BEN ASHAARI

Friday, April 5, 2013

AYAM BEREMPAH BUNGKUS DAUN PANDAN..

rsz_ayam_berempah_bungkus_pandan
Salam semua, petang ni cm share satu resipi yang mudah dan nampak menarik dihidangkan takkala ada tetamu bertandang ke rumah anda. Selain dibiarkan ayam goreng togel macam tu, apa kata bungkus dengan daun pandan. Resipi ni agak biasa saja, tapi agak jarang orang buat. Kalau tak silap cm, ayam bungkus daun pandan macam ni terkenal di Thailand. Resipi yang cm buat ni agak mudah, ayam diperap dengan rencah2 yang sesuai sekurang2nya 2 jam, atau nak bess, perap semalaman dalam peti sejuk. Kemudian bungkus dengan daun pandan dan digoreng, goreng guna api kecil agar ayam masak lunak dan tidak garing dan keras. Daun pandan kalau dapat gunakan yang bersaiz agak besar. Tapi kalau takde, boleh guna saiz biasa, dan ayam tu anda potong kecil sikit. Sedap dimakan panas bersama nasi dan sos cili atau sos pilihan anda...Resipi memang mudah sangat...seperti dibawah ini...

BAHAN-BAHANNYA :-)
10 ketul keratan ayam, saiz sederhana
1/2 camca besar gula halus
1 biji limau kasturi, perah jusnya
Garam secukup rasa
4 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 inci kunyit*
1 batang serai, hiris halus*
1/2 inci lengkuas*
1 camca besar penuh ketumbar biji*
1 camca teh jintan manis*(*ditumbuk hingga halus)
10 helai daun pandan saiz besar, cuci dan lap kering
10 batang lidi pengcungkil gigi yang baru
Minyak untuk goreng terendam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dicuci bersih, tos kering dan cucuk dengan garfu pada seluruh bahagian ayam. Masukkan ke dalam satu bekas, gaul dengan bahan tumbuk halus, masukkan gula halus dan jus limau kasturi, gaul rata2. Tambah garam secukup rasa, gaul lagi dan perap dalam peti sejuk sekurang2nya 2 jam.
  2. Keluarkan ayam, ambil sehelai dan pandan, buat bentuk kon, kemudian isikan dengan seketul keratan ayam yang diperap tadi. Selitkan hujung daun pandan yang berbucu pada celah bahagian antara ayam dan daun pandan, tarik keluar hujungnya pada bahagian yang berlubang, dan kemaskan hingga membentuk 3 segi, balut sekali lagi dan temukan dengan pangkal daun pandan, sematkan dengan pengcungkil gigi. Buat kaedah sama hingga siap (boleh rujuk contoh di sini )...
  3. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Masukkan ayam tadi dan kecilkan api. Tutup permukaan kuali dan biar ayam masak dengan api perlahan. Balik2kan hingga masak sekata. Angkat dan toskan, letak atas beberapa helai kitchen paper towel, biar minyak terserap. Hidangkan bersama sos cili atau sos kegemaran anda..


4 comments:

MamaFaMi said...

Ummiiii... cepat la datang sini... Mat ajak makan ayam pandan ni. Kita dua orang kan tak pernah buat lagi. Sebab daun pandan kita kita ni kan tak cukup zat... ahahaha

Mat Gebu said...

@ mamafami - hahaha...apa kata bungkus dengan daun lain ma, daun betik ke?...

Chah said...

Cm....saya penah makan maid saya buat...tp bumbunya ada dikit beda...tepuk dahi mak sbb malu n teruja sbb ada maid yg sgt chef!

Nur-nba said...

Tentu wangi rumah Cik Mat dengan bau masakan ni.. ;)

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.