FRUITY BRAIDED BREAD..

P1240952
Salam petang semua, buat apa tu, masa hujan2 ni selain minum2 kopi, tidur juga satu aktiviti wajibkan. Petang ni mat letak N3 roti, pagi tadi mat jalan2 ke blog kak ummi kuantan, disini.. Ternampak dia buat roti ala2 roti stolen yang omputeh buat masa krismas. Nampak macam sedap jee...macam bess jeee..macam geramm jee.. Tapi memang betul, sedap dan harum dengan bau buah2an kering. Minum pulak kopi panas kurang manis, hadoii makk, pulak hari hujan, hmmm lomentik nkoo, tapi time2 bajir tak payah lah, takut rumah dinaiki air, tak sedar hanyut pulak nanti..erkk..Berhati2 yea pada mereka2 yang kawasan kediaman dinaiki air...

P1240953
Roti ni kalau kita perhatikan ala2 roti pintal atau roti tocang. Mat rasa kan kalau nak buat comey, boleh buat 2 ketul. Tapi ini mat buat 1 je, jadi besar punyaaa roti. Hmm ok lah, ni mata
punya lah mengantuk tahap dewa..Jom semak resipi...Terima kasih pada Kak Ummi Kuantan dan juga Gert....

BAHAN-BAHANNYA :-)
350 gram tepung roti
40 gram gula halus
1/4 camca teh garam halus
7 gram instant yeast
1/2 camca teh bread improver (resipi asal tak guna)
1/2 camca teh berad softerner (resipi asal tak guna)
170 ml susu segar
1 biji telur + 1 camca teh esen vanilla, kacau rata
45 gram mentega
150 gram buah2an campuran
1 biji telur*
1 camca besar susu*
1/2 camca teh esen vanilla*(*disatukan dan kacau rata, untuk sapu atas roti)
Badam keping, untuk hiasan
Gula pasir, untuk hiasan.

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH :- Satukan tepung roti, gula halus, garam halus, bread softener, bread improver dan instant yeast. Gaul rata. Bancuhan telur disatukan dengan susu, kacau rata dan tuang dalam tepung tadi. Gaul rata hingga menjadi doh.Tambah mentega dan terus menguli hingga menjadi doh yang lembut dan kenyal. Jika terlalu lembut, tabur sedikit tepung. Kemudian masukkan buah2an campuran dan gaul hingga rata. Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan bungkus dengan plastik, biar naik sekali ganda, kurang lebih 1 jam. KEADAH LAIN :- Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk doh, tekan on dan biar hingga siap..
  2. UNTUK ROTI :- Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, tabur sedikit tepung. Bahagikan doh kepada 3 bahagian sama besar. Gelek setiap bahagian sepanjang 30 cm. Kemudian buat tocang dan kemaskan bahagian pangkal dan hujungnya. Alih dalam dulang yang telah dilenser dengan mentega. Biar naik sekali lagi selama 45 minit.
  3. Sapu telur rata2 dan tabur gula pasir dan badam keping. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 35 - 40 minit atau hingga peerang keemasan. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan..

Post a Comment

12 Comments

  1. whoaaaaaa...nampak lebiut bebeno roti tuh..yummyyyyyy
    aku dh lama x kena sawan..sbb oben roak..huwaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  2. @ Linn - hahaha, apa lagi "kak" linn, rembat lag satu, oven baru..ahak biasalah aku kan baru 25..muda sembilan taun dari koo kan..haha..

    ReplyDelete
  3. sedap nya abg MG.. lapar pilak..adoi..
    boleh la buat roti ni untuk diet.. heheh

    ReplyDelete
  4. salam..cik mat..jelesnya tgk set bunga kangkong diaaaaaa!!!!!!

    hepy belated bday yang ke 25 plus 10..haha..sgt jeles ngan cik ayu citarasa rinduan sebab dia dapat jumpe cik mat..wah!!!ini tidak adil..hehe...

    semoga cik mat terus sukses ya!!!

    ReplyDelete
  5. cantik dan gebu roti CMG ni..geramm tengok...
    cantik juga set cawan tu...

    ReplyDelete
  6. cantik le mat gebu punya roti...sebenarnya dah ikut mat gebu punya ni lama dah cuma x dak blog je...ni dah ada leh la ikut selalu..

    ReplyDelete
  7. Waaaaaaaaaaaaaaaaa...cepatnya kena jangkitan roti nih kat Sedenak...nak tumpang bersila sini laa...akak punya anak2 hentam bwk balik U dah hari tu....hehe

    ReplyDelete
  8. Selamat petang sifu.cantiknya trade mark kat gambar memang dah boleh panggil Chef Adnan heehehe..aduh x tahan nengok roti ni..bila nak buat ni? mintak seketol boleh? sedapnya!

    ReplyDelete
  9. wah sedapnya roti bercampur buah2 kering tu...nanti leh cuba ni...thanks for sharing CMG...btw saya bawa mai seketoi roti berinti raspberry ni bg CMG rasa...hehe

    ReplyDelete
  10. itu bread aku tak heran, tapi mataku terbeliak tengok watermark Cik Mat tu... jelez... jelez!

    ReplyDelete
  11. salam mat gebu,nak tanya,mat gebu guna tpung roti aper yer...

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.