BEN ASHAARI

Tuesday, December 3, 2013

TEMPE GORENG BEREMPAH...

rsz_tempe_goreng1
Cuaca mendung2 macam ni mulalah merenyah nak makan benda2 aneh...err bukan lah nak makan daging buaya atau rimau, tapi cuma nak makan tempe goreng berempah yang dicicah sambal kicap. Siang tadi che mat beli RM 2 tempe berbungkus daun (tapi luar aje daun, dalamnya beralas kertas licin), biasanya di tempat kami seringgit 4 keping. Tempe berbungkus daun lebih sedap, harum dan nampak tradisional dan satu yang che mat suka ia boleh dihiris layang dan lebih nipis. Kalau takde, belasah aje lah tempe bungkus apa pun, asal tempe. Kalau hari malas che mat goreng kunyit aje tempe tu, sebab hari ni ada sikit rajin tu yang goreng dengan rempah ratus. Hidangkan bersama sambal kicap. Makan panas2 untuk rasa yang lebih sedap....Oh yea, mana yang tak pastu 'hiris layang' tu macam mana, sila rujuk gambar di bawah ni...Ok, jomm kita goreng tempe!!!

BAHAN-BAHANNYA :-)
8 keping tempe berbungkus daun, dihiris layang seperti dalam gambar di atas (1 keping tempe, hiris 4)
2 camca besar tepung beras
1 putih telur, dipukul sedikit
Garam secukup rasa
1 camca besar penuh ketumbar biji*
1/2 camca teh jintan kasar*
1/2 camca teh jintan halus*
2 ulas bawang putih*
3/4 camca teh serbuk kunyit
Sambal kicap untuk dimakan bersama tempe goreng

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Tumbuk semua bahan2 bertanda (*) hingga lumat. Kemudian masukkan ke dalam satu bekas bersama tempe, serbuk kunyit dan garam secukup rasa. Tuang putih telur dan gaul rata. Tambah tepung beras dan gaul hingga semua bahagian tempe bersalut tepung.
  2. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Goreng tempe tadi, guna api sederhana dan balik2kan selalu. Goreng hingga kuning keemasan dan garing. Jangan goreng terlampau banyak untuk sekali, buat 3 kali goreng untuk 8 keping tempe tadi. Angkat dan toskan.
  3. Hidangkan bersama sambal kicap, sedap dimakan panas2. Untuk sambal kicap anda tumbuk 8-10 biji cili padi, kemudian masukkan kicap lemak manis JALEN, kacau rata dan boleh hidahgkan bersama tempe..


5 comments:

Roslia Mohd yusof said...

Cantiknya tempe tu... Nmpk fresh sgt. Cmg pandai tak buat tempe? Tlg ajar bleh x?.....:-P

CTNurza 2013® said...

Salam CMG..Sedapnya tempe goreng makan musim2 ujan ni...selera gitu...:)

Honey said...

Salam Abang Mat,

Amboi..dinner tempe aje? Diet ke? Sebenarnya tempe ni banyak khasiatnya. Bagus di amalkan selalu.

Afasz said...

sedap nye.... my fav !

Nana Badi said...

Terimakasih lah CMG, kasi resepi in detail sekali :)

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.