CHESDALE MUFFIN DAN KHASIAT SUSU.

Chesdale Muffin
Salam semua, buat apa tuu, hmm, lepas2 raya ni, agak malas nak masak. Makan pun yang mudah2 saja, macam singgang ikan dan sayur2. Tapi hari ni mat tergerak nak buat satu resipi chesdale muffin. Resipi ni mudah dan sedap. Serta berkhasiat sebab mengandungi keju dan susu didalamnya. Bercakap pasal susu, anda semua minum susu?...Hehehe..mat sendiri kalau susu segar tak boleh nak minum, sebab tak tahan dengan bau "kelembuan" nya, kecuali susu tepung atau yang telah diberi perisa. Tapi susu khasiatnya banyak, untuk membentuk gigi, daya tahan tubuh yang kuat dan sihat serta memelihara tulang kita sekuat "besi"... Penting juga untuk ibu2 mengandung mengambil susu sebagai hidangan wajib. Disamping itu buah2 juga penting, mat pernah juga dengar, buah "Lai" boleh menurunkan tekanan darah tinggi....ehem ehem...HEBAT kann...

Chesdale Muffin
Jadi disebabkan itu mat buah lah muffin yang boleh dikategorikan sebagai sihat juga lah..tapi kalau koo makan sekali hadap 5-6 ketul, khasiat lain pulak timbul. Muffin ni senang, lepas tu kan lembut, boleh juga dimakan bersama sos cili atau apa2 sos yang anda suka. Hidangkan tika minum petang atau sarapan pagi. Bawak berkelah pun boleh, untuk majlis hari jadi pun sesuai, pendek kata versatile lah senang cerita. Kalau nak banyak guna muffin cup saiz comel2. Yang mat buat ni dapat lah dalam 8 biji. Tu pun mat gebu bedal 1 1/2 ketul...hmmm susah lah sebab sedapp..kalau ikut kan hati 3 biji anytime boleh jalan...sabar2....hehehe....dah siap2 ke, mari kita lihat resipi senang ni....

BAHAN A :-)
1 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour)
3/4 camca teh baking powder
1/2 camca teh garam
1/2 camca teh serbuk jintan manis

BAHAN B :-)
2 camca besar mentega, cair dan sejukkan
1 biji telur gred A
1/2 cawan susu cair "Ideal"
2/3 camca besar gula halus

BAHAN C :-)
1 biji bawang besar, didadu dan goreng dengan sedikit mentega hingga layu, sejukkan
1 pokok kecik daun bawang, hiris halus
1 biji cili merah, belah, buang biji dan dadu kecil2
3 keping keju chesdale, didadu kecil

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan2 "A", gaul rata dan ayak 2 kali. Ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, satukan semua bahan2 "B", kacau dengan whisk hingga semua bersatu dan sebati.
  3. Masukkan semua bahan "C" ke dalam no. 2 tadi, gaul rata. Masukkan no .1 dan gaul perlahan hingga semua sebati dan mesra, jangan gaul lama2.
  4. Sudukan 3/4 penuh dalam muffin cup, bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 - 30 minit atau hingga permukaan muffin keemasan.
  5. Sapu mentega cair atas muffin panas sejurus dikeluarkan dari oven, jika suka. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya. Boleh hidangkan untuk sarapan atau minum petang....Selamat mencuba!..



Post a Comment

14 Comments

  1. Salam Mat... aduyai, sakit perut ma gelak tau. Ada eh bau 'KELEMBUAN'. Ma bacakan kat hubby, dia pun gelak. Siap tanya lagi, ada ke perkataan KELEMBUAN tu. Ma kata.. with Mat Gebu, everything is possible! Hahahaha.. ada ada je ko ni Mat...

    ReplyDelete
  2. cik mat

    bercerita tentang susu, ayu dapat maklumat dari pakar diet..kalau seseorang yang alah dengan susu, tapi boleh makan yougut...

    maknanya, seseorang tu tak ada enzim susu dalam badan...so...kena amalkan juga....mulakan dengan kuantiti yang sedikit..

    sangat gagus utk gigi dan tulang, yang pasti kurang lemak atau rendah lemak..

    ReplyDelete
  3. salam ayu..
    Terima kasih atas info tambahan tu..

    ReplyDelete
  4. mat..kao kan macam nutritionist pencenlah plak..siap bagi penerangan pasal susu..very informative plak tuh..kalau kao bedal 1 1/2..kompem..chemp bedal...5 skali jalan..kan tekak anaconda,.,.semua telan..hahahhah

    ReplyDelete
  5. Salam Mat,
    Hari ni akak pun buat muffin... tadi baru copy resepi kat sini....nah akak bawakan tuna cheese muffin....akak ambil seketoi ya chesdale muffin ni...kita tukor2..ekekekeke...mmng nmpk sedaplah muffin tu....

    ReplyDelete
  6. en mat..kalo nak tuko susu cair ngan susu segar boleh ke?

    pastu nak tukar butter ngan minyak jagung...

    sangat sesuai untuk yana yang tak minum susu nieh...huhuhuhuu

    ReplyDelete
  7. salam chemp...
    Hehehe, alah mcm tak biasa, mat gebu kan semua boleh..lepas ni nak cerita hal sakit puan pulakk..hehe..

    salam kak yatie...
    Boleh kak, ada last 2 ketul kat dapur, lepas dihijrahkan pada anak2 buah saya...tunggu kat simpang 3 ok.

    salam lyana...
    Boleh saja, tukar minyak dan juga guna susu segar, tak pun ganti dengan susu soya...

    ReplyDelete
  8. salam mat...aku nampak sardin ayam brand kat blkg tuh. ko baling kat aku mat! boley?? kekekeeee

    ReplyDelete
  9. Hahahaa ayat power ala2 keji pun ada! Hahaa...at mmg kena dan ngam sangatlah cheese dan susu tu...mmg boleh menguatkan urat2 jgk ala-ala BESI gitu kan, dam menambahkan lagi keHEBATan seseorang kan Mat kan...waaaahh mcm nak ngap jek muffin tu..adeeii nak buat la balik kang...x kira..ya laaa, kita x kira apa2 pun Mat kan, lain la org yg tengah mengira setiap hari..jeles kan Mat kan..apapun ko jgn makan hati, dia HEBAT..! Hahahahaa..waaah kena mintak ampun ni kang Mat!

    ReplyDelete
  10. MAT....eyna nak cuba ler.... cam sodap jer.... lain dri yg lain.... ada sesayur gituuuu

    ReplyDelete
  11. en mat, sedapnye nampak muffin ni...

    ReplyDelete
  12. wa antara golongan yg tak suka susu..so kena carik mkanan lain tuk gantikan susu..

    ReplyDelete
  13. salam hana...
    Erkk tu ikan tuna dalam tin..hehehe..

    salam kak ummi..
    Biasa lah kak, nak HEBAT kena minum susu, sambil makan buah "lai"..

    salam ummi eyna...
    Yess cuba jgn tak...berbaloi2..

    salam yusparisa..
    Sedap..tapi bukan semua selera manusia sama..kan.

    salam KSWSK..
    OO tak pe, luu boleh ganti susu tu dengan susu soya..kalau butter pun luu rasa tak nak, waa cadang ganti dengan minyak jagung..kalau tak de, belasah minyak kelapa sawit, tak de masalah.

    ReplyDelete
  14. en mat..

    muffin dalam oven...kang jak lagi yana kopipes resipi dalam blog ek... hehehehe...thanks...

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.