P1270266
Petang semua, ngantuk ke..terlepekk jeee, memang panas kan cuaca, pagi tadi hujan kat sini sekarang ni baru panas balik. Hadoi boring tak sangka ni hari..sekarang ok sikit. Pucuk paku perak goreng belacan ni mat masak tengah hari tadi, jadi mat buat n3 untuk petang. Kena lah faham kan, mat update hari 7 hari seminggu aku tak pernah pun cuti update n3 masak2...kalau N3 tulis2 kat mana je koo boleh menulis bila ada idea..tu pun idea bagus lahh jangan idea botol kicap..kang kena keji. Berbalik pasal N3 masak2, anda pun tau kan mat sebelum masukkan n3 kena pastikan ganbar tak sedikit banyak agak menarik, sebab blog masak2 ni kann sayangg..selain resipi, gambar juga ada "modal"...nak tau macam mana mat edit, boleh klik N3 yang niee....

(Gambar pucuk paku perak..ihsan dari Blog : Cookery Pot di sini.. terima kasih)

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cekak pucuk paku perak, diasingkan dari batangnya
Garam secukup rasa
1/2 cawan air
Garam dan secubit gula
1/2 biji bawang besar, hiris
1/2 camca besar sos tiram
1/2 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
2 biji cili merah*
1/2 camca besar udang kering, rendam dan toskan*
1/2 ini belacan*(*ditumbuk halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Pucuk paku dicuci dan toskan, biar kering. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, tambah sos tiram, kacau dan masukkan air. Biar mendidih.
  2. Masukkan pucuk paku, bawang besar hiris dan perasakan dengan garam secukupnya dan secubit gula. Gaul rata dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera...pengsann okeh!..
CATATAN MAT GEBU :- Mat tak galakkan bagi mereka yang mengalami sakit sendi untuk mengambil pucuk paku dalam kuantiti yang banyak, ini kerana dipercayai, pucuk paku datang dari unsur sayur yang sejuk..