BEN ASHAARI

Friday, April 27, 2012

TALAM KELADI.....RESIPI WARISAN.

rsz_dsc_5560

Assalammualaikum, selamat petang. Lewat bersiaran hari ni. Pagi tadi mat macam biasalah bereskan kerja2 yang sepatutnya, kemudian baru masak2. Lepas masak2 tu nampak pulak ada seketul keladi tergolek malang. Mat belek dan terus idea datang nak buat talam keladi. Dalam resipi kuih2 talam yang ada, mat pernah cuma satu kuih talam dari geng masak2 dari Singapura, kami panggil Kak Nis, tapi lama dah dia berhenti berblog, mungkin atas hambatan masa dan kerjaya. Resipi dia mudah dan sedap. Ni mat gebu yang kata. Aku kalau cakap sedap, sedap lah....tapi kan, tekak manusia ni kan tak sama, orang lain rasa mungkin so-so sahaja, atau ada juga yang kata....sedapp ke?...Kalau yang kata macam tu, bukan aku nak kata lah...sah buta tekak...sori terkasar bahasa pulak... Sejak2 kes geram tu hari, aku hot jee..tah2 darah pun naik sama...huhu..

rsz_dsc_5569
Untuk resipi ni mat buat dalam acuan bulat bersaiz 8 inci. Alas plastik bersih pada acuan dan sapu sedikit minyak masak. Kalau anda perhatikan, talam keladi ni kepala dia (yang warna ungu tu) nipis je kan, tapi pada mat tebal macam tu pun sudah memadai, nampak seimbang. Resipi ni cuma menggunakan 100 gram keladi yang direbus, kemudian dilecek, tapi tak perlu lecek halus sangat biar dia sedikit kasar, nanti bila makan ada lah tergigit ketulan2 kecil keladi rebus itu. Eh!, baru perasan, set lama yang mat guna tu warna bunga dia senada dengan talam keladi ku itu, soooo sweeettttt....hahaha. Ok lah kita semak resipi mudah ni yea, tapi siapa2 yang belum vote untuk hari ini, boleh lah berbuat demikian di sini, terima kasih atas kesudian anda, mat pun sekadar membantu...

BAHAN-BAHAN A :-)
300 ml santan kelapa
65 gram tepung beras
1 camca teh tepung gandum
100 gram keladi, kupas, rebus hingga empuk dan lecek, tapi jgn hancur sangat
55 gram gula halus
1/4 camca teh garam

BAHAN-BAHAN B :-)
100 ml santan kelapa
65 gram gula halus
2 camca besar tepung beras
20 gram tepung jagung
1 biji telur, dipukul sedikit
Secubit garam
1/2 camca teh perisa keladi
Sedikit pewarna ungu @ violet

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan kukusan, alas acuan bulat 8 inci dengan plastik bersih, sapu sedikit minyak makan. Ketepikan.
  2. Satukan semua bahan2 A, kecuali keladi lecek. Kacau rata dan tapis. Masukkan keladi dan kacau rata. Tuang dalam tin dan kukus 20 minit, tutup tin dengan alumunium foil atau tudung periuk.
  3. Satukan semua bahan2 B, kacau rata dan tapis. Kemudian tuang perlahan2 atas bahagian putih tadi, sambung kukus untuk 20 minit lagi. Tutup juga dengan tudung periuk. Sejukkan sebelum dipotong, Hidangkan untuk minum petang... Selamat mencuba!!..

8 comments:

CT Delima said...

As'salam Mat

Nampak talam keladi terus aje k.ct terbang kesini. fav k.ct dan Che Mat ni, kalau puasa gerenti beli nak buat malas..hehehe

Nanti k.ct cuba gak lah sebab keladi ada tu tergolek malang gak..hahaha

ROSE said...

mmg respect la kat CMG....betapa rajinnya lah insan yg bernama CMG....mmg pandai dan ini mmg buat saya terliur....

Asyifa Mustaffa said...

Sedapnya la hai talam keladi CMG,
mengiurkan !!!!

Mas Michiko said...

MY FAV NI... SEDAP!

Chah said...

Oh kesukaan ku...cemana cikmat tekap tu jd elok jer.. kalau saya haruzz sememehss tepi2 dia...acuan cikmat jenis yg tinggi yer? Bukan cookies cutter...errr mana beli? Macih!

Sis Lin said...

Huwaaaaaaaaaa bertambah2 lagi majuk aku bila nampak itu talam keladi....

Ko nk tau satu cite tak? duluuuu waktu muda2 dulu, Mak aku suka bergurau dgn abah aku. Abah aku suka makan kuih talam keladi, tapi Mak aku dgn muka serius dia kata, org lelaki tak boleh makan keladi nnti MIANG! hahahaaaaaaa...
Aku yg tgh hingusan ni duk tercenggang2 dengo..hahahahhaa

Yatie said...

hah3..klakor baca komen Sis Lin tu, uwaaaa che mat, aritu masak batang keladi..arini buahnya pulak..adoyaiii ada lagi ke keladi yg lum di masak..meh bagi kat akak..sok bolehlah wat asam keladi dan talam keladi juga....jeles taw tngk kuih talam orng bujang yg sungguh ayu...eeehhhh ayu ke... hensemlah kuihnya..eehhh apa2 jelah...mentuk love lagi..

Azie said...

As salam. Cantiknyer warna kuih Che Mat ni. Saya memang selalu mengikuti blog CMG. Nnt bolehlah singgah blog Azie Kitchen ya

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.