P1270267
Salam tengah hari semua, hadoii bosan kan, mat pun terasa kebosanan nya...tak pe lepas ni aku ingat nak lap teko2 semua,...kalau rajin. Hari ni kita masak lauk peranakan. Kenapa pulak tak guna set baba nyonya?..Sebab mat malas lahh, nak hangkut keluar dari gerobok. Jadi aku pakai jee lahh pinggan antik twin roses. Tak kesah lah, cuma keadaan peranakan tu kurang terrserlah. Gerang asam ni kurang lebih macam asam pedas saja, tapi ada lain sikit lah, mereka ni kan suka "menderhaka" atau meng fusion kan satu2 resipi tu sehingga mendapat satu resipi yang mencerminkan identiti mereka sebagai kaum baba nyonya. Wahh terbebel pulak.. Sebelum mat berpantun, nak tanya anda, betul ke lelaki lagi hebat didapur dari perempuan..hmm soalan panas nihh.. Blogger Nour Akmal ada jawapannya di sini.... Macam wartawan sudahh.....hehe..

SUNGAI SENIBONG BANYAK LOKAN,
BOLEH DIMASAK PELBAGAI GAYA,
GERANG ASAM RESIPI PERANAKAN
MENJADI SANTAPAN BABA DAN NYONYA.

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ikan saiz sederhana besar (guna ikan merah)
3/4 cawan air asam jawa
2 helai daun limau purut
6 kelopak sawi jeruk (boleh guna bendi)
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
3/4 cawan cili kisar

BAHAN KISAR HALUS :-)
10 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
3 biji buah keras
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci lengkuas, hiris halus
2 batang serai, hiris halus
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan dicuci bersih, perap dengan garam dan jus limau, 5 minit, cuci kembali dan toskan. Sawi jeruk dikerat sederhana kecil dan rendam. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing dan terbit minyak. Tuang air secukupnya, kacau dan masukkan sawi jeruk (toskan dan perah).
  3. Bila mendidih, masukkan ikan, tuang jus asam jawa, daun limau purut, tambah garam secukup rasa dan secubit gula, nak guna serbuk perasa pun ok. Masak hingga ikan masak, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih...