SELAMAT HARI LAHIR dan KEK BIDAN TERJUN

P1250220
Selamat malam semua, sebelum mat teruskan dengan cerita seterusnya, di sini mat ingin mengucap selamat hari lahir pada anak dara mat gebu yang paling "junior" - Nordiana Husna Hamdan, menyambut hari lahirnya yang pertama hari ni. Sayu sungguh mat lihat wajah suci budak kecil tu bila mengenangkan menjadi anak yatim dalam usia begitu muda. Sudah suratan dan takdir Ilahi, kenalah terima dengan redha dan ikhlas. Pada Husna, pak usu doakan moga panjang usia dan sehat sejahtera hendaknya. Jadi hari ni mat buat lah kek untuk dia. Hmm tapi mat kan tak berapa puas hati dengan hasil kek ini. Bahan perhias pun tak cukup, tu nasin baik ada mat simpan "non-dairy whipping cream", kalau buttercream budak2 tak berapa nak sanga lah...

P1250212
Tapi kan, boleh lahhh, yang buat pun bukan nya pro, setakat amature, jantan pulak tu..erkk.. lain lah kalau aku menghadap membuat hias2 kek ni semua setiap hari, sah2 pakar dahhh. Ada sesiapa ke yang pengsan tengok kek besday yang ni?...Sebenarnya kek dia mat buat malam semalam dan sejukkan dalam peti sejuk, lepas tu pagi mat bangun dalam jam 5, aku kasi settlekan semua, bagi perhias. Mat guna non-dairy whipping cream, mula2 kan plan nak buat black forest, tapi dark cherry tak de, dan blueberry filling pun tak de..hmmm...apa2 pun kira ok lahhh....

BAHAN KEK SPAN :-)
200 gram tepung optima (instant cake flour)
3 biji telur gred B
50 gram mentega, cair dan sejukkan
50 ml susu segar
1 camca teh esen vanilla

BAHAN LAIN :-)
Non-dairy whipping cream secukupnya (yang telah diputar kental)
Croquant secukup nya (bertih jagung yang dikisar, boleh beli di kedai baking)
2 biji buah kiwi, kupas kulit dan hiris
Piping gel + sedikit warna biru dan merah (atau ikut suka anda nak kaler apa)
Sedikit gula manik saiz kecil2

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KEK SPAN :- Panaskan oven pada suhu 190C, lenser tin berukuran 9 inci dengan mentega, alas dasarnya dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Dalam mangkuk pemutar, satukan semua bahan untuk kek span kecuali mentega. Putar dengan kelajuan perlahan sehingga semua bahan bergaul mesra. Kemudian putar pada kelajuan tinggi hingga adunan kembang dan naik sekali ganda. Matikan mixer, tuang mentega cair dan gaul rata dengan spatula. Tuang dalam tin tadi dan bakar selama 30 - 35 minit atau hingga masak. Keluarkan dari oven, sejukkan sekejap dan keluarkan dari tin, biar sejuk atas jaringan.
  2. UNTUK KEK BIDAN TERJUN :- Kek dipotong kepada 2 bahagian, kemas kan dan buang habuk2 kek. Letak atas papan kek, dan gunakan turntable. Letak 1 bahagian kek, satu krim atasnya dan susuh buah kiwi rata2. Kemudian, letak sekeping lagi kek atasnya. Sapu krim pada keseluruhan kek tadi. Bahagian tepinya ditepek dengan croquant, hias permukaan kek mengikut kreativiti anda. Untuk tulisan tu mat guna piping tube jenis lobang kecik, tak pun boleh guna plastik yang digunting hujung nya, guna piping jell yang telah diwarnakan untuk menulis huruf...

Post a Comment

21 Comments

  1. selamat hari lahir nadia husna hamdan...
    sayu hati ayu baca entry nie..walau cik mat tayang kek yang bagi cik mat tak begitu cun..
    tapi ayu sangat hargai keperhatinan cik mat terhadap anak saudara cik mat yang tak berayah lagi


    cik mat.....semoga cik mat diberi ganjaran sebesar2nya

    ReplyDelete
  2. happy birthday buat nadia.. semoga membesar menjadi anak solehah, berjaya dan bahagia di dunia dan di akhirat... aminnn..

    che mat, k.nor tengok comel dah tu.. lg la kena tabik sbb org jantan yg buat.. akak lg keras tangan ler.. hehe

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Lahir Pertama buat anakanda Nadia Husna bt Hamdan..alahaaiii sedih akak kenangkan kanak2 sekecil tuh sudah kehilangan ayah, sesungguhnya dia x mengerti apa2...kita yang memandang terasa kesayuan di muka anak yatim ini...huhuuu...Mat, xda gambar dia ke..letak laaa...Besarnya pahala berbuat baik kepada anak2 yatim ni Mat,hanya Allah jua yg membalasnya. Buat anakanda Husna semoga akan menjadi anak yg baik dan solehah bila besar nanti..amiinn..Sampaikan salam akak buat kakak ipar Mat tu yeaa...assalamualaikum.

    ReplyDelete
  4. Salam, selamat hari lahir juga semoga dimurahkan rezeki dan di berkati amin.
    New Entry "Tuah malam :)"

    ReplyDelete
  5. Selamat Hari Lahir,kebetulan sama tarikh lahir dengan anak saya la Abg Mat. Anak saya pun hari ni genap 1 tahun.Buat Nadia Husna bt Hamdan selamt ulang tahun yang pertama.Semoga hari2 mendatang akan disinari cahaya kegembiraan.

    ReplyDelete
  6. Dah pengsan and dah celik kembali heheh.. cake tu kira cantik lah cik mat.. nampak cun pun.. kira for a guy who can deco a cake.. i tabik spring ah.. happy bday to Nadia.. cepat cepat besar ok and minta more cake fm ur pak usu hehe

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum mat...

    happy birthday buat Nordiana Husna Hamdan...semoga membesar menjadi anak yang solehah...

    ReplyDelete
  8. wah!!bestnya!
    btw..happy birthday Nordiana Husna Hamdan..
    moga panjang umur..murah rezeki...mjadi anak yg solehah

    ReplyDelete
  9. Happy birthday buat adik Husna...semoga membesar menjadi anak yg baik...amin...btw lawa dah la ek tu cik mat kalau saya buat ntah mcm mana lak rupanya...hehe

    ReplyDelete
  10. BuatAyu, kak nor, kak ummi, AAP, maziah, rima, ima, tiefazatie dannieza, mat ucapkan terima kasihh....
    @ kak ummi - pic tu ada kak, tapi hmm nanti lag saya cita..

    @ rima - betul2, eh kenapa i kata betul pulak..haha biasalah lelaki ni ada kala nak cepat jee...

    @ nieza - erkk, kalau anda buat, lagi lawaaaaaaa..itu sudah pasti.

    ReplyDelete
  11. Selamat Ulang Tahun buat Nadia Husna Hamdan. semoga kelak menjadi ank yang soleha ya cygg. Bahagianya mereka mempunyi pakcik yang begitu perihati pada anak2 saudaranya.

    Kek tu kalau buat tuk k.ct nya birthday nnt bole lah ya mat... hehehe. Tua dah kakak ni mat, tak payah lah nak sambut2 segala..hihihi

    ReplyDelete
  12. Happy Birthday Husna...

    Cik Mat ~ kita selalu nak try buat cream guna whipping cream. Boleh tak Cik Mat tunjukkan whipping cream yang mcm mana sesuai nak buat ...

    ReplyDelete
  13. selamat ari lahir buat nadia husna... mudah2an jadi anak yg bijak pandai dunia akhirat nak yer.. kasi buli pak ucu ko tuh banyak2.... muekekekekeke

    ReplyDelete
  14. @ kak ct - terima kasihhh..kak we love u, orait, saya buat kan kueh boulu ek utk akak nanti..haha..wahh pengsan CM dengar..jatuh camera dia kang..amponn!!..

    @ chik att - saya guna non-dairy whipping cream dan putar ikut arahan pada kotak. Ada nisbah tertentu, kena campur susu segar. Kalau whipping cream kita terlebih putar dia jadi cair, tapi kalau non-dairy whipping cream kalau terlebih putar, dia jadi keras, susah nak lepa atas kek..nanti saya tunjuk yea contohnya..

    @ hana - terima kasihh..amboihh...kan mainnn..

    ReplyDelete
  15. selamat hr lahir sayang... smg membesar jadi seorg yg tabah dan berjasa kepada semua.....

    ReplyDelete
  16. Nordiana Husna Hamdan, Bonda Sari doakan semoga Husna panjang umur & sentiasa dibukakan pintu rezeki & rahmat oleh Allah swt, Amin.

    Jangan lupa bila besar nanti belajar buat kek dari Pak Usumu ini tau, nanti boleh buatkan untuk Bonda Sari... hihi.

    Soalan: Cik Mat, piping jeli tu cemana nak beli ye? Memang namanya piping jeli ke?

    ReplyDelete
  17. abgMaaaaaaat!..bukak2 nampak plak Keeeeek!..mak ai..No mmg suke bab2 kek nih huhu..

    No nak ucap SELAMAT HARI LAHIR untuk Nordiana Husna Hamdan..semoga panjang umo, murah rezeki dan ceria selalu..

    Betul tu abgMat..No penah guna whipping cream ni tp silap cara la plak..jd cair..last2 buat sapu lam roti je huhu..tp yang jenis pakai spray tu boleh kita guna gak kan abgMat..kwn ada bgtau tp No tak guna lagi..

    ReplyDelete
  18. Happy Birthday Nordiana Husna Hamdan. Che Mat ni a good pakcik la.. Tengok kek Che Mat, terasa2 air lior meleleh ni.. slurrrrppp!

    ReplyDelete
  19. happy birthday adik husna ^^

    btw cik mat, even kek bidan terjun, ia sangat cantik!! ^^ nyum3

    ReplyDelete
  20. selamat hari lahir nadia husna hamdan,

    i pon nak jadi anak teruna mat lahh

    ReplyDelete
  21. Hepi Besday Husna!!! dari mak usu sekeluarga, copenhagen denmark.
    Waaaaa...mat! nko ingat nko sorang jer ada panggilan pak usu, aku mak usu tau! dalam family aku ar..hihi

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.