P1240879
Waaaaaaa....masakan ulang tayang lahh, boring kan, si mat ni tah hapa2..Errkk, tapi kan mat gebu ada kesah kee....dah tentu blog guaa kann. Sebenarnya mat masak siang tadi, biasalah tekak ni nak makan ala2 sup gitu, jadi mat gebu masak lah apa yang aku rasa nak makan. Sup petola ni kan mat memang suka, lagi2 bila ada fucuk atau tauhu kering. Ada pulak udang, hmmm, lagi sedap...nasib baik tak gatal, ehh ada jari cute ter interframe, perasan tak...haha, jari sapa lah tuu. Sebenarnya mat makan dengan lada kicap, tapi kan masa ambik gambar, boleh tak letak lada kicap tu...hmm potong stimm betullahh...kalau tak mau yang tengok pun ikut stimmm kannnn..ok, nak letak ke resipi?...hmmm letak jelah kan....Oh yea sebelum tu nak war-war kan satu segmen dari blogger muda "Shaofie" di blog beliau di sini, sila2 jangan segan2 kita bagi sokongan moral pada beliau...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji petola, saiz sederhana
100 gram fucuk, kerat kecil dan rendam hingga lembut
1/3 cawan isi udang, cuci dan toskan
1/2 cekak soo hoon, kerat pendek dan rendam hingga lembut
Garam secukup rasa
4 biji bawang merah, hiris
4 ulas bawang putih, diketuk
Hirisan daun sup, untuk hiasan (tak de stok)
Bawang goreng, untuk hiasan (belum sempat buat)
Lada kicap, jika suka
Air secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Petola dikupas, cuci dan potong serong, ketepikan. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bawang merah, bawang putih hingga wangi, masukkan udang dan masak hingga udang bertukar warna. Tuang air secukupnya.
  2. Bila mendidih, masukkan fucuk (toskan dahulu), dan perasakan dengan garam secukupnya. Tambah petola dan soo hoon, masak hingga soo hoon lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  3. Hidangkan bersama nasi atau dimakan begitu saja dengan lada kicap. Tabur hirisan daun sup dan bawang jika suka...