BEN ASHAARI

Sunday, September 23, 2012

KEK PISANG LEMBAP BERKEJU.

rsz_dsc_9331

Bila anda terlibat dalam dunia masak2, terutama membakar kek, ia akan jadi satu "ketagihan" kalau anda lama tak baking. Satu lagi baking ni walaupun kita ikut resipi yang ummphh, tapi kalau anda kurang pengalaman atau skill, ia agak sukar, namun begitu ia semua tidak mustahil, kan kita yang buat dia. Apa yang penting anda kena fahami dulu resipi dan fahami juga oven anda. Oven sering menjadi satu persoalan. Mat pun tak boleh nak kata macam mana, tapi makin lama anda guna oven anda, maka kita secara tak langsung akan fahami gerak gayanya, maksud di sini, kalau resipi kata bakar suhu 180C dan anda bakar guna suhu yang disarankan, hasilnya agak tak memuaskan, bolehlah turunkan suhu. Satu lagi persoalan, nak guna api atas atau api bawah?..Mat kalau bakar kek guna api atas dan bawah, kecuali ada disebut dalam resipi. Kalau kek lapis ia sedikit berbeza. Mula2 saja anda guna api atas dan bawah, lapisan seterusnya guna api atas saja, atau fungsi api grill. Dan kedudukan tin kek biasanya berada di tingkat ke-2 dari bawah, ia juga bergantung pada jenis kek...

rsz_dsc_9389
Terpanjang pulak cerita. Berbalik pada entri ini, kebetulan kat rumah mat ada pisang embun yang sedap harum dan gebu. Jadi mat ambik sedikit untuk dibuat kek. Kek ini sebenarnya pernah mat buat dulu, tapi kali ni mat tambah sedikit parutan cheese cheddar dalam 1/4 cawan dan pisang yang didadu. Mat susun juga beberapa kepingan pisang yang dihiris atas kek sebagai hiasan. Kek ini lembap, sedap dan tidak muak, lembut saja bila dimakan. Kalau dibiarkan sehari, kek akan jadi lagi lunak. Ok, dah puas bercerita, sekarang mat tulis resipinya pulak.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
120 ml minyak jagung (kalau nak rasa lemak boleh guna mentega cair)
3 biji telur gred A
115 gram tepung gandum*
1 camca teh soda bicarbonate*(*disatukan, gaul rata dan diayak)
60 gram gula perang @ soft brown sugar
1/4 camca teh garam halus
1 camca teh ovallate
Beberapa titik esen pisang
1/4 cawan parutan keju cheddar
125 gram pisang embun, dihancurkan
2 biji pisang embun, satu dipotong kiub besar2 dan satu dihiris bulat2 untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin bulat berukuran 8 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
  2. Putar gula perang, garam dan ovallate hingga rata. Masukkan telur dan putar pada kelajuan tinggi hingga adunan menjadi kembang dan pekat seperti adunan kuih baulu. Perlahankan kelajuan, masukkan pisang lecek dan esen pisang. Putar sebati.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Tuang minyak jagung, gaul rata. Masukkan parutan keju dan pisang yang dipotong kiub. Gaul rata dengan spatula. Tuang dalam tin tadi dan hias permukaannya dengan hirisan pisang.
  4. Bakar dalam oven selama 45 minit atau hingga masak. Sejukkan sekejap dan boleh keluarkan dari tin kek. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan sebelum dipotong. Selamat mencuba!!.

15 comments:

Marsita yahya said...

Assalamualaikum, akak setuju dengan Cik Mat pasal oven tu...dulu akak pun tension gak ngan oven akak ni sebab ikut bulat2 saranan dalam resepi. Tapi kinidah tahu adjust sendiri. Tapi input Mat yang guna api grill untuk kek lapis tu sangat berguna...nanti akak boleh try dan beritahu hasilnya.

HomeKreation said...

Salam ujung minggu Mat. Waduh mmg tampak kegebuan nya... ada cheese lak, waduh2 terbayang2 kelunakan nya!

Sanji Ngatmi said...

meleleh

Suriyana S Aflazal said...

Assalamualaikum CMG...Pah baru jer follow CMG nya blog.Follow bertanda,before this follow tak bertanda my cousin kat Trg yang suggest suh tgk blog CMG.. and byk jadikan CMG nya blog as my referance coz tak pandai masak,sekarang ok la sikit setakat makan mulut sendiri dan keluarga.Tq CMG...

Kak Noor said...

Assalamualaikum.

Sedap sangat kek tu. Nampakpun lembab. Nanti akak nak cuba resepi Mat tu. Kak Noor ingin mencelah sikit mengenai `feel' oven yang kita guna. Memang betul kata Mat, pernah Kak Noor bakar kek atau cookies mengikut aturan dalam resepi, tetapi tak menjadi; sama ada tak masak, bantat ataupun hangus. Maklumlah masa mula-mula belajar buat kek dan biskut. Semuanya ikut resepi bulat-bulat. Sekarang ini dah pandai adjust sendiri.

Fauzi The Explorer said...

waduh... sedap nampaknye kek ni... kena minta cik wife buat la kalau macam ni ;-)

Pink Diary said...

teman sejak dua menjak keje kat cafe omputeh ni, teman pon dah ketagih baking. kat sini neme x guna soda berkarbonat, neme guna 'self rising flour' aje masa neme buat kek. ada beza ke cik mat?

CA said...

Dapppnya..lama dah tak buat kek pisang..isshh ni dah membakar semangat saya...ok..balik opis nak cawi pisang..nak cawi pisang.. =)

Uda said...

Dapnye.......psl oven ni sya nk tnye sapa2 leh jwb. Sya klu bkr kek.....awalnye ok je, naik gebu, elok je kejadiannye. Tapi bila dh masak n dah patut keluar dr oven, atas kek tu merekah sikit. Adakah salah acuan, salah tahap kepanasannye atau salah apa ye.......?

Sya Kiffli said...

CMG...sedapnya tengok kek ni...tambah2 lagi ditaruk cheese dan pisang tu..walllaa

┐('⌣'┐) (┌'⌣')┌ said...

aduh sedapnyeeeeeeeeeeeee..nak mintak copy resepi letak kat blog yer...nanti nak cube buat :)

Yatie said...

waduhhhh kek pisang mewah ni, ada cheese lagi....meh bagi sepotong, jadilah wat rasa2 jek....nak lebih kena buat sendiri...kan...

Sari Yusa Ibrahim said...

menggoda sungguh bila disusun pisang bulat2 atas tu..

lurvely hiijab said...

jom singgah blog sy... sy menjual tudung yg gojes masa kini..slmt menjamu mata.. tq for support :-)

sathiarani said...

memang sedap kek ini...tak rugi memcuba...terimakasih kerana berkongsi...