BEN ASHAARI

Friday, March 23, 2012

TUMIS TAUGEH SOTONG

rsz_dsc_9941
Sedapnya sotong, tapi apa nak buat hanya mampu memasakkan, melihat dan menghidu bau..makan cannot lahh, nanti jadi gatal's dan seakan2 itu beruk..tak rela. Ini masak untuk big boss, dia suka masak2 macam ni dan taugeh lagi. Macam musim taugeh pulak dah. Takpe makan sayur banyak bagus, sekali lagi minta maaf, resipi ini bukan untuk anda2 yang tidak makan taugeh, yang mat ingat kekanda Kak Ct Delima tak makan taugeh. Masakkan macam ni kena dihidangkan segera lepas dimasak. Kalau lama, nanti taugeh tu dah lembut, jadi kurang rangup. Sotong tu dah semestinya menjadikan masakan anda lebih manis..kann...lepas tu gatal2 juga...kannn, bagi mereka yang alahan lah. Bila masak macam ni, nak cerita banyak pun tak guna, sebab modal takde, cuma satu saja, sotong tu jangan masak lama2 nanti liat...dan bila masukkan taugeh, besarkan api, gaul dan balik2kan sekejap, rasa dan jika ok, terus matikan api. Senang kan... Ok resipi seperti dibawah...

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 genggam taughe, cuci dan toskan
Sotong secukupnya (yang ni ikut budget lah yea)
1 keping tauhu, dadu dan goreng, toskan
1 biji cili merah, hiris
1 biji cili hijau, hiris
1 biji bawang besar, hiris
3 ulas bawang putih, diketuk
1 camca besar sos tiram
2 camca besar sos ikan
1/2 cekak soo hoon, kerat pendek dan rendam hingga lembut
Sedikit air
Garam jika perlu

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang besar dan bawang putih hingga harum, masukkan cili merah dan hijau, kacau dan tambah sos tiram. Masak sekejap. Tambah sotong dan tauhu goreng.
  2. Tambah sos ikan dan juga sedikit air. Bila mendidih, masukkan taugeh dan soo hoon (toskan), gaul rata, gunakan api besar, rasa dan jika perlu, tambah sedikit garam. Masak sekejap, matikan api dan hidangkan panas...

4 comments:

Qasey Honey said...

myelerakan sgt...mmg sempoi resepi ni..sedappp

Amie said...

Makan panas2 ni mat... memang sodap!

laskar pelangi said...

alahai...terliur =,-

Emma said...

seronok memasak kalau ramai yang berebut nak makan.....geram la nengokkan sutun tu..