kt1
Assalammualaikum, selamat petang semua...Hehehe...terima kasih pada semua yang memberi komen membina dalam 2 N3 yang lepas tu....Terima kasih juga pada blogger "Eyriqazz" atas N3 dia pasal DTS - Mat Gebu disini... mat kerap skodeng blog dia tu sebenarnya, pada Kak Ina Kl pun, terima kasih yeaa, akak kan geng masak2 dan geng antik saya. Tak lupa pada blogger "Ummi Alifya" atas ucapan tahniah itu, terima kasih..hehe. Oh yea dalam kesempatan ini mat ucapkan takziah pada keluarga seorang blogger "Aishah" yang telah kembali ke rahmatullah pada hari Isnin 22.11 2010. Berita mat terima dari Ben Ashaari pagi tadi, Al-fatihah untuk arwah moga allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Sedih mat tengok wajah comey anak2 arwah tu boleh, klik sini untuk ke blog arwah.....huhu....sudah ketentuan Ilahi, apa2 yang berlaku hanya penyebab. Tak lupa untuk Abang Nasir (abang pada kakak ipar mat), takziah juga atas pemergian anak lelaki beliau yang berusia 17 tahun, semalam, al-fatihah juga untuk arwah. Hmmm, ok lah mat share resipi ni yeaa....

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 ekor ketam saiz besar
1 cekak daun turi muda bersama bunga2nya
1 keping asam gelugor
300 ml pati santan
1200 ml santan cair
2 batang serai, dititik
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci belacan
4 biji cili merah
1/2 inci kunyit tua
1 1/2 inci isi cekur

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ketam dibuang kulit keras, kerat kaki2 kecilnya, jangkir ketam diketuk sedikit. Kerat dua ketam tadi dan cuci segala kekotorannya, toskan. Daun turi diasingkan dari tangkainya, cuci dan tos kan.
  2. Masukkan ketam ke dalam periuk, masukkan serai, asam gelugor dan bahan kisar halus, kacau rata dan masak hingga mendidih. Tuang santan cair, kacau rata. Bila mendidih, masukkan daun turi tadi, masak hingga daun lembut.
  3. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula (nak guna serbuk perasa pun ok). Tuang pati santan, kacau dan masak dengan api sederhana sambil dikacau sekali sekala. Kemudian rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas bersama nasi....