BEN ASHAARI

Wednesday, April 11, 2012

SANDWICH FILLET IKAN TEMPURA

rsz_dsc_3004
Petang semua, sebenarnya ni sarapan mat pagi tadi, tapi atas kesuntukkan masa, mat tak sempat nak upkan entri sarapan. Petang baru mat letak, kira sesuai lah kan. Kalau perhatikan Sandwich adalah satu makanan sampingan yang mudah dan sehat, banyakkan sayuran hijau lagi bagus. Untuk kali ni mat guna fillet ikan tempura keluaran Pacific West. Sedap okeh, dia ada dua pilihan, samada anda nak goreng terendam atau bakar. Mat dah semestinya bakar, guna kuali ajaib. Untuk roti pulak mat beli jenis whole wheat, roti Tesco je, murah pun yea, rupa pun comel2 je. Roti tu mat panggang sikit dalam kuali sama, tapi drizzle dengan sedikit minyak zaitun EVOO. Lepas tu anda lapis lah dengan daun salad, tomato, hirisan timun dan bawang. Sos pulak terpulang, mat guna sos seribu pulau, kalau anda nak guna sos cili atau sos tomato pun no hal punya, ikut selera masing2 ok. Resipi seperti dibawah....

(Ini lah fillet ikan tempura Pacific West yang mat guna, serius sedap ikan dia)

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 - 2 keping fillet ikan (mat guna jenis dalam gambar tu)
2 biji roti whole meal bentuk bujur
Hirisan timun secukupnya
Hirisan tomato secukupnya
Hirisan bawang secukupnya
Daun salad secukupnya
Sos kegemaran anda (mat guna sos thousand island)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Fillet ikan boleh dibakar dalam non-stick pan atau digoreng terendam, terpulang pada masing2. Mat bakar dalam kuali ajaib. Ketepikan. Roti dibelah 2, kemudian panggang dalam kuali tadi, tapi sebelum tu lenser sedikit minyak zaitun, panggang hingga perang. Angkat.
  2. Susun daun salad pada sebahagian roti tadi. Susun pula tomato, hirisan bawang, timun dan letakkan fillet ikan tadi. Paipkan sos, letak bahagian atas roti. Boleh hidangkan sama ada untuk sarapan atau minum petang.

6 comments:

azila said...

amik dan simpan..utk lps pantang:)..en.mat, resepi dlm pantang plak pasni..hehhe

Mat Gebu said...

@ azila - insya Allah....

Miss Amateur Cook said...

wowwie terliurnya tengok! *gurlppp*

Nur Lavender said...

BAPE HENGGET SATU PEK FILLET NI..

Mrs Lurve said...

aduhai..sedapnya..terliur trus

alinatasya said...

mat, kat mane nk cari roti whole meal tu? sesuai untuk menu diet. heheh

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.