KERABU DAGING BIBIK NEO..

Kerabu Daging Bibik Neo
Assalammualaikum untuk semua dan salam hujung minggu. Dah makan tengah hari kesemua... Mesti ada yang bawak family berjalan2 dan tak lupa juga untuk geng2 blogger antik, selamat berhunting lah yeaa...kalau dapat teko lawa, ingat2 lah pak tua di sini....Ok hari ni nak share satu resipi mudah ala2 peranakan cina melaka atau lebih dikenali sebagai "Baba dan Nyonya".. Pada mat sudah menjadi satu "kemestian" akan menyelitkan resipi peranakan memandangkan dalam dalam susur galur keluarga kami, memang ada yang berketurunan baba dan nyonya. Seperti mat pernah tulis pada N3 lepas, ini saja lah yang boleh mat sumbangkan supaya seni warisan mereka tidak hilang begitu saja....Ada lagi satu resipi "peranakan" akan muncul dalam N3 akan datang..tunggu yeaaaa....eh..seperti biasa, kena lah pantun dulu...hehehe...

NEO LAWA BERBAJU PANJANG,
TERSEMAT INDAH DENGAN KROSANG,
KERABU DAGING BUATNYA SENANG,
SEKALI RASA TERKENANG-KENANG.

BAHAN-BAHANNYA :-)
250 g daging batang pinang, kerat 4*
1/2 inci halia, diketuk*
2 ulas bawang putih, diketuk*
400 ml air*(*direbus hingga daging lembut)
1 1/2 cawan isi manggga muda yang telah diracik#
2 biji tomato, buang biji dan racik halus#
6 biji bawang merah, hiris halus#
1 batang serai, ambil bahagian putihnya sahaja dan hiris halus#
1 kuntum bunga kantan, hiris halus#
6 biji cili padi, hiris halus#
1 genggam pucuk daun kesom, hiris halus#
4 - 5 biji limau kasturi, ambil jusnya
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Daging dihiris nipis, jika besar, carik sedikit. Masukkan ke dalam bekas bersama bahan2 bertanda (#), gaul rata. Tambah garam dan gula secukup rasa. Perah jus limau kasturi mengikut tahap kemasaman yang anda ingin kan. Gaul hingga semua rata.
  2. Simpan dalam peti sejuk 20 minit, boleh hidangkan bersama nasi hangat dan lauk2 yang lain.Hidangan ini amat sesuai, jika anda baru pulih dari demam..Kalau tak suka pedas, ganti cili padi dengan hirisan cili merah....Selamat mencuba..

Post a Comment

6 Comments

  1. Masam, masin, manis, pedas semua ada.. mesti cuba ni!! gerenti sedaaaap..

    ReplyDelete
  2. salam umialya...
    Jangan tak cuba, buatnya senang, dan rasa dia insya allahh sedap, lagi2 kalau tekak tu baru lepas pulih dari demam...

    ReplyDelete
  3. salam mat...

    masuk jer ke dapur mat mesti lapar walaupun tekak ni sakit...nanti2 leh cube resepi ni....

    ReplyDelete
  4. Pasal kerabu ni... semua jenis saya suka.

    ReplyDelete
  5. salam DJ...
    Tekak sakit pun sedap makan ni, ada masam2, pedas...

    salam ton nabe...
    Sama lah kita tok nabe...semua jenis kerabu saya rembat..i likeee!!!

    ReplyDelete
  6. ermmm mesti best ni. hidangan yg menyihatkan hehe.. rajin abg mat gebu ni masak2,kan. abg mat gebu ni surirumah ke?huhu :P untung wife abg mat

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.