kami timbulkan ialah perasaan bahawa anak2 OKU sama saja seperti anak2 lain, mereka berhak untuk mendapat peluang yang sama seperti orang lain.
Oleh yang demikian, kami amat berbesar hati sekiranya Ben sudi untuk turun memberi sokongan kepada program ini.


Details:
tarikh : 8 Mei 2011
masa : 11am-4pm (pelancaran jam 12.30)
tempat : Wisma Bling Lustre, Tmn Meranti Jaya, Puchong


Majlis ini turut dihadiri oleh selebriti seperti Farah Deeba, Najlah Ishak, Nawar Anisah, kumpulan MIrwana, Jack Dzull dan ramai lagi.

Kami amatlah mengharapkan skongan blogger2 macam bro Ben, semoga program ni dapat sambutan. harap sangat kalau bro ben tak dapat datang pun, dapatlah letak sikit dalam blog supaya orang ramai tahu kewujudan FAMEkids ni. mana la tahu dalam ramai2 pembaca blog Ben tu ada yang memiliki anak istimewa... jadi bolehlah dia turut serta.

Kalau ada blogger yang berminat , bolehlah hubungi Puan Lyna di sauberlina@gmail.com atau boleh lawati mereka di http://www.scriptorybox.com/ ...

CATATAN MAT GEBU :- Anda pun jika sudi boleh lah letak diblog masing2...sebagai tanda kita memberi sokongan...Sekian...Salam sayang dari DTS-MAT GEBU.

Post a Comment

6 Comments

  1. Salaam Mat. Tq share. Mama copy paste dari blog Mat, kat blog ma ye. Minta halal... Semoga progrem mereka berjaya. Amin

    ReplyDelete
  2. saya pun buiat entry, copy paste dari blog BA jer.

    ReplyDelete
  3. Assalamulaikum mat..

    kak ct pun nak letak di blog kak ct lagi satu. rasa terpanggil juga dan perihatai pada anak2 yang kurang bernasib baik ni. kak ct cnp dari bolg Mat jer lah. tr kasih Mat.

    ReplyDelete
  4. Terima kasihh pada Mama Fami, IEB dan Kak Ct Delima...

    ReplyDelete
  5. sungguh prihatin...tahniah...

    ReplyDelete
  6. bagus ni...sama2 kita bantu...

    saya kenal puan watie ni. dia ada anak istimewa...tp, yg lebih istimewa lg anak dia baru brp bln dah pandai membaca...^^

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.