BEN ASHAARI

Wednesday, August 1, 2012

SAMBAL TUMIS UDANG DENGAN PETAI..

rsz_dsc_6412
Malam semua, entri malam ni nak share sambal tumis udang dengan petai, nampak macam berminyak kan, takpe, masa ambik tu, jangan cedok sekali minyak dia, tapi kan sambal tumis ni mat tumis dengan minyak zaitun, tapi bukan lah jenis xtra virgin nya cuma guna yang olive oil biasa untuk masak2. Harga memang mahal sikit tapi takpelah kan...sekali2. Ok cerita pasal sambal ni, sebenarnya mat masak semalam, cuma tak dann nak upkan sebagai entri blog. Patutnya ini entri petang tadi dan teh lemon madu suam tu pulak entri tengah hari, memandangkan masa mat hari ni agak ketat, dari pagi sampai melantak ke Zohor, ada je benda nak kena buat. Bulan2 puasa ni buat kerja dapur pun ala2 siput sedut, punya lah selow, bergerak pun alah haiii...tapi mat rasa mungkin sebab selsema, batuk dan sakit tekak ni tak sikit banyak memberi impak pada badan kita...amacam alasan aku, baik tak...TAPI, masih ok, masih bertenaga yea. Moga Allah swt permudahkan semuanya. Ok kita semak resipi mudah...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan isi udang (yang ni ikut suka nak udang saiz S, saiz M, saiz L, atau saiz XL)
3 papan petai, ambik isi
1 biji bawang besar saiz sederhana, hiris berangkai
1/3 cawan jus asam jawa
2 senduk besar penuh cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit hirisan halus daun kunyit

BAHAN KISAR HALUS :-)
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 biji buah keras
1 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing dan pecah minyak. Guna api sederhana dan kacau sentiasa.
  2. Masukkan jus asam jawa, petai dan kacau rata, masak hingga hampir pekat. Masukkan udang dan hirisan bawang besar. Masak sekejap, perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula (sapa2 nak guna serbuk perasa juga boleh). Kacau rata, rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun kunyit sebelum dihidangkan, jika suka..

14 comments:

faa.rosli said...

lauk ni laa yg dinanti2kan utk dibuat..tak terbuat jugak..

Fadzillah said...

All time favourite lauk ni.. (^_^)

fairuz said...

memang favourite.... meletup ni

Nitesky said...

Tukar petai dengan nenas lagi sedap

MamaFaMi said...

Nak gi beli petailah.... Hish, adaaaa je ilham dia nak 'meracun' fikiranku ini tau!

putrajayabiz said...

meleleh...pergh

Saya Disini said...

sedpnye

joceline lyn said...

Sedapnya...... feel hungry now. :)

Elyaz said...

get well bro,saya elyaz baru je nak berjinak masak memasak, sepanjang 10 tahun kahwin tak pernah masak melainkan telur goreng hahaha, isteri saya lah orang paling gembira,sampai kata dah buang tebiat ke suami aku ni,kami gembira bersama anak2 anyway, pada pandangan peribadi saya mugkin masakan bro banyak memberi inspiration pada yang memerlukan, teruskan usaha, sebarkan ilmu masakan bro, boleh eratkan keluarga suami sayang isteri (isteri lagi sayang suami bila suami pandai masak),masak ni memang boleh release tension. nasihat saya pada bro mat bila sakit, kita sabar boleh kifarah dosa2 lama kita, ilmu yang diajar atau disebarkan jujur dan ikhlas niat untuk lepaskan bebanan anak adam atas dunia ni esok2 diakhirat kelak AMAt membantu kita, teruskan usaha!!keep it up salam...

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

tak berani pandang lelama..kegemaran saya ni CM, lain kali buat nk ikut resepi ni pula.tq CM

* FAR * said...

sgt suka menu ni.. bulan puasa pulak tu.. ish!!

Mama-ILuvU said...

sedapnyaa...pembukan selera :-D

Mama-ILuvU said...

pembuka...pembukan pulak

Suryati Osman said...

Insyaallah inilah juadah berbuka hari ni :) cuma takde petai. hehe

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.