MAGGI LAKSA ASAM...BUKAN PRODUK MAGGI.

P1270169
Salam morning pagi semua..Dah sarapan ke?. Mat sarapan lewat sikit, masa mat tulis ni, menu dalam gambar tu dah licinnnnnn...haha, habis koo aku menelannya sampai ke titisan terakhir, ishh kesian kan, macam baru baik sakit. Maggi laksa asam....bukan produk maggi?..Macam mana tu. Hmm, mat gebu apa?...Yess pandai lah semua, mat gebu kaki derhaka resipi kan, tapii kira mat improvise resipi yang sedia ada pada citarasa kita sendiri dan share lah dengn anda semua. Kot2 sama selera kan, boleh cuba. Macam resipi ni, kalau orang tengok, alaaa mee maggi aje, tapi cuma koo baca dulu, jangan main ala..alaaa jeee..aku masukkan dalam botol kanggg...macam cerita Raja Azmi tu...nakk?...Haha, gurau jee, jangan lah ambik hati...hilang tau wajah suci memasing2...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 bungkus maggi, asingkan perencah
1 1/2 camca besar pes sambal khas (resipi dibawah)
2 cawan air
1 biji telur
2 batang jejari ketam, hiris serong
1/2 kiub pati ikan bilis "Maggi"( optional)
Sos ikan secukup rasa
10 - 15 helai daun kesom
Secubit gula

BAHAN ULAM :-)
Hirisan nenas
Hirisan bawang besar
Hirisan daun kesom
Hirisan timun
Hirisan cili merah
Taugeh
Belahan limau kasturi

BAHAN PES SAMBAL :-)
2 cawan cili kisar
2 inci belacan*
1 batang serai*
10 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci lengkuas*(*kisar halus)
Garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan jus asam jawa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK PES SAMBAL :- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, tambah cili kisar dan masak hingga garing. Tuang jus asam jawa, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Terus memasak hingga garing dan terbit minyak. Sejukkan dan simpan dalam botol untuk kegunaan kemudian. Simpan dalam peti sejuk untuk tahan lebih lama.
  2. UNTUK MAGGI LAKSA ASAM :- Panaskan air dalam periuk (mat guna non-stick pan jenis mungkum). Masukkan pes sambal, bila mendidih, masukkan kiub ikan bilis, daun kesom dan telur, kecilkan api dan biar hingga telur masak. Masukkan sedikit gula dan juga jejari ketam. Masukkan maggi tadi dan perasakan dengan sos ikan secukupnya. Masak sekejap.Tuang dalam bekas sesuai, tabur bahan2 ulam dan hidangkan segera....berpeluhhh beb!!!..
MAGGI LAKSA ASAM...BUKAN PRODUK MAGGI. MAGGI LAKSA ASAM...BUKAN PRODUK MAGGI. Reviewed by Mat Gebu on 4/08/2011 10:10:00 AM Rating: 5

20 comments:

  1. errrrrrrrrrrr...makan dengan air kosong nie sedap neh..errrrr

    ReplyDelete
  2. Waaaaaaaaaa...Ady, melantaks maggie lak laaa...Mat ni saja...tayang2 nak suh Ady masak lak tu...hehehe...Buat Ady yeaa...jgn x buat..hehe

    ReplyDelete
  3. waaa telan air liur jer tengok resepi cmg nie.. maggi pun nampak sedap

    ReplyDelete
  4. mak ai...kreatif inovatis..

    lama gila tak makan maggi..=)

    ReplyDelete
  5. perghhh, maggi telur matu tu mat. kalau jual rm4 saya mesti beli.

    p/s:sebungkus maggi pun dh mahal

    ReplyDelete
  6. mak aii...sodap eh,,meleleh ayaq liuq pagi2 tgok telur tu...

    ReplyDelete
  7. Salam...wow! terliur nengok..baru balik dari kedai kelam kabut beli maggi...nak cuba try test ikut resepi nih

    ReplyDelete
  8. hadoii..
    camni pun boleh jadi..
    bila cik pulau nk balik umah nak cuba resipi2 ni sume neh..
    haihh.. tak sabar la pulak PCM..^^,

    ReplyDelete
  9. perrghhh~ banyaknya bahan untuk sebungkus megi.... hahaha... itu rasanya kena guna 2 bungkus baru menyelerakan. wakakaka

    ReplyDelete
  10. I peminat mee Sedaap. Tapi dari segi mee nya, mee Maggi lagi best dari segi kekenyalannya. Sebab itu lah orang boleh main derhaka ngan mee maggi.

    ReplyDelete
  11. wah cikmat ketif nih...nak try ahh..dah duk telan air liur jah nih...nak merasa air tangan cikmat tak tau ler lagi bile tu...

    ReplyDelete
  12. tak tahan tgk teloq mata tu...

    ReplyDelete
  13. baru lepas treatment .. terus meleleh tgk picta diatas .. oh pacik gebus..

    ReplyDelete
  14. yes.boleh la buat pasni.
    sesuai tuk dok hostel.
    bhahah

    ReplyDelete
  15. pck mat berubah wajah ke ai slah tgk blog ni

    ReplyDelete

PERINGATAN

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.

Powered by Blogger.