BEN ASHAARI

Monday, May 21, 2012

FISH FILLET FOLDOVER

rsz_dsc_9565
Malam semua, selamat menyambut bulan Rejab untuk umat2 islam semua. Entri kali ni mat letak benda2 mudah. Hari ni kan mat cuti masak, bila kata cuti masak tu bukan bermakna tak masak langsung. Istilah "masak" tu bagi mat ialah bila memasak satu masakan yang memerlukan masa, menumbuk rempah ratus, menghiris herba2 dan sebagainya. Kalau masak yang mudah, boleh dianggap satu yang ringan dan buat pun takde rasa stress. Yang ni boleh makan 2 orang, kalau lapar tersangat melampau, boleh bedal sorang. Mat cuma guna bahan2 mudah saja. Guna prata jenama KAWAN, fillet ikan tempura dan sayur2 segar seperti salad, hirisan timun, bawang besar dan tomato. Untuk sos terpulang pada anda, tapi mat guna kraft sandwich spread dan juga sos thousand island. Mat tabur juga sedikit hirisan buah zaitun (boleh beli di Tesco). Nampak tak prata tu ada garisan2?. Yang tu mat bakar guna kuali ajaib (seperti ini) yang mat selalu guna dalam kebanyakkan resipi yang memerlukan ianya dibakar, salai atau panggang. Harus ada dirumah untuk memudahkan kerja2 kita. Mat tulis serba sedikit bahan2 yang mat gunakan, tapi sebelum tu, kita lihat entri pilihan DTS di sini...Terima kasih...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 fillet ikan tempura (contoh di sini)
1 keping prata jenama KAWAN
Daun salad secukupnya
Hirisan timun secukupnya
Hirisan tomato secukupnya
Sedikit hirisan bawang besar
3 biji buah zaitun, hiris
Sandwich spread (mat guna jenama Kraft)
Sos thousand island secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Goreng fillet ikan tadi hingga garing, gunakan api sederhana, angkat dan toskan (mat hanya bakar dalam kuali ajaib tu, dan guna sedikit minyak zaitun). Kemudian bakar roti prata hingga masak, tapi jangan garing sangat, nanti pecah masa nak lipat. Ketepikan.
  2. Ambik roti prata tadi. Sapu dengan sandwich spread pada 1/2 bahagian prata tadi, susun daun salad, hirisan timun, tomato dan bawang. Paipkan sos thousand island. Tabur hirisan buah zaitun atasnya. Letak fillet ikan tadi.
  3. Lipat roti prata tadi hingga menutupi fillet ikan tadi. Cucuk dengan lidi sate tadi seperti dalam gambar. Tujuan untuk mengelakkan ia terbuka, dan jika anda nak kerat dua, ia lebih mudah. Kalau anda nak gulung dengan aluminium foil pun boleh. Hidangkan, tapi pastikan anda cabut lidi tadi sebelum dimakan. Selamat mencuba...

8 comments:

Qasey Honey said...

asslm CMG...wah betul2 tertarik dgn resepi ni...tq sudi share yer...nmpk sedap sgt tu...

Amie said...

yummy.....yummmyyy

norhanim md zain said...

assalam cmg tengok sayuran yg segar tu sedapnyaaa mesti segar sgt :-)

Junie Octovian said...

As-salam Mat...
Akak pun dah pernah buat tapi menggunaan roti tortilla. Len kali boleh cuba pakai roti prata pulak. TQ 4 sharing Mat...

Rozuan Ismail said...

dah macam McD plak.huhu

Messy Mummy said...

Alahai.. nampak sedap sungguh resepi kali nie.. agak menarik tuk cuba nieh... simple pun simple jer...

Sari Yusa Ibrahim said...

bolehlah buatkan untuk mak kita yang tak makan chicken foldover... sedapnyaaaa..

Cik Puan Izan❤ said...

mengancam sungguh...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.