NI HARI MAT GEBU MASAK APA PULAK?...

rsz_dsc_6528

Assalammualaikum, salam Khamis semua. Takde apa yang istimewa mat masak hari ini, hanya masakan2 biasa. Yang mudah2 dan cepat dimasak. Kalau anda perhatikan gambar di atas pun pasti sudah mengetahuinya. Sebenarnya kan sungguh ni mat kata, tekak nak makan benda2 yang ringan dan tidak menyeksakan. Paling senang masak2 bening, rebus dan sedikit pedas (erkk...pedas tu wajib lah kan). Kebetulan abang mat yang sulung semalam balik dari KL dan bawak sedikit buah2an terutama ada buah kuini, perghh peberet tu, sedap dibuat kerabu bersantan (kesukaan bonda) dan mat sudah pasti sambal belacan buah kuini. Masak2 mudah ni selain cepat, ia lebih menyelerakan. Cuaca panas2 ni nak makan masak2 lemak atau gulai rasa macam dah tak jalan je. Tapi tadi sempat juga mat masak sambal sardine, kali ni kita lebur kan saki baki herba2 macam bunga kantan, daun kunyit dan serai dalam dia, sedap pulak, bau sardine tu pun kurang dah, tak bau kuat. Oh yea sebelum mat sambung cerita, mana2 yang belum vote untuk hari ini, kalau boleh minta jasa baik anda beri sokongan di sini, sekadar membantu...Terima kasih yea...Ok sambung di bawah..

rsz_dsc_6547rsz_dsc_6476
Buah kuini tu mat buat kerabu bersantan (gambar kiri), rasanya banyak kali juga dah letak resipi dalam DTS, mudah sahaja membuatnya, buah kuini yang masak, dikupas, kemudian racik tapi jangan halus sangat, bawang besar hiris halus, belacan dibakar dan tumbuk bersama lada hitam, kemudian gaul dengan santan kelapa, tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Masukkan buah kuini dan bawang besar hiris, gaul rata2 dan hidangkan. Mudah sangat. Yang sebelah tu lah mat nya lauk, bening sawi putih dengan taugeh dan tauhu. Letak ikan bilis sebagai rencah. Sedap tu makan panas2 sambil hirup kuah dia...hmmm i likeee!!!....


rsz_dsc_6448rsz_dsc_6426
Lepas tu mat goreng juga ikan, kalau semalam ikan timah, kali ni kita goreng ikan selayang pulak, atau ada yang panggil ikan sardine. Ikan selayang ni sesuai juga dibuat kuah laksa. Sebenarnya ikan ni bonda yang goreng, bukan mat...hehe terima kasih bonda ku. Sambil2 tu sempat lagi tumbuk sambal belacan buah kuini, tapi yang ni mat tak tidur tepi kabinet dah, sebab tumbuk kat luar rumah...huhu, siap ada bunyi merdu lagi ok, riuh sekampung kalau mat gebu menumbuk sambal, pendek kata burung lalu pun pengsan dengan gemaan dari lesung batu. Jangan memain....aku kuat okeh!!....Kuat bebel...boleh gitu?


rsz_dsc_6434
Akhir sekali mat buat sambal sardine, kali ni lebih beraroma sebab mat letak serai titik, hirisan daun kunyit dan bunga kantan. Yang biasa2 saja kan. Untuk semua ini mat tak letak resipi, tapi sambal sardine tu insya Allah mat letak kemudian yea. Sebab petang nanti mat akan sibuk sedikit. Terima kasih banyak pada semua, yang sudi singgah komen, dan pada mereka yang sudi meluangkan masa mengundi tu, jutaan terima kasih juga. Anda undi beliau ibarat anda memberi sokongan pada DTS juga....Tu saja untuk kali ini, jumpa dalam entri lain...salam sayang dari DTS-MAT GEBU....

Post a Comment

9 Comments

  1. Fullamak... sukalah menu CMG ari ni... kalau boleh makan menu macam ni hari2, bahagiaanya... tapi apakan daya, anak2 x sukalah CMG... nanti jadi membazir pulak... Boleh tumpang makan tak?? Hehehe

    ReplyDelete
  2. Kecurssss taw! Dahlah hari ni ai cuti masak lunch! Hish si budak Mat ni taw!

    ReplyDelete
  3. MAK AI.. SUUKANYA.. BEST TU MENU NYA

    ReplyDelete
  4. caya lahh ......!!!
    Walaupun menu yg simple tapi menyelerakan...
    SUKA SUKA ~~ hehe

    ReplyDelete
  5. emm suka kuini tuuu. . .akan cuba bila ada masa n bahannya...kat kg sekilo rm3 kuini tu..

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. sedapnya sambal belacan buah kuini. tuh =)

    ReplyDelete
  8. ini ke simple cik mat? kalau saya simple mmg betul2 dimaksudkan begitu..heee telur mata percik kicap...kekeke tu baru simple..

    errr...kecur air liur weh tgk sambal kuini tu...

    ReplyDelete
  9. Salam CMG,

    Bestnya pinggan mangkuk tu. Rasa cam selera je nak makan masakan kampung kalau pakai pinggan tu. Macam zaman P Ramlee je rasa...

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.