BEN ASHAARI

Monday, December 3, 2012

KARI KAMBING...AKU PECAH 'PANTANG'...

rsz_kari_kambing
Sejak mat mula2 berblog pertengahan tahun 2007, ini lah pertama kalinya ada resipi 'kambing' dalam blog DTS. kira pecah pantang lah kan. Mat sebenarnya tak makan kambing. Bukan mat sorang, tapi Bak, Mak2 sedara mat, ada yang tak makan kambing juga, mungkin tak tahan bau ke kambing an. Tapi semalam, dengan rasminya aroma kambing telah merebak di dapur kediaman ku. Sebenarnya ramai yang tanya mat, CM you takde resipi kambing ke dalam blog...huhu, yelah dah orang tak makan kambing, malas nak masak, kalau ada yang makan pun cuma abang sulung mat, bonda makan juga lah sikit. Mat gebu takkan tak makan?.. Hmmm semalam, mat makan 2 ketul kecik jee, lepas tu rasa macam tak berapa nak ngam kat penerimaan tekak ku tapi sebenarya dia ok, tak membunuh, cuma silent killer jee!!, cuma bau tu, walaupun ada yang kata itu bau normal...Kuah dia mat makan, cicah roti. Dan ini antara hidangan untuk Ben sekeluarga semalam....mmmbeekkkkk!...haha, ada munyi kambing sudah..

BAHAN-BAHANNYA :-)
800 gram daging kambing (mat guna bahagian bahu kambing)
4 biji kentang, kupas, belah 4 dan rendam
2 biji tomato, belah 3 setiap satu
1 keping asam gelugor
1 liter santan
400 ml pati santan
2 camca besar cili kisar
3 camca besar rempah kari daging (baba's)
1 camca besar ketumbar serbuk
1 pokok kecik daun ketumbar
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia
1 inci kunyit hidup

BAHAN TUMIS :-)
3 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
3 tangkai daun kari
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
6 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Daging kambing, di potong pada saiz yang anda suka, cuci dan gaul dengan tepung gandum, perap 15 minit, cuci bersih dan toskan. Satukan rempah kari, serbuk ketumbar dengan bahan kisar halus, kacau rata. 
  2. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum. masuk cili kisar dan tumis hingga cili garing. Tambah rempah + bahan kisar tadi. Masak hingga garing dan terbit minyak.
  3. Masukkan daging kambing, daun ketumbar, gaul rata dan biar kecut. Tuang santan cair dan biar mendidih. Masak hingga daging empuk. Masuk kentang dan jika perlu, tambah air. Kacau dan masak hingga kentang empuk. 
  4. Tuang pati santan, masuk asam gelugor,  garam secukup rasa dan sedikit gula. Biar mendidih perlahan sambil dikacau selalu. Akhir sekali tambah tomato, masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api...Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain...sama2 lah kita mengembek lepas tu...

12 comments:

LiYa HaNiF :: said...

feveret daddy qalesya ne.. ^_~

DZ said...

kambing tu sedap tau... congrats abang mat gebu :) saya dah lama tunggu entry kambing... tq

syiela said...

muahahaha tak tahan siap mengembek lagi...

macam CMG juga.. tak makan kambing.. tengok je!

Kakzakie said...

Kalau kakak lebih suka kambing dari daging lembu. Kalau di Mekah lagi semua hidangan memang daging kambing. Sedap tau...

Tengok CMG punya kakak macam nak makan je rasa.

Pemikir said...

Tak tahu nak komen apa pasal resepi. tapi memang sukan akan kari kambing.. nak sikit boleh

eyeyou said...

alhamdulillah..baru je makan nasik dgn kari kambing tghr ne..mak masak.. (kepala tgh berat ne..)

hana said...

salam mat... patut la mcm denga bunyi mengembek... ko rupanya... kekekekeke.... wehhh aku suker kamben! hahahaa

Mummy Akmar said...

Salam Mat.. ini kegemaran saya.. Nakkkk! hehe

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

as-salam che mat :)

selalu sy dtg sini x penah berkomentar..sekadar cuci mata tgk resipi..


che mat tq ya sbb menghidangkan juadah yg enak ms kedatangan kami sabtu haritu..smpi harini asyik kecur bila teringat puding triffle.dengan lemak ikan kurau tu..sambal belacan dan kerabu jugak..isk iskk tedapnyaa


ni td geledah resipi puding triffle hihi..nk cuba buat nnt :D

Nur-nba said...

Cik Mat, saya pun dulu tak makan kambing tapi sekarang dah jadi favourite... :)

meera said...

Kambing mmg sdap klau kena dgn cara memasaknya.. Makanan kegemaran rasulullah lagi..!!

Ms Haslina said...

as salam Mat,

mohon kongsi resepi.
tq.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.