SUP AYAM PENCEN...SAMA MACAM DULU2..

P1270662
Cakkk!!!...Hujan kat Sedenak ni, sedapnyaaa.....kalau tidur, tapi kan mat pantang tidur siang. Dah lama juga tak masak sup, ini atas permintaan bonda sejak beberapa hari lepas. Kali ni mat guna ayam pencen atau ayam tua, kalau ayam kampung lagi sedap walaupun nampak mereket jee. Sup ni kurang lebih 1 ekor, alah ayam tua ni saiz dia sederhana. Lagi pun kan, rasa dia tak de lah lembut sangat macam ayam muda. Cuma kalau nak masak cepat kena guna periuk tekanan atau pressure cooker. Kalau guna dapur biasa boleh renih perlahan hingga empuk. Kalau anda nak guna ayam muda pun tak de masalah. "Erk"...haha kenapa pulak si mat tu...nak tau kenapa klik sini..
Link
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam tua @ pencen (kurang lebih 1kg)
4 biji kentang
1 pokok daun sup, kerat kasar
1 camca besar bawang goreng
Air secukupnya, anggaran 2.5 liter
1/2 inci lengkuas, dititik
Garam secukup rasa
1 kiub pati ayam "Maggi" (jika suka)

BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 inci halia
3 keping hirisan nipis kunyit hidup
1 1/4 camca besar ketumbar biji
1/2 camca teh jintan kasar
1/2 camca teh jintan halus
1/2 camca besar lada hitam biji

BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dipotong kecil, cuci bersih dan toskan. Kentang dikupas, belah 4 setiap satu, cuci dan rendam. Ketepikan.
  2. Dalam periuk, panaskan sedikit minyak masak, masukkan bahan tumis dan masak hingga harum, tambah bahan kisar halus dan tumis hingga wangi, gunakan api kecil. Tambah ayam, gaul rata dan biar ayam kecut sedikit.
  3. Tuang air secukupnya. Masukkan bawang goreng dan juga daun sup, kacau. Masak dengan api besar hingga mendidih, kemudian kecil kan api, Masukkan kiub pati ayam (jika guna) kacau dan biar masak hingga 3/4 ayam empuk. Masukkan kentang, masak hingga kentang dan ayam empuk.
  4. Rasa dan jika kurang garam tambah. Hidangkan dengan menabur hirisan daun sup dan bawang goreng. Sedap dimakan bersama ketupat, mee hoon atau mee kuning...

Post a Comment

17 Comments

  1. amboi .. byk sgguh bahan-bahan membuatnya ye cik mat.

    mama kakchik suka ayam pencen buat rendang.

    cik mat .. cik mat .. kalo kc gi sedenak nnti .. cik mat masak sedap2 tau. biar tak cukup ruang meja. pastu kakchik siap bwk dengan tepen biru 5 tingkat sekali. bawak bekal balik. hihi ..

    ReplyDelete
  2. ayam pencen sedap tapi amik masa yg lama daaa abg mat..
    utk org2 yg cpt lapor mcm sy ni x sesuwei ahahaha..nak ayam muda je la ahaks.. ;D

    ReplyDelete
  3. ayam pencen mmg sedap bt sup atau rendang...tp jgn kena yg liat..mmg sakit jiwa makan selit kat gigi...huhuhuhu

    ReplyDelete
  4. eemmm..sodapnya klu boleh hirup sup tu....

    ReplyDelete
  5. sedapnyer....slurppp mkn ngan sambal kicap ni best kan cik mat

    ReplyDelete
  6. Salam CMG, ayam pencen nie kalau buat gulai lemak cili api pergh :)
    New Entry "Bagaimana rupa wang RM 14.2 juta?
    "

    ReplyDelete
  7. kalau laaa ayam tu leh bercakap....mesti dia kata "bila masa lak aku pencen nih"...apa pun sedap mat sup ayam tuuuuuu...panas2 makan di waktu hujan turun..fuhhhhhhh tak terkata

    ReplyDelete
  8. mase tgh2 ujan nie selain sedap tdo mkn sup panas2 pon layan gakz kan MG... sy sukew mkn sup ngan cili padi kicap perghhh... terangkat.. hehehe

    ReplyDelete
  9. sedapnya..kak...amik resepi yer...

    ReplyDelete
  10. Suka makan ayam pencen ni Mat. tringat kat kampung k.ct dulu Mat.. bila arwah atok nak makan jer k.ct tlg siat2 kan ayam tu dulu, sbb dia tak ada gigi ori lagi.. hihihi

    ReplyDelete
  11. sedapnya makan sup ngan nasi panas nih..klu ada sambal kicap lagi la pergh.. tp x nak ayam pencen la ,ayam dara lagi syok lembut je huhu..

    ReplyDelete
  12. ayam pencen tetap sedap even liat. hehe

    ReplyDelete
  13. nampak lain je skill/angle ambik gambar cik mat kali ni....... n3 yg lepas pun sama gak.. tp ok gak kan.. kita tukar gaya sesekali kan... sup ayam akak suka.. tp ayam pencen akak kurang suka sbb liat sikit.. hehe..

    ReplyDelete
  14. adehhh leleh air liur...sedapnya

    rini pun cadang nak wat sup ayam jek...mana nak dapat ayam pencen kat doha ni

    ReplyDelete
  15. krukk.. krukk.. << bunyi perut lapar.. stp kali masuk blog DTS ni mesti rasa lapar even baru lepas mkn.. hoho..

    btw, thnx for the link.. :)

    ReplyDelete

Peringatan

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.