BEN ASHAARI

Thursday, February 23, 2012

MEMUDAHKAN KERJA ANDA DI DAPUR.

Malam semua, kali ni bukan entri masakan, tapi "gadget" yang mat kerap guna sekarang ni dapur, terutama jika memanggang ikan akan ayam. Mat bukan lah saja2 nak letak entri ini dan bukan nak promosi, serius mat tak dapat apa2, mat buat entri ni pun atas permintaan teman2 di FB dan juga rakan2 blogger. Benda berguna elok kita kongsi bersama. Non-stick pan dwi fungsi ini sebenarnya bonda mat yang beli, mat gebu pulak tukang test try tengok betul ke bess. Masa mula2 guna tu mat bakar ayam. Sungguh senang dan memudahkan. Satu lagi pada pendapat mat lah, kuali ni sesuai untuk ibu2 bersalin, yelah masa tu kan berpantang, dan mana boleh makan masakan berminyak. Jadi kalau ada kuali ni ia amat2 membantu, cuma panggang atas dapur dengan api kecil, satu lagi ia boleh digunakan pada ke dua2 bahagian. Encik suami pun boleh membuatnya, kalau dia kata taktau, itu cuma alasan sahaja.....tak boleh terima pakai dah zaman sekarang ni.


Kuali ini didatangkan dengan dua bahagian, satu bahagian yang dasarnya ada garisan2 macam gambar kiri tu, dan ia amat sesuai kalau anda nak bakar steak atau ayam. Nanti jadi lawa, ada garisan2, alaa macam yang biasa anda nampak kat restoran2 tu...takkan tatau. Bahagian lagi satu pula permukaannya berteksture kasar sedikit. Satu yang bess, bila anda letak bahan yang hendak dibakar, anda boleh tutup, dan dia akan menjadi macam gambar kat atas tu...dengan keadah ini, masakan akan lebih cepat masak dan mengekalkan kelembapan isinya. Yang utama anda guna api paling kecil. Bila guna api kecil...apa kelebihannya?....Haa apa?..Dah pasti gas anda lebih jimat...

Bersaiz 28cm, boleh dikatakan agak besar. Sekor ayam saiz sederhana boleh dimuatkan dalam kuali ini, atau anda belah dua ayam tu. Anda perasan entri gulai ikan tuna salai dengan belimbing.. Ikan tuna tu mat guna kuali ni lah untuk menyalainya. Ikan tu besar dalam 1 kg, mat kerat 4 bahagian, belah 2 setiap bahagian, cuci bersih, lumur sedikit kunyit dan garam, lepas tu bakar, cuma masa mula2 bakar tu mat tak tutup, kasi air dia kering dulu, lepas tu baru tututp. Bila lepas 10 minit, terbalikkan kuali tadi dan sambung bakar. Tang ni terpulang pada anda, samada nak ikan tu jadi perang atau kuning keemasan. Tapi kalau nak masak gulai elok kasi perang kecoklatan sikit, baru wangi.


Dan yang ni pulak handle dia, ada magnet jadi bila kita tutup dia lekat elok saja..apa ingat henbeg je kee ada magnet, sekarang ni kuali pun ada magnet...tak lama lagi orang pun ada magnet..erkk. Handle dia pun just nice, sedap dipegang, grip dia pun kuat, jadi tak mudah lah nak terjatuh atau terpelanting. Kuali ini agak berat juga dan ia boleh dikatakan tebal. Kalau tanya mat berbaloi ke beli, yesss....berbaloi sangat dan berguna. Harga kalau tak silap dalam RM 120+ macam tu. Ia diedarkan oleh Syarikat Jualan Langsung Menang Glassware. Anda yang dok di bandar2 besar macam KL dan lain2, pasti tau mana nak dapat, dan mungkin harga lebih murah. Untuk sekali lagi, ditegaskan, mat cuma share sahaja jadi apa2 kesulitan, atau ketidak sesuaian jika anda menggunakannya, itu adalah atas tanggungjawab anda sendiri...harap maklum.....

38 comments:

J u l i a 。.゜✿ said...

Ohhh kat menang glassware. yea yea tau sangat bang mat. thank you for sharing info ni. =)

nak ucap terima kasih, sebab saya dah cuba semua resepi masakan kampung abg mat ni & semuanya menjadi.

Iffah Afeefah said...

ibu beli ni

adei penin dngn mak y ske sopping

bread maker ade

msin kukus letrik br beli

pasni beli ape lak aishh

Wanpetunjuk said...

Ni kira kitchen gadget lah kan...

Menarik...applicable utk dapur letrik tak En. Mat?

Mat Gebu said...

@ wanpetunjuk - yep insya Allah, sesuai juga utk dapur letrik..

lindariepin said...

pemanggang ajaib ni dah ada kat umah... n sgt best.. cepat, mudah n yg pnting sedap.. heee.. sesuai jugak untuk dapur elektrik.. :)

Rozuan Ismail said...

cuba PCM check dekat google.wan ada baca ttg non-stick nye pan.sebab ada yg hasilkan pan mcm tuh menggunakan bahan kimia yg x diluluskan.just beware ye.

Citarasa Rinduan said...

sebenarnya dh 3 bulan dok didapur..
ayu belum ada kesempatan nak guna..

alahai... teruk betul menantu ROS nie.. hahahhaha

m.u.l.a.n said...

wallaaaa... senangnya sebab tak besar utk kelorga 4 molot ni..

Niza Romli said...

ohh..sy dah ada pemanggang ajaib ni, sejibik. suka bakar daging dlm tu... mudah. rugi sapa tak beli.

NenetPenne (NP) said...

rasanya cosway pun ada jual..kalau tak silap laaa

Asyifa Mustaffa said...

CMG sy pun ada...siap bole masak kek lagi pakai kuali nie...agak2 klau sy malas nak lenserkan bekas kek tu...sy curah jer dlm kuali nie...masaknya pun cepat....:)

Kak Rose said...

Mat, tq for sharing... agaknya kat sogo ada x? ingat nak g esok ni...

Tamil List said...

Rangkaian Web sosial untuk 2012 New FOSTBOOK Malaysia vs Facebook

Ramai kawan dan saudara mara melalui rangkaian memenuhi http://www.fostbook.com itu. Adalah menjadi perkara biasa kepada semua negara-satunya laman Internet di dunia yang http://www.fostbook.com. Yang http://www.fostbook.com tapak rangkaian sosial negara-negara ini tidak mempunyai sekatan. Ia semakin popular di kalangan laman web rangkaian sosial. http://www.fostbook.com menjadi mampu untuk membangunkan laman web ini tidak lama lagi.

Banyak negara mempunyai sekatan di Internet tetapi laman web rangkaian sosial ini http://www.fostbook.com Facebook telah ditubuhkan di semua negara menerima pakai.

Sekarang apa yang anda perlukan adalah http://www.fostbook.com aplikasi rangkaian sosial. Http://www.fostbook.com alamat Internet yang anda memperkenalkan kawan anda untuk melihat. Komen dan idea anda, Internet terbuka dan beban.

Dalam usaha untuk mendapatkan tangan anda pada http://www.fostbook.com hari ini Internet. Bab revolusi Teknologi Maklumat untuk mendapatkan mahkota cantik. Saya faham rasa anda. Jadi saya terus menulis aplikasi yang boleh dikaitkan dengan laman-laman web rangkaian sosial. Dirinya dengan permohonan seterusnya adalah reka bentuk web. Walaupun ia adalah satu cabaran.
http://www.fostbook.com tapak rangkaian sosial dan anda sedar ini di seluruh dunia, kita harus bertindak. Ia adalah matlamat kami.

Seperti laut laman web rangkaian sosial. Kotak Dialog untuk seorang bekas, 5,6 Objek juga dipaparkan, seperti fungsi sangat besar.

Fostbook membantu anda berhubung dan berkongsi dengan orang dalam kehidupan anda. Membuat Kawan Online dan mencari kawan online Chat Live Dengan Rakan-rakan dan Bertemu Rakyat Baru dan Video Foto Saham

Dengan pelbagai jenis cinta,
http://www.fostbook.com
info@fostbook.com


Social Networking Site for Malaysia 2012 New FOSTBOOK vs Facebook

Many friends and relatives through the network to meet the http://www.fostbook.com. It is common to all countries of the world's only Internet site that is http://www.fostbook.com. Which social networking site http://www.fostbook.com these countries have no restraints. It is gaining popularity among the social networking website. http://www.fostbook.com be able to develop this website soon.

Many countries have restrictions on Internet but this http://www.fostbook.com Facebook social networking website has been established in all countries adopt.

Now all you need is a social networking applications http://www.fostbook.com. The Internet address http://www.fostbook.com do you introduce your friends to see. Your comments and ideas, the Internet is open and a load.

In order to get your hands on the Internet today http://www.fostbook.com. Chapter of the Information Technology revolution to get it pretty crown. I understand your taste. So I continue to write applications that can be related to social networking sites. Itself with the next application is a web-design. Although it is a challenge.
http://www.fostbook.com social networking site and you realize this globally we need to act. It is our aim.

Like a sea of social networking website. Dialog Box for an ex, 5,6 Objects is also displayed, such as its functionality is very big.

Fostbook helps you connect and share with the people in your life. Make Friends Online and find friends online Chat Live With Friends and Meet New People and Share Photos Videos

With different kinds of love,
http://www.fostbook.com
info@fostbook.com

IeRA said...

Bilalah boleh memilikinya!!!!

Jom singgah teratak saya ye

syalinda johari said...

cantik pemanggang tu..nak usha2 jugak lah untuk membelinya area2 kl nih..

CT Delima said...

As'salam Mat


bila nak sambar satu ni erk, ada ternampak kat kedai jualan barang2 masakan di KL Festivel City tempat k.ct duduk ni. nanti nak jengah2 kot2 ada. mintak CM beli..hehehe

kang ada juga katanya sendiri nak sendiri keluar RM..hahaha

Ibu Adam said...

Cik Mat,

Mak mertua saya ada beli ni. Dia kata beli kat jiran je. Senang banget. Memang tak melekat. Tapi segan la plak nak mintka mak tanya kat jiran kheeenn!

Ooo..from menang glassware eh. baik. Hujung minggu ni kita cari.

AdD Buchat said...

Harganye brapa? coz sy dah ada yg Ikea pnya tu... tp xde ttp... yg ni mmg hebat lg ler...

azila said...

adusss..ni keinginan nak emmilikinya makin berkobar2 blk ni en.mat:)

Pn. Ila said...

Yang ni pernah tgk dalam katalog Menang Glassware. Saya pun ada tapi beli yg jenama Cosway. Memang banyak membantu. Roti canai segera..saya masak kat atas ni je. Kembang elok je. Tapi kena hati-hati jgn 'cedera'kan permukaan dia sbb nanti cepat je hangus kalo dah cedera.

Sue @ Nenie said...

Salam Mat..Dah lama gak tgk benda alah ni kat katalog menang glassware..tapi masa tgk harga dia, rasa macam tak tau berbaloi ke tak dan iya ke seperti yang dikata...Tapi bila baca apa yang Mat dah tulis ni...Rasa macam amat berguna pula...Thanks untuk info dan sedikit cerita berkenaan pengalaman Mat menggunakan gadjet ni...

Pasni tak payahlah nak grill kat oven lagi..Jimat siket elec...

Oh Oeya said...

As salam Che Mat. Selamat petang.
Terima kasih berkongsi :))

POSH76 said...

baguslaa gadget ni

POSH76 said...

baguslaa gadget ni

norinaomar said...

Gara2 entri ni..saya telah meleleh air liur ngidam pemanggang ajaib ni.Puas gugel akhirnya dah jumpa nak beli kat mana.
Tak sabo nak beli ni!

kayrul-shah said...

habis la shopping complex kayrul terjah gara-gara nak cari gadget nie..kecewa la plak bila tak jumpa...minggu nie nak teruskan lagi misi mencari gadget nie..hehehe

kayrul-shah said...

habis la shopping complex kayrul terjah gara-gara nak cari gadget nie..kecewa la plak bila tak jumpa...minggu nie nak teruskan lagi misi mencari gadget nie..hehehe

Nadiah said...

nak order macam mana abg mat?

Irfa said...

tq cik mat :)

Iza Teratak Usang said...

Assalam..
Baru je beli beberapa hari lepas...baru 2 kali guna...

QmaRidh said...

sy dah beli pemanggang ajaib ni dgn hrga yg paling murah.. rm120 FREE POS ;)

Suzi Wan said...

Salam ye, tumpang iklan..klu ada sesiapa yg berminat nak dptkan gadget ni bleh dptkan dr sya...harga istimewa..lawati
http://www.facebook.com/LittlleBedsheet atau emailkan ke humaira78@yahoo.com..terima kasih

mamania said...

Saya pun ada jual. Kalau berminat boleh tinggalkan private message kat ---> http://www.facebook.com/pages/Pemanggang-Ajaib/418545941516943 Thanks tuan rumah

putrajayabiz said...

salam..saya ada jual pemanggang ajaib ni.COD PUTRAJAYA .012 282 4447.tq tuan tanah ..

cikja said...

saya beli kat menang rm109 jer,,
Senang nk bakar ayam.ikan..dan kini senang giler bila nk buat kek dan kuih bakar@bingka...

ain Kaswa said...

Kat langkawi belambak...ada 3 size...
Kecik RM 55,medium RM69,besar RM 79...
Jenama HIG...

ain Kaswa said...

Kat langkawi belambak...ada 3 size...
Kecik RM 55,medium RM69,besar RM 79...
Jenama HIG...

Fezry said...

Saya dah beli Happy call Jumbo Grill melalui qoo10.my free shipping dari Korea RM150.00 termasuk seal + free gift. Last week order lg happy call silicon tool/spoon/spatula/brush/ dengan harga RM 12.40 free shipping from Korea. Happy call Ceramic pot, free shipping tengah offer from RM 221.20. Berbaloi jugak beli melalui online