P1270181
Salam Jumaat semuaa, waaa udang sedapnyaa..gatalnyaa..arghh, tak pe, aku makan kuah je nanti..kann..Tapi kuah dia pun sama, jus2 udang dah keluar dalam kuah, kann. Apa kata mat makan je udang tu..wahhh...terima kasih lah pada semua sebab kata "setuju"..haha. Ini resipi unggul dari kekanda ku kak Ummi Kuantan, di sini... Dengar cerita sebab masakan ni lah abg rimau sayang kat akak ummi...kan...tu guna udang galah, kalau guna udang rimau, mau abg rimau ngekorr jee kak ummi mana dia pi..perghh...Tarikann...tarikannn..okey!..Amponn, gurau senda jee yeaa..jangan ambik hati. Resipi ni pernah tersiar di Majalah Jelita Mac 2011...hebat kan, rasa dia memang sedapppppppppp....seriuss. Mat guna udang pengantin atau nama lain, udang kaki merah...Tau tak macam mana udang tu nya rupa?. Sila tengok bawah ni yeaa...


Waaaaaaaaa..ha macam tu lah rupa dua, femes ni kalau masa nak taun baru cina kan, (gebu tak tangan tuu...hehe) mereka guna udang macam ni untuk makan busatt. Harga mungkin ikut keadaan, macam yang dalam gambar tu kurang lebih RM 48 sekilo. Perhatikan gambar kanan tu nampak kan kaler2 merah kat kaki dia tu. Udang ni memang sedap dan manis, satu lagi, daging dia tak kecut, dah masak pun dok macam tu siaa, padat dan berperisa...wahh tak leh jadi, jomm semak resipi. Terima kasih kak ummi kuantan...

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 ekor udang galah (mat guna udang kaki merah @ udang pengantin)
2 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
1/4 biji nenas madu, dihiris
1 tangkai cili hijau, belah 4
5 tangkai cili padi, diketuk
Garam secukup rasa (mat tambak secubit gula)
Sedikit minyak untuk menumis

BAHAN TUMBUK HALUS :-)
2 camca teh jintan manis
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 batang serai, hiris halus
2 cm kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Udang dibersihkan, kerat kaki2 kecil dan juga kotoran di kepala udang, cuci dan toskan. Nenas dihiris serong sederhana tebal.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bahan tumbuk halus hingga pecah minyak. Masukkan santan cair, kacau dan bila mendidih, masukkan hirisan nenas. Kemudian udang, masak hingga udang bertukar warna.
  3. Masukkan santan pekat, cili padi dan cili hijau. Masukkan garam secukup rasa dan secubit gula. Masak dengan api perlahan sambil dikacau. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih, sambal belacan dan ulam-ulaman....Pengsannnn >__<