CHE MAT MASAK APA HARI INI?.....

rsz_dsc_6181

Grrrr.....geram lah, sejak blog bertukar jadi baru ni, pening sikit nak susun gambar(maklumlah terpandai sangat...huhu). Punya lah lambat nak masukkan entri, huhu tak suka lahh!!...huhu, Hari ni mat masak yang mudah dan simple sahaja. Bukan apa, kalau mat tak letak entri, nanti ada yang tanya CM masak apa hari ini?..Kalau kata, masak yang dobo2 sahaja, mereka kata tunjuk lah kat blog, nak tengok. Jadi mat letak lah masakan yang teramat biasa sangat. Kadang2 mat masak menu yang sama saja, sebab dah orang yang nak makan, minta yang tu. Cuma hari ni mat buat satu menu yang ringkas dan menjadi kegemaran mat dan bonda. Tapi masakan orang2 kampung saja dan budak2 sah tak suka. Orang2 muda pun rasa mat mereka agak kurang menerima masakan macam tu. Takpelah, dah tak biasa kan, macam mana nak suka. Ok kita tak payah tulis mukadimah banyak sangat, terus bercerita pasal menu hari ini...Jommm...

rsz_dsc_6252rsz_dsc_6252 (1)
Tadi Bak balik dari kebun, dia bawa betik yang agak mengkal, yess, ni mat suka, terus kupas dan mat plan nak masak bening. Resipi amat mudah, mat guna 1/2 biji sahaja sebab betik tu agak besar. Anda kupas, buang biji, belah dan hiris serong sederhana tebal, cuci dan toskan. Campur hirisan bawang besar, bawang putih dititik, sedikit ikan bilis, kiub ikan bilis (jika suka) dan 2 helai daun kunyit sebagai penambah aroma. Jangan lupa lada hitam, sebagai pengimbang kerana betik ni kata orang sejuk, jadi lada hitam boleh menghangatkannya, masak hingga betik lembut, tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Yang gambar kanan tu, asam pedas ikan parang, dah tentu menu pilihan Bak, dia nak. kita masakkan sahaja, jangan banyak cerita. Mat letak terung dan bunga kantan, untuk resipi, mat rasa anda pun tau dah, beratus kali asyik ulang tayang di DTS ni...jadi tak payah letak lah kan..

rsz_dsc_6263rsz_dsc_6218
Ok, yang akhir ni lebih dikira sebagai pelengkap sahaja. Ikan tu kita panggil ikan timah, ia sejenis ikan yang panjang dan lebar, tapi yang mat goreng ni saiz dia sederhana sahaja, kalau yang betul2 bersar memang lebar. Mat cuma lumur dengan kunyit, sedikit bawang putih, sedikit garam dan perap sekejap. Goreng hingga keemasan. Lepas tu ada pulak sambal tumis ikan bilis, yang ni sungguh versatile, kalau tak habis boleh guna untuk goreng nasi, goreng mi atau dibuat pencicah untuk roti, lempeng, roti canai atau cekodok. Jadi itu sajalah serba sedikit menu mat hari ni, biasa2 saja kan. Apa2 pun syukur alhamdulillah atas limpah kurnia nikmat yang Allah swt bagi. Pada mereka yang sudi singgah dan baca, terima kasih mat ucapkan. Dan jika anda rasa tergerak nak undi boleh lah berbuat demikian di sini (cuma boleh sekali saja sehari), takpe ini bukan satu paksaan, mat pun hanya membantu yang mana terdaya... Terima kasih atas jasa baik anda....Salam sayang dari DTS-MAT GEBU (^____*).

Post a Comment

17 Comments

  1. Salam CMG,
    simpel....tp mmg menyelerakan..

    ReplyDelete
  2. Salam, Cik Mat, lauk2 macam nilah yg laku kat mata saya ni.. hehe

    ReplyDelete
  3. wah best2 nye lauk..simple2 pun semua nampak sedap..seronok membaca...biasa CM tulis style lain..kali ni tulis lain skit..habis CW baca...dan dah undi pun...good luck ye CM =)

    ReplyDelete
  4. eh2..undi untuk abg ben la... =) ok..done!

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. sori tersilap komen plak tadi. CM ni boleh masak macam2 kan.tak pernah kering idea nak masak

    ReplyDelete
  7. WAH SMBL YG LAST TU MENANGKAP PANDANGAN DAKU...

    ReplyDelete
  8. cmg kene anto kt putrajaya ni...dh lame tak mkn ikan timah

    ReplyDelete
  9. sedapnyaaaaaaaa...sambal tumis tu pun da nampak sedap

    ReplyDelete
  10. hancusssss diet saya cik mattt. hehehe.

    ReplyDelete
  11. yg simplelah yg sedap cik mat..:)

    ReplyDelete
  12. Wah I like the betik masak bening. Adui, manalah nak ku cari betik mengkal pulak ni. Bak.. lain kali petik lelebih sket ler...

    ReplyDelete
  13. aduhh pengsan tengok lauk2 pcm..kecur air lioq cheq!hehe

    ReplyDelete
  14. Che mat, selalu nmpk ikan timah jua kt pasar tp takut plak nk makan... nk ty mcm mana rasanya tu...tulang byk ke mcm ikan parang?... nmpm dh potong2 tu ikannya pulak mmg slim n slender goreng garing sedap kot...

    ReplyDelete
  15. wah... terliur tgk.. best la..Bg org bandar mcm sy, lauk simple ke tu? Mcm rumit je nak cari bahan.. ni nak cari nenek angkat ni...huhu..

    ReplyDelete
  16. wak pun sukak makan ikan timah goreng kunyit ini sejak kecil2an dulu.. 😅😅😅

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.