BEN ASHAARI

Sunday, July 21, 2013

SIAPA SUKA TELUR MASAK KICAP?...

rsz_telo_masak_kiacap
Assalammualaikum, salam Ahad. Minta maaf sebab cm tak berapa sempat nak update blog. Dan nak ambik gambar pun agak terganggu. Semalam cm cuma selera nak berbuka telur masak kicap, ada yang pelik?..Macam tu lah, kadang2 kita masak macam2, tapi akhirnya pilihan yang ringkas menjadi keutamaan. Bulan Ramadan cm masak yang biasa2, takde yang istimewa sangat. Kuih muih pun jarang cm buat atau beli, sebab tak berapa nak lalu sangat, kecuali karipap. Kenapa cm tak berapa aktif update blog sejak2 puasa ni?...Hmmm, sebelum puasa lagi cm dah mula sibuk. Lagi pun cm agak malas lah nak bising2 bila ada yang tak berapa setuju kalau ditayang gambar makan2 pada waktu siang di bulan puasa, yelah kita ni tak pandai, komen2 nanti, kena hentam pulak oleh orang2 bijak pandai. Cuma pada pendapat cm lah, positif atau negatif pandangan orang pada gambar makanan itu semua terletak pada kebijaksanaan mereka yang melihat....jika anda lihat dari sudut positif, maka jadilah positif begitu juga sebaliknya....Apa2 pun lihat aje lah resipi telur masak kicap sebagai idea untuk anda masa berbuka atau sahur nanti...

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 biji telur atau secukupnya
1/2 cekak soo hoon
1 batang leek
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 biji cili merah, hiris
1 biji cili hijau, hiris
1 camca besar sos tiram
1 cawan air
4 camca besar kicap lemak manis Jalen

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Telur digoreng mata kerbau, toskan. Soo hoon dikerat pendek dan rendam hingga lembut. Leek dikerat pendek dan rendam. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih dan leek (toskan), masak hingga harum, tambah hirisan cili merah dan hijau. Masukkan sos tiram, kacau rata dan tuang air. Biar mendidih.
  3. Masukkan kicap, kacau dan tambah telur mata kerbau, kacau perlahan. Masukkan soo hoon (toskan) dan masak dengan api kecil hingga soo hoon lembut, kalau anda suka lebih kuah, tambah sedikit lagi air. Masak sekejap, boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat atau bubur..


16 comments:

Anak pak cik Azhar :) said...

saya!hehe
tapi sebelum tak pernah plak msak telur kicap letak soo hoon....lps nie boleh la try letak:)

FaKArePa!n said...

leek tu apa??
heheh

MALAYSIA VS CHELSEA FC TAK AKAN DISIARKAN SECARA LANGSUNG- ASTRO

shera haifa said...

suka sngt.. kalau goreng telur mata kerbau n terus pekene ngan kicap pun best

inahar ali said...

akak angkat semua kaki tangan..aci tak?? hehe! apa2menu telur kt umah ni mmg laku...sempoi & sodap!!

ZURINA BT HARITH said...

selalu buat tak pernah letak soo hoon..pas kena try juga le...tq CMG

JASMINE said...

Cmg...saya ternanti2 resepi you setiap hari sbg rujukan saya...terima kasih sebab sudi berkongsi dan memberi ilham.semoga Allah sentiasa menambah rezeki dan idea you.

JASMINE said...
This comment has been removed by the author.
cik chinta said...

da try td..licinnn...

Kem Mirza said...

telur goreng kicap memang kegemaran anak saya, tapi cara che mat masak ni nampak menarik. saya nak cuba

Yan Ty said...

Nak tanya , batang LEEK tu apa? jenuh gugel - Whatsapp Ty. Eh!!!

Mazatul Azura Muhamad said...

Anak2 cukup suke telur masak kicap.. tapi yang simple jer la... x dek taruk batang leek pun :)

Hafizul said...

Wahh boleh dicuba nanti nih..hehe

Noor Mala Shahar said...

resepi baru ni buh soun sekali...

Fatma said...

jemputlah follow blog sy..ade masak2, kecantikan dll..

http://theleakycauldron-fatma.blogspot.nl/

HASRUL HASSAN said...

MG, anak aku suka telur masak merah ... :) telur masak kicap ni, jarang la sikit ...

balqyys jasni said...

Saya dan femly saya!!!! Kami suke makan telo msak kicap ngan lauk2 sambal yg lain..memang sedap!!!!

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.