Pagi Isnin semua....errr, awalnya che mat letak entri..Sebenarnya ini entri hari Jumaat lepas, tapi atas sebab2 yang mat tak boleh nak elak, kena ditangguhkan. Tapi ini cuma resipi cikai2. Alaaa, nasi goreng jee, bukan apa pun. Kali ni kasi campur cencalok dalam dia, lepas tu ada daging ayam, campakkan juga. Ada kacang buncis, pun campakkan lagi, semua main campak, tapi jangan kuali tercampak sama sudah lah yea. Sebenarnya nak habiskan stok nasi sejuk atau nasi yang semalam punya. Nasi goreng memang paling elok guna nasi sejuk, terutama nasi yang dimasak semalam. Jenis yang kurang kanji antara paling sesuai dan akan menghasilkan nasi goreng yang cantik dan tidak berketul2. Untuk variasi mat tambah cencalok, dah ada pengaruh orang2 peranakan pulak. Kalau nak tambah udang pun boleh, jika suka pedas, anda boleh tabur hirisan cili padi atasnya sebelum dihidang....
BAHAN-BAHANNYA :-)
3 cawan nasi sejuk, dileraikan
1 camca besar penuh cencalok
1 keping dada ayam, dihiris
1 camca besar sambal belacan (cili merah@cili padi + belacan bakar + secubit gula = ditumbuk)
1/2 kiub ikan bilis, dihancurkan (optional)
10 tangkai kacang buncis, potong kecil
2 biji telur, dipukul sedikit
1 biji bawang besar, dihiris
2 ulas bawang putih, cincang
Sedikit sos ikan, jika perlu
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Cili merah, dibuang biji dan dadu kecil, untuk hiasan
Hirisan halus telur dadar, untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)
- Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang besar dan bawang putih hingga layu, masukkan sambal belacan, kiub ikan bilis (jika guna) dan cencalok. Kacau rata dan goreng sekejap. Masukkan ayam dan masak hingga daging ayam berubah warna.
- Tolak ke tepi kuali, masukkan telur dan biar mengeras sedikit. Kacau hancur, masukkan kacang buncis dan gaul rata. Tambah nasi, kacau dan biar nasi masak sekejap sambil digaul sekali sekala.
- Rasa dan jika perlu baru masukkan sedikit sos ikan atau secukup rasa. Matikan api. Tabur dengan hirisan daun sup, bawang goreng, cili merah dadu dan hirisan halus telur dadar. Hidangkan panas untuk sarapan...
11 Comments
aishummm!!!
ReplyDeletewaahhh.. memang dok pk nak wat pe ngan cencalok dalam peti ais tu.. lama dah x guna. thanks bagi resepi!
ReplyDeletehttp://www.fatinmyprobs.blogspot.com
Asal kreatif, apa saja menjadi kan, Cik Mat?
ReplyDeleteAsal kreatif, apa saja menjadi kan, Cik Mat?
ReplyDeletebadan tak sedap..tekak pun tak sedap..tapi tengok cik mat masak nampak sedap la pulak..
ReplyDeletecencalok pun..cencalok la kannnn..mesti sedap cik mat buat ni...
ReplyDeleteTQ ya terima kedatangan kami Sabtu lepas...Ni saya ada coretkan sedikit di blog saya...
http://alwaqiahalmulk.blogspot.com/2012/12/ben-ashaari-pun-ada.html
Aina jelez tak dapat join depa ziarah teratak CM Sabtu ritu... Nasib baik bukan tengah ngandung kalau dak mau dok meleleh ayaq lioq anak nant...ehehee...
ReplyDeletecampak2 mmg ssgt onsemmm
ReplyDeletekalau ayu pasti kn sukat2 hahaha
kreatifnya.. first time ni.. nak try jugalah nanti
ReplyDeleteadushhh.. cuba abg mat buatkan menu nasi goreng sardin kasi resepi meletopsss sket.. feberet saya tuh~ hehehe..
ReplyDeletesaya da update blog :)
sudi2 la jenguk ye..
Ok Boleh try.. Cencaluk kat rumah tak tau buat ape ni.. Ada lagi tak resepi ringkas cencaluk ni ...thanks
ReplyDelete