KEK GULUNG SERI KAYA..

P1270519
Malam semua, N3 terakhir malam minggu ni mat letak satu resipi biasa yang mat pernah buat dulu, cuma gantikan perisa dia dan juga corak dia kita bezakan. Minta maaf terlebih dahulu dari mat sebab tak sempat nak ambik gambar langkag demi langkah. Buat pun dah petang, mat mengejar masa. Photo shooting pun lewat, jam 7 malam tadi baru mat buat..hmm, jadi gambar pun tak berapa nak lawa walaupun mat edit siap2. Kali ni kan mat buat menjadi dengan elok, tak pecah masa mat gulung..syukur alhamdulillah...baru lah mood tu datang balik..tak pelah kesah tu pun mat dah kuburkan, walaupun ianya masih bersisa dalam hati mat gebu...hmm..pengalaman kadang2 boleh menyedarkan kita..apa2 pun kena berhati...tak semua tindakan kita orang lain suka...

P1270532
Cun juga kan kek gulung seri kaya ni, walaupun kek gulung skandal lebih memikat..erkk tatau ke, ala yang ini lahhh...klik sini.. Satu pesan mat, seri kaya tu kita sapu nipis2 jee jangan tebal, sebab seri kaya kan manis. Mat guna seri kaya Yeos, kalau nak guna yang gardenia nya pun ok, cuma kalau seri kaya yang agak pekat, kita nak sapu tu macam leceh sikit, silap2 kek kita boleh tercedera. Sepekara lagi mat nak sentuh sikit, memasak tak kira apa sekali pun memerlukan pengalaman, sebijak mana ada sekali pun dalam dunia masakan, jika tiada latihan amali, skill anda "zero". Mat tulis ni berdasarkan pemerhatian mat pada orang2 lama. Mat sendiri pun tak layak berkata2 sedemikian sebab tiada pendidikan formal dalam dunia masak2, ini cuma pandangan seorang insan yang serba kekurangan...Ok kita semak resipi mudah ni yea..

BAHAN-BAHANNYA :-)
70 gram tepung gandum*
1 camca besar susu tepung*(*disatukan dan diayak)
3 biji telur gred A
60 gram gula halus
60 ml minyak jagung (mat guna minyak canola)
2 camca teh ovallate
1 camca teh esen vanilla
Sedikit pewarna hijau muda
Seri kaya secukupnya (mat guna jenama YEO'S)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, sediakan loyang swiss roll berukuran 9 inci x 9 inci, alas dengan kertas minyak, sapu sedikit mentega pada kertas minyak tadi. Ketepikan.
  2. Satukan semua bahan2 diatas kecuali, minyak, jem blueberry dan pewarna. Putar dengan kelajuan perlahan hingga semua sebati, kemudian tukar pada kelajuan tinggi dan putar hingga kembang dan pekat.
  3. Tuang minyak dan gaul rata gunakan spatula. Asingkan 3 camca besar adunan tadi dan selebihnya tuang dalam loyang dan ratakan. Campur warna hujau muda tadi dalam adunan yang diasingkan, kacau rata dan masukkan dalam plastik bersih. Gunting bucu plastik dan paipkan secara melintang atas adunan dalam loyang tadi. Kemudian paipkan melintang tapi kali ini melawan arah dan mendapat corak kotak-kotak.
  4. Bakar 18 - 20 minit. Bila masak, keluarkan dan biar sejuk sedikit (dalam 2 minit macam tu). Terbalikkan atas plastik cling yang telah dibentang. Buang kertas lapik atas kek dan sapu dengan seri kaya rata2 dan nipis. Gulung kemas dan biar sekejap. Boleh dipotong untuk dimakan...

Post a Comment

14 Comments

  1. hadoiiiiii terliur je tengok...uwaaaaaaaa T_T

    ReplyDelete
  2. cik mat ni ada kedai tak? rasa nak temoah semua masakan cik mat..ke saye yg ketinggalan?? uihhhh gerammmm

    ReplyDelete
  3. terasa lapaq mnjengah perut ku..aduhhh

    ReplyDelete
  4. ish ish ishhh cantik nye kek tu,. mesti susah nak buat kan ?

    ReplyDelete
  5. sedappnya kek gulung..
    rajin betoi cmg ni...
    ada jerk yg nak dimasak..he..he..
    semuanya sedapp2...

    ReplyDelete
  6. cantiknyeeeeeee~rase sayang nak makan.rase nak peluk2 je sebab cantik sangat.

    ReplyDelete
  7. saya tak pernah buat kek gulung mcm ssh jer...org kata tak cuba tak tau...nti nak cubalah...^__^

    ReplyDelete
  8. yuhuuuu cik mat... dah dua hari tak mai,. sibuk bangat sampai tak sempat nak pi rounding.. tu kek ade lagi ke?? pengsannnn heheh

    ReplyDelete
  9. wahhh...kaya pulak....hmmm....dapnyeee!!! (^^,)

    ReplyDelete
  10. salam CMG cantiknye....sedapnye pepaagi bute ni terliur lak....

    ReplyDelete
  11. pcm tgn ade mgickah? cantik beno

    ReplyDelete
  12. nampak cantik dan sedap sangat kek gulung ni

    ReplyDelete
  13. salam...en mat saya nak minta izin nak copy resipi..sajer nak masak untuk keluarga sahaja

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.