BEN ASHAARI

Sunday, March 2, 2014

AYAM MASAK KICAP REMPAH KARI...

rsz_ayam_masak_kicap_rempah_kari (1)
Salam semua,lambat dapat bersiaran hari ini. Menu yang anda lihat ini che mat masak semalam. Boring tau, pening kepala, ntah nak masak apa lah cuaca panas2 macam ni. Singgang ikan dah masak, plan nak masak sup ayam, tapi rasa macam tak sedap aje ditekak. Ok, kita masak kicap, tapi che mat tambah serbuk kari daging. Benda ni takde lah istimewa sangat, cuma ada sikit kelainan aje. Che mat campurkan juga kentang yang digoreng terlebih dahulu. Kalau anda suka pedas, boleh tumiskan sedikit cili kisar, atau jalan mudah, masukkan beberapa biji cili padi yang dihiris. Masa ni update ni pun kepala rasa ting tong, mungkin sebab cuaca yang agak panas dan kering sekarang ni. Untuk resipi ini che mat guna 1/2 ekor ayam bersaiz sederhana. Terpulang pada anda nak potong macam mana, tapi seelok2nya biarlah pada saiz sederhana. Resipi seperti berikut...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 ekor ayam (kurang lebih 600 gram), potong ikut suka, cuci bersih dan toskan
3 biji kentang saiz besar
1 biji tomato, belah 6
1 biji bawang besar, hiris bulat dan leraikan
3 ulas bawang putih, diketuk
1 biji cili hijau, belah 2 tapi tak putus
1 biji cili merah, belah 2 tapi tak putus
1/3 cawan kicap lemak manis JALEN
2 camca besar kicap pekat JALEN
1/4 camca teh cuka makan JALEN
1 camca besar rempah kari daging BABA'S
2 camca besar cili kisar
1 cawan air
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 tangkai daun kari
Hirisan daun bawang untuk hiasan

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
4 biji bawang merah
1 inci halia
1 camca teh ketumbar biji
1/2 camca teh jintan halus
1/2 camca teh jintan kasar

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam digaul dengan sedikit garam dan 1 camca besar serbuk kunyit, perap 15 minit, kemudian goreng hingga masak, tak perlu sampai garing. Angkat dan toskan. Kentang dikupas, kemudian potong bentuk wedges, gaul dengan sedikit garam dan goreng dengan api kecil hingga kentang keemasan, angkat dan toskan. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, anggaran 1/4 cawan. Tumis kayu manis, bunga lawang, daun kari dan bawang putih hingga harum, masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing. Tambah bahan2 kisar halus dan rempah kari. Kacau rata dan masak hingga terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
  3. Masukkan kicap lemak manis dan kicap pekat. Kacau rata dan tuang air. Bila mendidih, masukkan ayam, gaul hingga mesra. Tambah hirisan bawang besar, cuka makan, cili hijau dan cili merah. Kacau dan masak hingga pekat (yang ni terpulang samada anda nak berkuah atau sedikit kering). Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan.

No comments:

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.