BEN ASHAARI

Wednesday, May 2, 2012

ROTI SOSEJ "BSN" DAN SOSEJ BLOSSOM

rsz_dsc_6298
Hari ni cuma dua entri saja. Serius lah, mat menyampah sangat style baru blogger.com ni, bila nak letak gambar, kena pandai adjust ketinggian dan lebar dia, baru boleh sesuai dengan kedudukan yang kita nak. Pening tau pala, takpe lah kalau tak cuba, tak tau, kan. Roti ni mat buat siang tadi, sebab aku dalam keadaan bosan terlampau. Tau tak, roti ni je mat gebu belasah 2, selamat masuk dalam mulut sudah. Satu yang BSN punya, satu lagi Blossom punya, hambikk!...adehh manalah tak gebu. Kalau anda buat sendiri, lebih puas hati disamping pengalaman yang kita dapat. Kalau masa ada anak2 lagi ok, ajak mereka buat sekali (tapi kalau aku, ajak anak2 buat sama, lagi pening adalah, silap hari bulan budak2 tu yang aku gulungkan dalam doh roti..haha, adehh kejamnya pak sedara). Budak2 suka roti macam ni, selain nampak menarik rasa dia pun sedap. Kalau tak, takkan pak budak pun suka....

rsz_dsc_6310rsz_dsc_6332
Mat buat dua gaya berbeza, satu jenis Blossom dan satu lagi jenis BSN...erkk apa pulak BSN tu, oo itu Bank Simpanan Nasional, yelah dah bentuk roti tu macam pokok duit macam lambang BSN. Jadi ok juga nama roti BSN. Untuk resipi ni anda akan dapat 10 biji roti, tapi kalau nak buat 12 biji pun boleh, pandai2 lah bahagikan doh dia. Resipi doh yang akan mat tulis ni menghasilkan 500 gram doh sedia pakai, jadi sebiji roti memerlukan 50 gram doh. Untuk topping, Mat paipkan dengan sos tomato dan mayonnaise sebelum dibakar, tapi sebelum tu mat sapu dengan bancuhan telur, tujuan nak bagi mix vege tu melekat kukuh, jadi bila dan masak, takdelah gugur merata. Kalau anda nak tabur keju pun sesuai juga terpulang pada kreativiti anda. Ok..Jomm semak respi, mat yakin anda pasti boleh buat.....dann, kalau yang belum vote untuk hari ini, boleh lah vote di sini, untuk blog masakkan pilihan pula di sini....Terima kasih...

BAHAN-BAHANNYA :-)
250 gram tepung roti (high protein flour)
50 gram gula halus
1/2 camca teh garam halus
10 gram susu tepung
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softerner
30 gram telur (1 biji telur, pecahkan, kacau sedikit dan timbang, simpan bakinya)
6 gram instant yeast
20 gram mentega
125 ml air suam (kalau guna Bread Maker, guna air biasa)

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
10 batang sosej Ayamas, celur sekejap, tos dan sejukkan
Mayonnaise, untuk hiasan
Sos tomato, untuk hiasan
Mix vege (karot, kacang pis, jagung), untuk hiasan

rsz_p1310168rsz_p1310170rsz_p1310173
rsz_p1310171rsz_p1310175rsz_p1310180
CARA MEMBUATNYA :-)

  1. UNTUK DOH ROTI :- Masukkan yeast dalam bekas bersama 10 gram gula halus dan air suam, kacau rata dan biar hingga berbuih. Sementara itu, gaul tepung, baki gula halus, bread improver, bread softerner, garam halus dan susu tepung hingga rata, buat lubang di tengah2 bancuhan tepung. Tuang telur dan bancuhan yeast yang telah berbuih tadi, gaul perlahan2 hingga menjadi doh. Masukkan mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang lembut dan anjal, uli 20 minit tanpa berhenti. Bulatkan doh, letak dalam bekas dan tutup, biar 50 minit hingga 1 jam. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 untuk doh dalam Bread Maker, pilih setting untuk DOH dan tekan ON, tunggu hingga siap (selalunya BM akan mengadun selama 30 minit tanpa henti, dan memerap selama 1 jam),
  2. UNTUK ROTI SOSEJ "BSN DAN BLOSSOM :- Tabur sedikit tepung pada meja kerja, keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara. Kemudian bahagikan kepada 10 bahagian sama besar (mat timbang 50 gram sebiji). Bulat2kan dan ketepikan. Ambil 1 bahagian, leperkan sedikit dan canai memanjang sehingga mendapat ukuran sama dengan panjang sosej (seperti gambar di atas). Balutkan sosej tadi dengan doh roti.
  3. Kelar sosej hingga putus pada 8 bahagian, seperti dalam gambar. Kemudian tolak 1 keratan ke kanan dan 1 keratan ke kiri, buat hingga siap, itu untuk gaya BSN. Untuk gaya blossom pula, cuma perlu tolak keluar keratan sosej tadi dan pusingkan hingga membentuk bunga. Keratan terakhir anda letak di bahagian tengah. Kemaskan dan alih ke dalam dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Buat hingga siap dan perap 30 minit.
  4. Sapu dengan kuning telur (baki dari 30 gram tadi), kemudian paipkan sos tomato dan diikuti mayonnaise. Tabur dengan mix vege, rata2 dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 25 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan....Selamat mencuba!!...

18 comments:

Cheq Sue said...

terkejut sambil tergelak baca bebelan che mat... he he he

mizsfatima said...

yummy... mesti nak cuba nie. sedap emmm..

Yatie said...

adoyaiiiii kemasnya kejadian sosej blossom Che Mat ni....tak kelip2 mata ni, naik pedih tawww mata aiiii...

yuyu Zulaikha said...

saya nak buat Roti Maybank je la :P

nazia said...

wah looks yummy tu che mat.. naz ade lah mencari mcm mane nak buat bentuk mcm dlm gambar che mat. Che mat, if tak pakai bread improver or softener.. leh tak..

Citarasa Rinduan said...

mula2 dapat kepala pikir, ada apa kaiatan antara BSN dengan cmg.
rupanya!!!!
ahaksss.....

Rozuan Ismail said...

haah la baru perasan, mcm logo BSN huhu

Menaka D said...

Oh wow! They look almost too beautiful to eat.
I am going to attempt at making these for brunch for my family. But before I proceed, may I know what are bread improver and bread softener? I looked up online and most search came up with "Vitamin C, absorbic acid, vital wheat gluten, eggs etc". Did you use powdered/liquid to enhance the dough or just natural ingredients to say, improve and soften (no pun intended) the dough?

Mas said...

suka roti nie...
sedappp........

Jun said...

hahhahaha..mat, roti BSN ka? adehh...camni ko kna mintak komisen dr BSN ni sbb promot depa, ekekke..

~~zana@pb~~ said...

Patut ler bebudak suka mengacau Mat, rotinya tu baik punya gulung. Dah mcm playdoh je.
Bila tahun la nak siap kalau akak yg buat,, takde seni akak ni.

Cik FaRiZaM said...

nampak senang je kalau tgk gambar...nnti nk try la wat roti sndiri mcm ni :D

ogyep yummy mellow said...

selain daripada suka kat roti sosej tu... ogyep paling suka pinggan mangkuk lama yang CMG guna... jelessss gitu...

MEnggamit kenangan..

Myra Jay said...

Sedapnya..

Mmg suka roti macam ni..

Cheq posa rini, melelh tengok ha :)

mohd hakimi said...

nak tanye boleh? klau bread softener takde boleh tak gantikan dgn dough softener

mumjue said...

Baru nk mcuba mlm ne.tq mat

mumjue said...

Baru nk mcuba mlm ne.tq mat

Ateh Satria Satria said...

Nk tan mix vege tu yg org buat nasi goreng china tu ke ?? Mcm mana nk hilangkan bau mix vege tu en mat ?? Boleh bg pencerahan x ??

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.