KERABU BABAT ALA PRANAKAN.

rsz_dsc_9928
Salam Jumaat semua. Entri pertama hari ni mat share kerabu babat bersantan. Ini ada sedikit pengaruh peranakan. Mat guna taugeh, jadi pada mereka yang tak makan taugeh, minta maaf, dan anda boleh ganti dengan kacang panjang, kobis juga sesuai, tapi kalau kobis anda celur sekejap. Mat guna juga kelapa yang disangai hingga perang dan ditumbuk hingga halus, tapi bukan sampai berminyak seperti kerisik. Kelapa tak perlu sampai hitam, cuma sedikit perang sudah memadai. Jus limau kasturi menjadi pilihan kerana selain rasa masam dia yang lain dari limau nipis dan lemon, bau dia juga harum. Kerabu gaya ini, santan dimasak bersama bahan2 tumbuk, masak di sini bukan lah sampai mendidih, cuma dimasak hingga suam. Jika ia tidak habis dimakan, anda perlu simpan dalam peti sejuk. Ok sebelum kita lihat resipi, singgah dulu di sini untuk melihat entri pilihan DTS.. Terima kasih semua... (^__*)

BAHAN-BAHANNYA :-)
400 gram babat atau perut tuala, hiris kecil*
1 inci halia, dititik*
2 ulas bawang putih, dititik*(*direbus hingga babat lembut, toskan)
2 gengam taugeh, dibuang ekor, cuci dan toskan
1 helai daun kunyit, mayang halus
1 biji bawang besar, hiris halus
5 biji cili padi merah, hiris halus
5 biji cili padi hijau, hiris halus
2 -3 biji limau kasturi, perah jusnya
3 camca besar kelapa parut putih, goreng perang dan tumbuk halus
Garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan santan
2 biji cili merah*
6 biji cili padi*
3/4 inci belacan*(*tumbuk halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan bahan tumbuk halus dengan santan, kacau rata dan masak hingga suam, tak payah sampai mendidih. Sejukkan.
  2. Dalam satu bekas, masukkan babat, taugeh, hirisan daun kunyit (tinggalkan sikit untuk hiasan), hirisan bawang besar, hirisan cili padi merah dan hijau serta kelapa tumbuk. Gaul rata.
  3. Masukkan no. 1, tambah garam secukup rasa, sedikit gula dan jus limau kasturi secukupnya. Gaul hingga semua rata. Tabur baki hirisan daun kunyit dan sedikit hirisan cili padi sebagai hiasan sebelum dihidangkan. Simpan dalam peti sejuk jika tidak habis dimakan...

Post a Comment

3 Comments

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.