Salam tengah hari semua, hadoii bosan kan, mat pun terasa kebosanan nya...tak pe lepas ni aku ingat nak lap teko2 semua,...kalau rajin. Hari ni kita masak lauk peranakan. Kenapa pulak tak guna set baba nyonya?..Sebab mat malas lahh, nak hangkut keluar dari gerobok. Jadi aku pakai jee lahh pinggan antik twin roses. Tak kesah lah, cuma keadaan peranakan tu kurang terrserlah. Gerang asam ni kurang lebih macam asam pedas saja, tapi ada lain sikit lah, mereka ni kan suka "menderhaka" atau meng fusion kan satu2 resipi tu sehingga mendapat satu resipi yang mencerminkan identiti mereka sebagai kaum baba nyonya. Wahh terbebel pulak.. Sebelum mat berpantun, nak tanya anda, betul ke lelaki lagi hebat didapur dari perempuan..hmm soalan panas nihh.. Blogger Nour Akmal ada jawapannya di sini.... Macam wartawan sudahh.....hehe..
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ikan saiz sederhana besar (guna ikan merah)
3/4 cawan air asam jawa
2 helai daun limau purut
6 kelopak sawi jeruk (boleh guna bendi)
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
3/4 cawan cili kisar
BAHAN KISAR HALUS :-)
10 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
3 biji buah keras
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci lengkuas, hiris halus
2 batang serai, hiris halus
1/2 inci belacan
CARA MEMBUATNYA :-)
SUNGAI SENIBONG BANYAK LOKAN,
BOLEH DIMASAK PELBAGAI GAYA,
GERANG ASAM RESIPI PERANAKAN
MENJADI SANTAPAN BABA DAN NYONYA.
BOLEH DIMASAK PELBAGAI GAYA,
GERANG ASAM RESIPI PERANAKAN
MENJADI SANTAPAN BABA DAN NYONYA.
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ikan saiz sederhana besar (guna ikan merah)
3/4 cawan air asam jawa
2 helai daun limau purut
6 kelopak sawi jeruk (boleh guna bendi)
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
3/4 cawan cili kisar
BAHAN KISAR HALUS :-)
10 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
3 biji buah keras
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci lengkuas, hiris halus
2 batang serai, hiris halus
1/2 inci belacan
CARA MEMBUATNYA :-)
- Ikan dicuci bersih, perap dengan garam dan jus limau, 5 minit, cuci kembali dan toskan. Sawi jeruk dikerat sederhana kecil dan rendam. Ketepikan.
- Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing dan terbit minyak. Tuang air secukupnya, kacau dan masukkan sawi jeruk (toskan dan perah).
- Bila mendidih, masukkan ikan, tuang jus asam jawa, daun limau purut, tambah garam secukup rasa dan secubit gula, nak guna serbuk perasa pun ok. Masak hingga ikan masak, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih...
20 Comments
saya tak leh cakap ape ape.. mesti la saye cakap laki, sebab banding mak dengan abah, abah lagi pandai masak.. sebab abah chef -.-'
ReplyDeleteerk da bls entry...utk entry die tu hehe
ReplyDeletewah..... tapi mmng kebanyakkan chef lelaki.
ReplyDeletewalaupun sejak zaman berzaman perempuan yang jadi suri rumah. hehehe
ha'ah..macam asam pedas ek pcm..
ReplyDeletemmg chef lelaki lg bagus biasanya..
ReplyDeletebeza dgn asam pedas sbb letak daun limau purut jer ya che mat
ReplyDeletehai abg mat gebu... hehe.. 1st time komen disini...;P
ReplyDeletewahh... menarik resipi nie nak try nie... tak dpt dinafikan lelaki kalo masak lebih sedap... so pd kaum lelaku rajin2la masak ye.. hek3...;P
hebat sgtkah lelaki? hurmmm...dlm family saya ramai lelaki xtau msk...mcm mn nak tau sedap ker tak diorang msk...mgkin diorang kena lebih rajin ke dapur...kalaulah dlm family saya mcm che mat yg rajin ke dapur, mgkin saya akan jd lebih mls ke dapur...hari2 cuma perlu siapkan menu saja...hehehe
ReplyDeleteAlaaaahhhh kalau Mat Gebu, bukan di dapur jek hebat, di ruang tamu, di meja makan dan pendek kata di dalam bilik mandi pun dia hebat menyental daki koooooo....hahahhahahaa
ReplyDeletekbykkaan chef kt hotel lelaki..
ReplyDeleteerr~ setuju kot. tapi ramai gak perempuan yg pandai masak. lelaki pun apa kurangnya. ;)
ReplyDeletepak cik mat gebu mesti lagi wajib join GA saye! saye tunggu dari saat sekaranggg! kalau tak,saye tak nak tutup lagi GA tu!! pak cik mat orang ke 560! wajib! -..-'
ReplyDeleteerkkkk...
ReplyDeletenak pilih dua2 leh x pcm??
mak pndai msak abah pulak pndai masak untuk orang yg ramai kira guna kawah or periuk yg besar..yg sikit2 abah failed..hehehe:)
AS-SALAM,em mmg x d'nafikan lh klu ore laki masok mmg sedap,tok tau mano hop tok betulnya,bahan2 lbih kure samo jah tp fuhhh mmg sedap lh klu ore laki masok,AIR TANGAN kot...
ReplyDeleteye.. selalu nmpk lelaki je kat dapur2 restoran.. hotel... mamak...segala!!
ReplyDeleteerr tapi kalau kat rumah jrg lelaki yg masuk dapur..
PCM sorang je nih...;P
Yang terbaik memasak tentu org pompuan contoh ibu saya, yang best masak org lelaki tengok ajelah kat hotel atau kat mana2 :)
ReplyDeleteNew Entry "Ratu Cantik Nyah Miss Malaysia Pahang 2010."
hye blogger mat gebu..
ReplyDeletethanks atas backlink tu ek..huhu..
tp memang mat gebu terer masak la..tgk resepi atas tu pun tau..kne salin ni..huhuhu
nak komen skit la...
ReplyDeletei dont think laki lg hebat...
as a guy who also love to cook...
i will always say my mum is a better cook...
and i think every other male cook will also say the same thing...rasenye la...
lari~~~
@ leon - yeahh..pstt pcm setujuuu!!..
ReplyDeletewaaa lauk tu betul2 mengiurkan..terus meleleh air liur..yess saya setuju lelaki sebenaqnya lagi hebat di dapur
ReplyDelete