SUP TULANG.....BUAT KU HANGAT!!...

rsz_dsc_9423

Salam Isnin, cuaca mendung je hari ni, anda semua ok...sehat?. Dah makan tengah hari?..Apa menu ni hari. Mat cuti masak hari ni, errr....tak berapa nak cuti masak sangat sebenarnya. Apa lah "makna" kalau cuti masak tapi masih ke hulu ke hilir di dapur makmal ku itu. Lepas raya ni masa agak ketat. Maklumlah, tetamu masih datang. Hari ni mat masak sup tulang, ianya telah ku rancang sejak 2-3 hari lepas lagi. Atas sebab batasan masa, asyik tertangguh saja. Kali ini mat guna tulang serangka lembu yang kami beli masa aidil fitri lepas. Mat masak dalam 1.2 kg, nampak banyak, tapi anda pun fahamkan,  kalau tulang banyak mana lah sangat isinya. Mat masak guna periuk tekanan dan ambil masa dalam 30 minit saja. Tapi anda boleh juga rebus seperti biasa dan mungkin ambil masa 1 jam hingga 1 1/2 jam untuk daging empuk. Tapi itu semua bergantung pada keadaan bahan mentah anda gunakan (serangka lembu, sama ada lembu tua atau lembu tak berapa tua)..

rsz_dsc_9446

Satu yang mat suka sup2 macam ni, ia lebih versatile, nak makan dengan nasi impit, ketupat, mi hoon, mi kuning, roti atau apa saja yang anda rasa "ngam" dengannya. Selain ianya lebih ringan dan mudah dibuat, ia juga tidak mengambil masa yang lama untuk menyediakannya. Macam hari ni mat gandingkan dengan ketupat nasi, kira ala2 soto lah kan, cuma takdelah selengkap soto. Tapi sambal kicap wajib ada, kalau takde, macam takde makna. Walaupun sup itu agak hangat dengan penggunaan lada hitam, tapi kepedasan cili padi yang berapi memberi satu rasa sensasi bila bergabung dengan hangat lada hitam. Sup biasanya memang hangat, ini kerana campuran halia, bawang putih dan rempah ratus. Ok tu saja untuk kali ini dan blog pilihan DTS di sini.....Terima kasih..

BAHAN-BAHANNYA (A) :-)
1.2 kg tulang lembu yang masih berdaging (mat guna tulang serangka)
1 bungkus sup bunjut Adabi (beli yang untuk sup tulang)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
6 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
1 pokok daun sup, potong kasar
1 camca besar bawang goreng
1 inci lengkuas, dititik
Air secukupnya
Garam secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar saiz sederhana
4 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 1/2 inci halia
3/4 camca besar lada hitam biji
1/2 inci kunyit hidup

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
Nasi impit, ketupat, mi kuning atau mi hoon (atas pilihan anda)
Hirisan daun sup/daun bawang
Bawang goreng
Sambal kicap
Taugeh, dibuang ekor, cuci dan toskan
Sedikit kacang tanah goreng (optional)

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Tulang lembu yang telah dipotong pendek, dicuci, perap dengan sedikit tepung gandum. Kemudian cuci bersih dan toskan. Dalam periuk, masukkan tulang tadi bersama bahan kisar halus dan semua bahan2 (A), kecuali garam. Tuang air secukupnya, biar lebih. Kacau rata dan masak dengan api besar
  2. Bila mendidih, sederhanakan api, terus masak hingga daging empuk dan boleh ditanggalkan dari tulang. Tambah garam jika perlu, dan jika kurang rasa lada hitam, anda boleh tambah sedikit lagi. Masak sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api.
  3. Letak secukupnya nasi impit atau ketupat dalam mangkuk sesuai, cedok sup tulang tadi bersama2 isinya. Hias dengan taugeh, bawang goreng, hirisan daun sup/daun bawang, kacang tanah goreng dan sambal kicap. Hidangkan..

Post a Comment

12 Comments

  1. terliur nya....kena tunggu raya haji nie la...ramai wat korban kan,hehee

    eh CMG..periuk tekanan tu cmne erk..

    ReplyDelete
  2. @ Datin Adish - periuk tekanan atau preesure cooker, sejenis periuk yang bilamana kita masak daging yang lambat empuk atau kekacang. Ia akan cepat masak. Kalau daging biasanya 15 - 20 minit dah empuk, ayam tua pun sama. Boleh juga rebus kacang hijau dalam 5 minit dah kembang...

    ReplyDelete
  3. Sedapnya, terasa-rasa. Buat teringin nak balik BP.

    ReplyDelete
  4. Kak Sari baru rebus tulang lembu semalam cadangnya nak buat sup, kalau jadi malam ni kami mengesuplah.. hehe

    ReplyDelete
  5. ni kalau makan kat cameron highlands ni...asyikkk....!!

    ReplyDelete
  6. teman ada pressure cooker tu, slalu guna wat masak daal, cepat masak, bunyinyer menakutkan, dok pussh pussh! teman punyer yg tradisional org india slalu guna. yg pesen modern punyer teman tak tau ada bunyi gitu ke tak

    ReplyDelete
  7. Sedapnya... lagi hari tu teringin makan sup ala-ala soto.... tunggu pasar tani hujung minggu ni le

    ReplyDelete
  8. yummm..nmpk cam sedap..soto sup tulang la ni ye..

    ReplyDelete
  9. tulang serangka tak penah dengar, selangka ado ler... apa-apapun it looks yummy...

    ReplyDelete
  10. thanks cmg atas info tu..sebab puasa lps mak de beli periuk apa ntah..orang yg jual kata kalau nak rebus apa2 bg cepat empuk..tp sampai skrg x guna2 lagi..hehee

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.