ASAM PEDAS LADA HITAM "KAK LIZA"

rsz_dsc_7225
Salam, bertemu kembali...lepak woo ini hari, very the mengantuk gileerrr...macam nak tergolek dog je kat dapur tadi. Apa2 pun meh kita lihat menu ringkas dari dapur mat gebu dulu. Hari ni makan yang pedas berangin dan beraroma, nak kasi angin2 dalam badan semua keluar. Asam pedas lada hitam ni resipi dari Chef Hanieliza atau Kak Liza, dari buku masakan beliau 1 hari 1 resipi. Tapi mat kurang sikit lada hitam dan cili padi. Bukan apa, kita walaupun tahan pedas, tapi ada masa keadaan tak mengizinkan sangat, kalau main makan saja, mau kang merana jiwa dan raga, yea dakk?. Jadi anda pun jangan lah terikat dengan satu2 resipi tu, kalau rasa takmo pedas kurangkan lada, dan sebaliknya. Ia mudah cuma kita saja yang membuatkan ia jadi sukar. Resipi asal guna ikan pari, mat pun guna ikan pari juga. Baik lahh kita lihat resipi dibawah ini.

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram ikan pari, potong, cuci bersih dan toskan
1 biji terung, kupas sedikit kulit, belah 2 dan potong serong 
1 cawan air asam jawa
2 batang serai, dititik
1 kuntum bunga kantan, belah dua
Minyak masak untuk menumis
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Cili merah, buang biji dan dadu kecil, untuk hiasan
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN KISAR HALUS :-)
10 biji cili padi
1 camca besar lada hitam
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 inci belacan
2 ulas bawang putih
6 biji bawang merah

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan serai dan bahan kisar halus, tumis hingga harum dan sedikit garing. Tuang air asam dan juga air biasa secukupnya, terpulang banyak mana kuah yang anda nak. Kacau rata dan biar mendidih.
  2. Masukkan ikan pari dan terung, biar mendidih, tambah bunga kantan dan perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang dan cili merah yang dicincang sebelum dihidangkan..

Post a Comment

6 Comments

  1. kalau lauk asam pedas mesti akak terliurrrr sangat2....nak dtng umah ni tumpang makan...ahahahahaha..

    ReplyDelete
  2. waaa..lain dari yang selalu..kaler kuning asam pedas ni...

    ReplyDelete
  3. Salam..
    kakliza pun rasa sekiranya kita tak kuat makan pedas maka boleh saja kurangkan cili dalam masakan tu...
    apapun terimakasih CMG kerana sudi mencuba resepi pedas kakliza...
    sabo jerla ....

    ReplyDelete
  4. Mesti cuba ni... something new to me TQVM CMG

    ReplyDelete
  5. Salam malam Mat...

    Aku suka lada hitam, lg2 klu masak daging perghhhh
    Tapi aku belum cuba tang asam pedas lada hitam ni, nampak lain dn rasanya juga mesti lain kan..ermmm kena try gak le nnti...

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.