MENU RINGKAS DI HARI SELASA..

rsz_dsc_9641
Salam Selasa semua, hari ni 1 Rejab dan ada yang berpuasa. Bonda berpuasa juga dan mat masak awal untuk mereka2 yang tidak berpuasa hari ni (termasuk aku...erkk..hehe). Tapi mat akan makan petang nanti lah. Hari ni masak yang mudah2 saja. Mula plan nak masak ayam, tapi macam jemu teramat sangat lah pulak nak makan ayam, very the boring gitu. Jadi labu manis baki buat donat tu hari dan atas permintaan, mat masak lemak dengan kacang panjang (kacang petik kat belakang rumah). Hari2 memasak ni ada kala memeningkan juga, sebab kalau masak ikut style kita, nanti ada yang takmo. Jadi langkah selamat, kena tanya dulu, apa nak makan, dan kalau ada ikan, tanya nak masak apa, itu pun bergantung pada jenis ikan. Kalau mat senang saja, kalau tak singgang, aku masak asam pedas, tak pun goreng dan nak senang lagi bakar, macam ikan tongkol tu. Anda pulak macam mana, masak yang mudah2 juga ke?..

rsz_dsc_9707rsz_dsc_9683
Mula mat masak labu manis, ini baki tu hari. Mat cuma guna 100 gram sahaja untuk dibuat donat, dan selebihnya tu cadang nak buat kuih bakar tapi kensel sudah, sebab dah jadi masak lemak. Labu sejenis sayuran/buah yang amat2 versatile, dari hidangan tradisi orang2 kita hingga ke hidangan berunsur barat, semua boleh. Pada mat kalau masak lemak, apa yang utama, rencah dia, kami di Johor selalu gunakan udang kering sebagai rencah, serai dan daun kunyit juga harus ada. Sedikit lada hitam ditambah dalam masakan, ini kerana labu berunsur sejuk dan angin, jadi bila ada lada hitam, ia lebih seimbang, lada hitam kan hangat. Kemudian mat bakar ikan tongkol, yang ni mudah cuma mat lumurkan sedikir garam, serbuk kunyit dan mat tabur serbuk bawang (boleh beli kat TESCO, ada jual dalam botol jenama TESCO juga), hidangkan bersama sambal air asam budu...perghh meleleh ok..

rsz_dsc_9677
Dan, bila ada masak lemak labu, wajib ada sambal belacan. Tapi kali ni mat buat sambal belacan buah bachang. Ada yang tanya, apa beza bachang dengan kuini, bau dia seakan2 sama saja. Buah bachang isi dia agak bersabut. Dan ada serat2 halus. Kalau buah kuini, ia lebih licin dan tidak berserat macam buah bachang dan bau buah kuini lagi kuat dan harum. Tapi kedua2 buah ini sedap dibuat sambal belacan, kerabu atau yang muda dimasak lemak cili padi dengan ikan...Itu sajalah lah untuk kali ini, resipi takpayah lah kan, cuma resipi labu tu nanti mat letak kemudian yea. Kita jumpa di lain entri...Terima kasih sudi singgah, assalammualaikum, salam sayang dari DTS-MAT GEBU.... (^___*)

Post a Comment

10 Comments

  1. ringkas ke? mcm tak ringkas je...

    anyway sedap nye lauk2 tu...nyum nyum

    ReplyDelete
  2. CM..sambal belacan bacang tu..wahh

    ReplyDelete
  3. klu mentua sy, labu tu di buat tumis dengan ikan bilis.. xletak santan.. layan jugak.. tp betullah.. klu masak sayur labu ni.. mmg kena ada sambal belacan..baru ngam..mm.pucuk labu pun sedap jugak..hehe

    ReplyDelete
  4. menu yg simple mcm ni, boleh buat sy makan bertambah-tambah. tak boleh kurus la mcm ni...hehheeh

    ReplyDelete
  5. Sedapnyerr.... Kalau Msk lmk, blcn ngn ikan smbal.. Peghhh...

    ReplyDelete
  6. Menu simple camni la yg membuka selera cik mattt.

    Tak nak duk dekat2 cik mat la .. takut dietku lari. Hehehe.

    ReplyDelete
  7. ni dah tak masuk kategori simple dh ni.

    buah bachang tu rsnya klu kat kedah panggil machang. memang banyak serat2, kuinin lak sedap je baunya, rasa pun sedap

    ReplyDelete
  8. Menu ringkas? This is heaven for me! I boleh makan bertambah2..;)

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.