IKAN KEMBONG SUMBAT KELAPA..

rsz_dsc_9853
Ikan kembong sumbat kelapa, kejap lagi ada yang kata, CM, ai guna ikan cencaru kalau buat resipi ni. Kalau guna ikan cencaru, tukar je nama ikan tu, jadi lah Ikan Cencaru Sumbat Kelapa, selesai masalah dah. Lepas tu tanya lagi, ikan kembong sedap ke buat macam ni?...Sedappp..sebab ikan kembong daging dia banyak dan berperisa, nak2 guna ikan kembong yang bontak2 tu, ada orang gelor ikan mabong. Ikan perlu dibelah belakang dia dan isi perut perlu dikeluarkan berhati2, ini untuk mengelakkan perut dia terbocor. Kalau anda guna ikan segar, insya Allah takde masalah. Selalunya ikan akan dibakar tapi ada juga yang digoreng. Tang bakar tu terpulang, atas api bara boleh, atas kuali boleh (dah semestinya kuali ajaib..ehem ehem), dalam oven boleh, pendek kata buat je lah apa2 pun janji ikan tu masak. Di sini mat letak resipi untuk 3 ekor ikan, rasa2nya untuk 4 ekor ikan pun boleh.. Ok dah faham semua, kalau dah kita lihat resipi tapi sebelum tu entri pilihan DTS malam ni, di sini.. Terima kasih...

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 - 4 ekor ikan kembong saiz sederhana besar
Benang untuk mengikat ikan (kalau dapat guna benang cotton)
Sedikit minyak zaitun (atau minyak biasa)
1 biji telur, pukul sedikit (guna 1/2 sahaja)
2 camca besar cili kisar (yang ni ikut suka)
1 camca besar jus asam jawa
1 helai daun kunyit, mayang halus
3 camca besar kelapa parut putih
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN TUMBUK LUMAT :-)
1 biji bawang besar
4 biji bawang merah
1 batang serai, hiris halus
1/2 cm lengkuas
1/2 cm halia
2 ulas bawang putih
1 cm kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan dibelah belakang, gunting pada bahagian antara 2 insang ikan hingga putus, perlahan2 tarik keluar perutnya, cuci bersih (cuci dari bahagian atas ikan yan telah dibelah dengan berhati supaya perut ikan tak terpecah). Toskan.
  2. Gaul kelapa parut dengan bahan tumbuk lumat, tambah cili kisar, asam jawa, daun kunyit yang dimayang halus, perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Tuang 1/2 bahagiann telur, kacau rata. Bahagikan kepada 3 bahagian (kalau ikan anda 4 ekor, bagi pada 4 bahagian).
  3. Ambil seekor ikan, sumbatkan 1 bahagian kelapa tadi sehingga penuh, kemaskan. Kemudian ikat ikan tadi, tapi jangan ketat sangat, agak2lah yea (seperti dalam gambar). Buat kaedah sama pada baki ikan dan kelapa.
  4. Sapu sedikit minyak pada kuali dan bakar ikan tadi (kalau tak nak sapu pun takpe, terutama yang guna kuali non-stick) atau bakar dalam oven. Untuk 10 minit pada setiap bahagian. Boleh hidangkan bila siap dibakar, tapi pastikan anda buang ikatan pada ikan sebelum dimakan...

Post a Comment

10 Comments

  1. sedap tu.
    selalu juga buat tapi guna ikan cencaru jer.

    ReplyDelete
  2. salam CMG. sy ingat sy sorg je guna tali tu utk ikat ikan sumbat sy! :-)

    ReplyDelete
  3. baru kemas kalau ikat gitu ye cik mat. insyaAllah boleh dicuba.. tapi kene ada pan ajaib dulu ;-)

    ReplyDelete
  4. uwaaa 2 hari lepas akak wat ikan sumbat kelapa mcm ni...tapi tak ikat...tapi ok gak..sesekali layan ikan bakar mcm ni sedapkan...(sebenarnya nak ikat gak, tapi toleh kiri..toleh kanan tak tau nak guna benang apa..yg ada benang jahit..halusss sangattt...so takyah ikat..he3.)

    ReplyDelete
  5. waaaaaah..sedap nie..siap ikat lagi..hehe..takut lari ye ikan tu..

    cmg..try buang tulang nya tengok..mak shida selalu sumbat kelapa..dia tanggalkan tulang tu...shda pun tak pandai nak wat cmne..huhu

    ReplyDelete
  6. ikan sumbat ni kalau kat kelantan sgtlah sedap =).tapi cam DTS nye pon sedap.hehe

    ReplyDelete
  7. minta izin kopipes ye che mat... tq

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.