DAGING LEMAK CILI PADI..

Daging Lemak Cili Padi
As'laikum semua, salam hujung minggu....aduhh panasnya cuacaa..apa kata kita hangatkan lagi dengan hidangan daging lemak cili padi...pedas lagi berasap!!!....Sebenarnya hari ni mat menerima kunjungan tetamu (waris2 belah arwah datuk). Jadi dah adat kita lah orang datang dekat2 tengah hari, kita jamu nasi. Mat masak yang simpe2 saja...Selain daging lemak cili padi ni, ada juga goreng sawi bok choy dengan ikan masin, sotong kunyit, ikan goreng, sambal belacan dan ulam2man...Jadi dari tak de apa nak masukkan kat blog, yang ni pun ok lahh, yang lain2 dah selesai....kalau nak ikutkan dan beratus puluh kali juga mat masak dan letak resipi di sini. Ini typical masak lemak cili padi Negeri Sembilan...tapi halia tu mat tambah, kalau mereka guna serai banyakkkkkk!!!!.....jadi tak guna halia...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg daging lembu, mat guna jenis batang pinang
6 biji kentang sederhana besar, kupas, belah 4 dan rendam
1 liter santan cair
300 ml pati santan
4 batang serai, dititik
3 - 4 keping asam gelugor
Garam dan secubit gula
1/2 cawan cili padi (nak peidas boleh tambah lagi, tapi kalau pingsan sendiri tanggung!!!)*
1/2 inci kunyit hidup tua*
1 inci halia*(*ditumbuk halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Daging dihiris lebar, cuci bersih dan toskan. Masukkan dalam periuk bersama serai titik, dan bahan tumbuk halus. Kacau rata dan jerang atas api sederhana hingga daging kecut. Tuang santan cair dan bila mendidih, masukkan kentang.
  2. Masak hingga kentang lembut, tambah asam gelugor, garam dan secubit gula sebagai pemangkin (kalau perlu tambah air sikit lagi). Tuang santan pekat, kacau rata dan masak dengan api sederhana hingga mendidih, sambil dikacau sekali sekala.
  3. Rasa dan jika ok boleh matikan api..Hidang kan segera bersama nasi hangat dan lauk2 lain yang anda gemari....

Post a Comment

7 Comments

  1. salam mat...akak tak pernah buat daging msk lemak cili pd ni, tp kwn akak pernah kasi, aduhaiii..mmg sedap kan.tergudaaa akak!!!

    ReplyDelete
  2. salam kak ain...
    Excelikan kak, saya nak masak lain tau daging tu..konon2 nak masak sambal daging mamafami..sekali kena tukar resipi..hmm aku pasrah jee lahh..

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. salam mat,

    suka sangat resepi ni!!!

    memang typical N9. sebenarnya majoriti resepi gulai cilipadi yang asli, tak guna bawang merah dan bawang putih.

    kalo salai dulu daging untuk buat gulai, pergghh!! sangatlah marvellous kumbang okeyh. nak-nak digandingkan dengan pucuk ubi.

    kalo ikan keli, resepi N9, pun akan salai dulu. baru daging dia tak lembik sangat dan sangatlah sedap, ada bau asap!

    ReplyDelete
  5. salam cikgu mat...resepi ni macam yg mak sy ajar..original N9..huhuh..apepun mmg sodappp lah..terbaekkk:)

    ReplyDelete

Peringatan

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.