P1270543
Salam morning Ahad semua, wahh hujung minggu sudahh...Masa untuk berehat bersama keluarga. Ada tu keluar shopping dan menjalankan pelbagai aktiviti, macam jiran mat, ni hari dia ada gathering dengan blogger. Mat gebu tak yah kata lah, kadang2 aku naik bosan ni..sebab kerja ada jee nkoo, kang nak buat R n D.. lepas tu mengoter resipi...menderhaka..haha, alah biasa2 jee. Pagi ni jom kita pi USA..saja lah try satu resipi ni, tapi mat tengok macam nasi goreng Malaysia jeee, hmm tak pe lah aku derhaka sikit, tapi masih letak nama Nasi Goreng USA, yelah kita nak derhaka pun agak2 lah kan, kalau tukar bahan2 sekali pun, kalau nama dia unik apa salah kekal kan...macam orang melayu, kawen dengan orang puteh sekali pun, mesti ada nama melayu dikekal kan..contohlah kan, macam nama "Temah Wedgwood"...haha besskan, at least tak lupa daratan..pengsann okehh >_<

P1270539
Nasi ni baki semalam, dalam 3 cawan macam tu. Jadi mat masak ikut bahan2 yang ada. Ada baki daging kisar dalam 1/3 cawan, mat letak juga. Nasi goreng ni antara hidangan popular di Malaysia, kira di mana2 saja lahh. Bila mat letak sesuatu yang ringkas, macam ni, hanya sebagai panduan dan pencetus idea, kadang2 kita seterror macam mana pun, ada masa idea akan kering juga. Kenalah rajin mentelaah blog2 orang, buku2 masakan serta majalah..tak kira lah majalah dalam atau luar negara... Erkkk pesal aku macam wartawan pulak..hehe..eh, mat kan kadang2 tak sangka budak ni boleh buat kek keju...sini...

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 cawan nasi sejuk (semalam punya), dileraikan
1/3 cawan daging kisar
3 batang jejari ketam, hiris
1/4 red capsicum, didadu
1/4 green capsicum, didadu
1/4 yellow capsicum, didadu
1 biji bawang besar, dihiris
2 ulas bawang putih, dihiris
1/2 camca besar cili kisar
1 camca besar sos tiram
1 biji telur, dipukul sedikit
Sos ikan secukupnya
Sedikit serbuk lada hitam
Hirisan daun kuchai, untuk hiasan
Telur mata lembu, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga harum. Masukkan cili kisar dan tumis hingga garing. Tambah sos tiram dan juga daging, masak hingga daging berubang warna.
  2. Tolak ketepi kuali dan masukkan telur, kacau rata dan masukkan kesemua capsicum tadi, kacau rata. Tambah nasi dan gaul hingga rata. Masuk sos ikan secukup rasa, dan serbuk lada hitam. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api.
  3. Hidangkan dengan menabur hirisan daun kuchai dan telur mata lembut, jika suka....Selamat mencuba untuk semua..