Salam Rabu semua, jumpa lagi dengan mat gebu..Blogger masak2 yang paling kerap update entry dengan resipi ulang tayang...haha, kesah ke?...Mat tak kesah, janji blog aku bernyawa. Mat goreng mi hoon pagi tadi, sebab ada tetamu dirumah. Kadang2 itulah perlunya kita simpan stok bahan2 mentah dirumah, kalau ada tetamu mengejut, sekurang2nya ada lah benda nak masak. Tapi tengok juga kalau rumah anda setahun sekali tetamu datang, hmm tak yah lah, hangkut je makan luar sudahh. Mat goreng ikut apa bahan2 yang ada, taugeh takde, aku ganti kobis, rencah pulak mat guna telur, sedikit daging dan fishcake je, tapi bahan2 kisar dia ada letak udang kering..Hmm ok juga kan. Orang Johor, kalau goreng mi hoon mereka akan letak udang kering dalam bahan2 kisar halus, ada tu letak ikan bilis dan udang kering juga...bagi enhance dia nya rasa. Eh nampak pulak pulp limau katsuri dalam teh tu kan...hmmm..
Nampak togel sangat tak?...Hmm ok lah kan, biasa2 jee, tak delah togel sangat, cuma bawang goreng je tak de..habis, ni dalam proses nak membuat bawang goreng..punya lah tak berapa rajin, pakkal je mat nak masak sup ayam pencen kejap lagi, insya allahh. Tau tak, pagi ni kan tiba2 pungguQ mat sakit lah, hadoi, duduk pun tak selesa ni, kalau berdiri ok, time nak mencangkung dia sakit...huhu, tak pelah nanti dia ok lah kan.. Jom lah semak resipi ni, senang dan mudah membuatnya......Layannn..
BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram mi hoon (yang belum direndam)
1 camca besar cili kisar
1 1/2 camca besar cili sos
1 camca besar sos tiram
Kicap cair secukupanya
2 biji telur, dibuat telur hancur
1 keping fish cake, hiris halus
1/2 cawan hirisan daging batang pinang
1/4 biji kobis bulat, hiris halus, cuci dan toskan
Hirisan cili hijau/merah sebagai hiasan
Hirisan daun sup, sebagai hiasan
Bawang goreng, sebagai hiasan
BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 1/2 camca besar udang kering, rendam dan toskan
CARA MEMBUATNYA :-)
Nampak togel sangat tak?...Hmm ok lah kan, biasa2 jee, tak delah togel sangat, cuma bawang goreng je tak de..habis, ni dalam proses nak membuat bawang goreng..punya lah tak berapa rajin, pakkal je mat nak masak sup ayam pencen kejap lagi, insya allahh. Tau tak, pagi ni kan tiba2 pungguQ mat sakit lah, hadoi, duduk pun tak selesa ni, kalau berdiri ok, time nak mencangkung dia sakit...huhu, tak pelah nanti dia ok lah kan.. Jom lah semak resipi ni, senang dan mudah membuatnya......Layannn..
BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram mi hoon (yang belum direndam)
1 camca besar cili kisar
1 1/2 camca besar cili sos
1 camca besar sos tiram
Kicap cair secukupanya
2 biji telur, dibuat telur hancur
1 keping fish cake, hiris halus
1/2 cawan hirisan daging batang pinang
1/4 biji kobis bulat, hiris halus, cuci dan toskan
Hirisan cili hijau/merah sebagai hiasan
Hirisan daun sup, sebagai hiasan
Bawang goreng, sebagai hiasan
BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 1/2 camca besar udang kering, rendam dan toskan
CARA MEMBUATNYA :-)
- Mi hoon direndam atau rebus hingga lembut, toskan. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, tambah cili kisar, sos cili dan sos tiram. Tumis hingga terbit minyak.
- Masukkan daging, dan goreng hingga daging empuk, tambah telur hancur dan fishcake, tuang sedikit air, anggaran 1/3 cawan. Bila pekat, masukkan mi hoon, gaul rata.
- Masukkan kobis dan gaul lagi. Tambah kicap cair secukup rasa. Masak sekejap lagi, rasa dan boleh matikan api. Hidangkan dengan menabur hirisan cili hijau/merah, daun sup dan bawang goreng..
20 Comments
Waaaaaaaaaaaaaaaa..tangkap muat pun nampak ngam dgn tekak akak...nak duk sekali makan la Mat...hehehe
ReplyDeletecik mat...kat rumah ada tungku?
ReplyDeletekalau ada panaskan lepas tu duduk atas tungku..memang sedap sikit nanti..
pilah berurut..badan cik mat dah penat tu..nak kena manja2kan pulak..hehehe selalu dah manjakan perut kan:)
Hehe tangkap maut betul.. bee hoon goreng memang fav.. harus letak udang kering baru shiok.. betul kan cik mat.. :o)
ReplyDeletemat, cemana nak buat bawang goreng yang sedap cam beli tu?
ReplyDeletemengoda sungguh tgk mi hoon goreng tuh...perut ku sudah berlagu..
ReplyDeletesy doakan DTS ni panjang umur, biarlah rsepi ulang tayang byk manapun...
ReplyDeletepagi ni pun sarapan mihun gak..buat simple je..x de sayur-mayur pun.udang ngan ikan bilis je...licin gak hehe..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalam CMG, tampak gebu jugak mi hoon tu :)
ReplyDeleteNew Entry "SILA SAHIN berbogel untuk majalah Playboy"
Kalau ma tangkap sepinggan mihun ni, agak-agak muat tak nak pakai baju XXL mama ni? Ke, kena tukar size 3XL pulak? :D
ReplyDeletesedap sangat abg mat!
ReplyDeletemenu simple tapi nampak menarik,. membuatkan pembaca merasa lapar melihat pic ittieww
ReplyDeletecam sedap jek bihun cik mat ni...terliur ler pulak...:)
ReplyDeletepekak pun tp semua complete...aku hrtu mee hoon bodoh, lat2 letak kiub pati ikan bilis je ko..lg le pekak!..
ReplyDeleteko punya nmpak sedapppppp!
nk makan lak ase .. huhuhuhuhuhu
ReplyDeletewhatever you cook Cik Mat, it's soooooo delicious to me even MAGGI GORENG sekalipun...huwaaaaaaaaa bahasa kak zu pun jadi rojak
ReplyDeletewahh....tgk menu kt sini semua sedap2 la...sy dh cuba byk resepi2 dr cik mat..alhamdulillah..semuanya menjadi..tima kasih byk ye cik mat coz x lokek kongsi resepi...
ReplyDeletepakcik mat,nak tanya..mana pakcik blaja masak? knapa pakcik terer sgt masak2 ni..nak pengsan kite tgok blog pakcik..huhu..nak berguru dgn pakcik la camni :D
ReplyDeletecik mat, tgh skodeng2 cari resepi tersinggah page ni. aduyai, tak baik tayang gmbr sdp2 kt ibu ngidam. terliuq sudah ni. huhuhu.. dh le tgh mlm, malas dh nk ke dapur :P
ReplyDeleteAngka Ramalan, Jitu Dan Akurat SGP/HKG 2d 3d 4d yang bisa anda menangkan Hub Ki Aron di _0_8_5_3_4_3_9_0_9_1_7_8_ Kemenangan Anda Adalah Tujuan Utama Kami, Selamat Yang sudah Jackpot, thank,s roomnya tetap ups
ReplyDelete