Salam semua, hmmm malas nak update blog, tapi kan kalau tak masukkan apa2 N3 rasa macam tak sempurna hari tu. Bergantung juga lah pada keadaan, kalau ada hal2 yang tak boleh nak dielakkan, terpaksa lah tak masukkan apa2 N3, atau pun buat auto publish. Kadang2kan kita sebagai blogger dan manusia biasa perlu terima hakikat..sesuatu yang kita berkongsi dengan orang lain tak kesah lah samada info atau pun resipi, perlu ada ke ikhlasan. Walaupun satu hari mereka yang pernah menagih pertolongan dengan kita dulu, melupakan kita bila mereka berjaya. Pada mat lah, mat tak akan letak satu expectation yang tinggi pada seseorang tu, maksudnya, kalau kita beri yang terbaik, mat tak pernah harap menerima balasan yang terbaik juga dari mereka...kita kenalah terima hakikat bahawa manusia cipataan Allah ni bukan semua sama dari segi pemikiran....betul tak apa mat tulis nih..
Ok, hari ni mat habiskan baki ketupat nona yang tersimpan dalam peti sejuk, adalah dalam 6 ketul saiz kecil. Terfikir juga nak buat apa lah kan, tadi pagi tengok dalam peti sejuk, keluarkan apa yang perlu dan dengan tidak disengajanya terjadi lah "ketupat goreng pedas". Tapi guna apa yang ada je, jadi tak nampak vogue sangat kan. Mat ada letak daging, kalau tak suka boleh ganti dengan daging ayam atau udang. Kalau nak letak taugeh pun sedap kot, tapi yang ni mat cuma letak kobis dan capsicum hijau...adehh darurat lahh, guna apa yang ada jee...Ok jom mat share resipi dia..
BAHAN-BAHANNYA :-)
6 biji ketupat "Nona" saiz kecil, dibelah 4 setiap satu.
150 gram daging batang pinang, hiris kecil, cuci dan toskan
1 batang kek ikan, hiris
1/2 biji capsicum hijau, didadu
2 kelopak kobis bulat, hiris kasar
2 biji telur
1 1/2 camca besar cili kisar
1 camca besar sos tiram
1 camca besar sos cili thai
5 biji bawang merah, hiris halus
4 ulas bawang putih, cincang halus
1 kiub ayam "Maggi"
1/4 cawan air
Secubit gula
Kicap cair secukupnya
Kicap pekat secukupnya
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan
Belahan limau kasturi, untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)
Ok, hari ni mat habiskan baki ketupat nona yang tersimpan dalam peti sejuk, adalah dalam 6 ketul saiz kecil. Terfikir juga nak buat apa lah kan, tadi pagi tengok dalam peti sejuk, keluarkan apa yang perlu dan dengan tidak disengajanya terjadi lah "ketupat goreng pedas". Tapi guna apa yang ada je, jadi tak nampak vogue sangat kan. Mat ada letak daging, kalau tak suka boleh ganti dengan daging ayam atau udang. Kalau nak letak taugeh pun sedap kot, tapi yang ni mat cuma letak kobis dan capsicum hijau...adehh darurat lahh, guna apa yang ada jee...Ok jom mat share resipi dia..
BAHAN-BAHANNYA :-)
6 biji ketupat "Nona" saiz kecil, dibelah 4 setiap satu.
150 gram daging batang pinang, hiris kecil, cuci dan toskan
1 batang kek ikan, hiris
1/2 biji capsicum hijau, didadu
2 kelopak kobis bulat, hiris kasar
2 biji telur
1 1/2 camca besar cili kisar
1 camca besar sos tiram
1 camca besar sos cili thai
5 biji bawang merah, hiris halus
4 ulas bawang putih, cincang halus
1 kiub ayam "Maggi"
1/4 cawan air
Secubit gula
Kicap cair secukupnya
Kicap pekat secukupnya
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan
Belahan limau kasturi, untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)
- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang merah dan putih hingga harum, masukkan cili kisar, cili sos thai, sos tiram dan kiub ayam, kacau rata dan tumis hingga garing, masukkan daging, kacau dan tuang air. Biar hingga daging lembut.
- Masukkan fish cake dan capsicum, tambah sedikit kicap cair dan gula, kacau dan masukkan kobis tadi. Gaul rata dan tambah ketupat tadi, kacau hingga mesra. Tolak ke tepi kuali, masukkan telur dan biar telur sedikit mengeras.
- Kemudian gaul ketupat tadi bersama telur. Tambah sedikit kicap pekat bagi mendapatkan warna menarik. Masak hingga kering tetapi masih lembap. Rasa jika kurang masin, tambah kicap cair. Angkat dan tabur hirisan daun bawang, bawang goreng serta belahan limau kasturi sebelum dihidangkan...
17 Comments
Kalo ada ayah cam En. Mat Gebu ni kan best. Ari2 mkn sedap-sedap smpai jadi gebu .. hehe ..
ReplyDeleteSimple n sure sedap..suka ayat guna apa yang ada.
ReplyDeleteWaaa..keikhlasan ko mmg terserlah Mat..biarpun muka ko x penah teserlah lgk di alam maya ni..hehee..Apapun ketupat pedas ko buat akak terliur jek taaauuu...kalau dpt sepiring xyah la masak tuk pose kang...hissshh, terliur tul tgk pedas2 gitu..
ReplyDeleteterliur la walaupun tgk gambar ja... actually saya admire cara mat dalam bidang memasak.. very creative..:)
ReplyDeletebagusnya idea ni che mat...
ReplyDeletesaya ada dekat 10 bijik lebih tu. kuah kacang dah abes la plaks...
suka la resepi2 en mat gebu ni..mudah je cara masaknye..saye yg tak pernah pandai ni pun senang nk ikut..saye akan jadikan blog ni sbgai blog rujukan masak saye nnti..hehehe..raye haji nnti dah nk kawin,masak tak pndai2 lagi...huhuhuu..en mat gebu,jemput la ke kenduri kawin saye..nnti leh saye mintak en mat gebu buat hidangan makanan beradap bleh tak?hehehe
ReplyDeletesalam....dlm peti akak tu pun ada balance ketupat nona, ok gak idea mat ni...
ReplyDeleteslmt hari raya Mat, mudah2an rezeki mat murah sb selalu kongsi resepi kt sini.
CMG....bukan saja tertarik dengan masakan itu, tapi lebh menarik ialah teko, cawan dan piring cabbage ros iteww...!!!!!
ReplyDeleteKak Azzah8
http://www.nostalgialama.blogspot.com
slm..
ReplyDeletecik mat...
sy nak tanya sikit ni..
pe kueh tradisional negeri johor ek..
dh 2thn lebih duk sini xpenah tau pe kueh negeri johor ni...
selalu p pasar jumpa kueh lbh kurg sm je dgn kt kg. (perak)..
teringin gak nk mkn kueh yg xpnah mkn ni...
** i like makan..**
C Mat Gebu! salam..
ReplyDeletesemalam kita godek2 blog ni.. untuk cari resepi puding karamel.. terjumpa dan terus buat..!
menjadi!
terima kasih ya!
nanti kita upload di blog.. sudi2 la tengok ya!
terima kasih.. :)
my favorite... selalu buat guna resepi nassi goreng kampung jek pun sedap...
ReplyDeletecik mattttt...tak tahan tengok teko aladin bunga kobis tuuuuuuuuuuuuuuu........melelehhhhh
ReplyDeletehumm..kreatif btl abg nat nih..nk try la....humm, yummy..yummmyyy..
ReplyDeletemenarik..kang leg buat ni..mekasih cik mat..
ReplyDeletehuh, kalau dh tgn chep, men cmpak2 pown sodap... :)
ReplyDeleteKalau dah terror masak macam Cik Mat, campak2 je pon sedap... hehe.. Menu wajib utk breakfast time2 raya...
ReplyDeleteemm..bestnye kalau terror masak macam mat gebu kan..saya x pandai sangat masak..kena selalu2 lawat blog mat gebu ni..sebab x lama lagi dah nak kawin..malu kat mak mertua kalau x pandai masak..huhu..
ReplyDelete