ASSAM KARI IKAN DURI..

Assam Kari Ikan Duri
Assalammualaikum, salam hujung minggu semua, dah makan tengah hari?.... Nak share sikit perasaan mat yang begitu stress hari ni, tatau kenapa lah, tiba2 rasa nak hangin saja....aku tengok burung dok bising2 kat pagar pun macam nak pi pijak-pijak biar penyek...macam ayam penyek....hmm, dalam hati tu rasa macam ada perasaan semacam...mesti iblis dok berdiskusi sambil cucuk2 bagi aku naik marah....Astafirullahh...moga Allah mengampun kan dosa2 ku....Ok, marah ke, stress ke, macam nak pingsan ke, memasak tetap kena, bab yang ni memang kena buat...dan kena lah ikhlas walaupun dalam keterpaksaan...Resipi ni rasa2nya dah pernah letak dulu, Assam Kari ni ala2 masakan peranakan, perihal ikan tu, kalau tak makan ikan duri (mayong atau jahan), boleh guna ikan pari, ikan tenggiri, ikan merah, ikan bawal atau apa2 jenis ikan berdaging....Sebab masakan ni bawah label "Nyonya Delicacies" kenalah pantun, baru ngam...

GILING REMPAH TEPI JENDELA,
SAMBIL MENYANYI DONDANG SAYANG,
ASSAM KARI PEMBUKA SELERA,
MAKAN SAMPEY TAK SEDAEY LUU DATANG.

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 keping isi ikan duri
2 biji terung bulat
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap kutum
1 batang serai, dititik
1 genggam daun kesom
1 cawam jus asam jawa
2 camca besar rempah kari ikan
3/4 cawan cili kisar
Air seckupnya
Garam dan gula
8 biji bawang merah*
3 biji buah keras*
1/2 inci lengkuas*
1/2 inci halia*
1 inci belacan*
1/2 inci kunyit hidup*
1/2 camca teh lada hitam biji*(*tumbuk halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan duri dibersihkan, perap dengan jus limua kasturi dan sedikit garam selama 10 minit, cuci kembali dan toskan. Terung dibuang sedikit kulitnya, belah 4 setiap biji, rendam dalam air yang ducampur sedikit garam. Rempah kari disatukan bersama cili kisar, kacau rata dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan serai dan bahan tumbuk halus, dan tumis hingga harum, masukkan banchan cili kisar + rempan kari dan tumis hingga terbit minyak. Tuang air secukupnya (anggaran 800ml), kacau dan biar mendidih.
  3. Masukkan ikan, bunga kantan dan daun kesom, biar masak sekejap dan tuang jus asam jawa. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula (kalau nak guna serbuk perasa pun boleh). Kacau perlahan.
  4. Masukkan terung dan iar masak 1 - 2 minit lagi dengan api sederhana hingga terung lembut. Akhir sekali masukkan belahan tomato dan tutup api. Biar tomato masak dengan wap panas dari kuah tadi. Boleh hidangkan bersama nasi hangat dan ulam-ulaman...

Post a Comment

15 Comments

  1. salam CMG..alamak takutlah nak komen ..takut kita pulak yang penyek nanti..btw mmg mengancam jiwa lauk tu..sedapppppp

    ReplyDelete
  2. ayoo cikMat.... time of the month ka??!!

    ReplyDelete
  3. tak tahan la tengk menu cik mat nie.....

    laporrrrrr..... huhuhu

    ReplyDelete
  4. salam datin el...
    Hahaha. itu tadi, ni dah ok...saya ni kan kalau apa2 sekejap jee, tak melarat2...lagi kalau dpt beli teko "antik"...tu jamm juga mood jadi stabil..

    salam muna...
    Cittt..muna..hahaha, mana ada..haha, tapi normal lah kan kita manusia ni ada kala happy ada kala stress...

    ReplyDelete
  5. salam ain...
    Masakan ni kan, tak guna santan dan rasa dia gabungan antara asam pedas + kari....kalau guna ikan pari pun sedap..

    ReplyDelete
  6. ayu pulak tgh hari ni menu asam pedas ikan duri...alhamdulillah...baru je lepas melantak dek melayan si kecil meragam sebeb sembelit...he..he..

    ReplyDelete
  7. Thanks for teh resipi~~ tak tahan dowh nak mencubaaa slrrppp~ arghh..perut dah berbunyi lagu zapin dah ni sbb laparrr..
    huarghh..

    thanks sekali lagi.. ^_^

    ReplyDelete
  8. Salam Cik Mat..

    Giling rempah sambil menyanyi,
    tangan letih rasa tak bertulang,
    burung2 btempiaran lari,
    bila Cik Mat mula berdondang sayang

    ReplyDelete
  9. ayoooo terliur....kite masak simple jek puyuh goreng tuk najlaa, mama pya puyuh goreng smbal...cukup arr tu mkn b'2 ngan najlaa jek

    ReplyDelete
  10. Dulu2 masa duk dengan mak selalu mak buat kari ikan duri ni untuk family...mmg laju makan nasi..now akak dah ber"family", x penah sekalipun ku masak ikan duri ni, kalau jumpa pun ntah kenal ntah kan tidak lgk..heheee

    ReplyDelete
  11. Salam Mat. Terima kasih atas kunjungan and menglink saya ke blog mat..

    terima kasih. saya sangat menghargai. Baru terasa sebahagian dari geng blog masak2..

    ReplyDelete
  12. salam ayu...
    Waaa, sedap tu kan, saya pun suka asam pedas ikan moyong..berbanding ikan sembilang--> dah jemu, kerap sangat makan..hehehe..

    salam terry verry berry..
    Thank you for dropping by...hahaha, 1st time ni dgr perut nyanyi lagu zapin...

    salam sari yusa....
    BABA KIM BOK BERBAJU BATIK
    DUDUK DIKOLAM SAMBIL BERPANTUN
    HARAP PUAN TAK RASA PELIK
    PAK MAT TAK RETI BERDONDANG SYG PUN

    heheheh...

    salam lelord...
    Saya tak pernah masak burung puyuh. Ini nak kena try juga nihh...tapi makan pernah lahh..

    salam kak ummi...
    Kak, kita ni masak ikut orang yg memakannya. Kalau setakat kita seko je yg nak melantak, tak kuasaaaa lah nak membuatnya Temahhh!!!...eh silap2, kak ummi!!...hahaha

    salam Han...
    Sama2...alah hai kita blogger masak2 ni pusing2 kat situ juga..tul tak Han..

    ReplyDelete
  13. salam...bestnyer..kecur air liur dibuatnya:)

    ReplyDelete
  14. salam sweet n lovely...
    Yang ni saya guna ikan duri air masin, atau orang panggil ikan mayong ada juga yang panggil ikan jahan...kalau ropa mcm ikan keli tapi jenis air masin, kita panggil iken sembilang....

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.