"JELITA" MASIH SUDI MENGORAT AKU!..

Assalammualaikum, salam malam, entri terakhir malam ni mat buat penghargaan untuk Majalah Jelita Februari 2012, atas kesudian menyunting beberapa resipi untuk dimuatkan dalam majalah beliau, terlebih dahulu ucapan terima kasih pada penyelaras baru ruang resipi untuk majalah Jelita musim ini iaitu Norashikin Md Nor. Tapi tak lupa juga ucapan terima kasih pada bekas penyelaras Jelita dulu, Puan Lily Haslina, kerana beliau lah yang menghidu kami2 blogger masakan dan diberi peluang menghiasi dada ruangan resipi dalam majalah jelita. Entri resipi DTS ke Jelita untuk kali pertama di sini... Kalau ada orang yang tanya kami, bangga ke resipi u all dapat masuk Jelita.. Eh mesti lahhh, serius, malas nak hipokrit, walaupun mulut menafikannya, dalam hati tetap rasa bangga...bangga tu bukan riak tapi untuk memotivasi diri sendiri, satu lagi pada mat, makin ramai blogger masak yang dapat peluang ke Jelita, lagi meriah dan secara tak langsung menaikkan nama blog masakan... Oh yea tahniah Jelita kerana ada satu ruangan untuk "Cef Blogger" yang mana ia akan review blog2 masakan terpilih, soo sweettt.... (^__*)

Ok, untuk kali ini mat diminta menghantar 7 jenis kek sebagai menu untuk minum petang. Sebenarnya dateline telah diberi, tapi ada sedikit pertindihan dengan satu lagi benda yang mat harus siapkan. Maka berlaku kesilapan bila Kak Batik Horlick Sakura tu terlupa nak tulis "Horlicks" dalam resipi..grrrr...tu pun mat dapat tau lepas sorang teman FB inbox dan tanya. Bila check2 balik baru prasan, jadi bagi mereka yang ingin membuatnya sila tambah Horlicks kat situ sebanyak 1/2 cawan. Dan terima kasih mat pada Sunah Sakura, atas idea bernas anda. Yang lain2 tu macam biasa lah, anda tau bila dah beli nanti....


Di samping tu Blogger Noosha juga turut menghiasai Jelita kali ini dengan resipi2 yang sungguh menarik dan "seksi", (gambar kiri) blog beliau di sini.. Tahniah Noorsha. Dan tak lupa pada Chef Amer, pakar membuat coklat yang turut menjadi penyeri....bess2 resipi Chef Amer, nak try nanti..dan Chef Amer juga ada membuka kelas membuat coklat dan masakan2 lain, ke sini, untuk lebih maklumat. Pada anda semua Tahniah yeaa.. dan terima kasih sekali lagi Jelita.

INDAH BERSINAR BINTANG KEJORA
WALAU JAUH NUN DI ANGKASA
KASIH KU UCAP SEHARUM SEROJA,
MOGA JELITA ANGGUN SENTIASA...

Post a Comment

13 Comments

  1. tahniah cik mat!!
    ayu tumpang gembira..
    terbukti DTS sentiasa bertenaga.............

    hep!!!!!!! horey..

    ReplyDelete
  2. Tahniah Mat!Dah lama tak beli Jelita tapi kerana ada resipi Mat, esok juga gi cari Jelita.

    ReplyDelete
  3. Tahniah Che Mat...sememangnya CMG layak menghiasi dada majalah²....itulah, baru je perasan yg resepi awal tu takda horlicks dalam bahan2 walopun ada nama horlicks di tajuknya...dari 2-3 hari lepas beli tak sempat nak membelek²...ni sementara anak² tgh tido awal, baru la dapat baca kulit ke kulit...terima kasih juga atas ucapan CMG tu.. rasa terharu n sgt berbesar hati blogger popular sudi meluangkn sket masa drop by ke blog sy n ucapkan tahniah....semoga apa yg dikongsikan mendapat keberkatan bersama termasuk blogger masakan lainnya...insyaallah pasni lagi ramai blogger masakan dpt menghiasi dada mag.. :)

    ReplyDelete
  4. Tahniah CM..saya tumpang gembira. Muga perkongsian yang cm berikan ni menjadi motivasi bagi blogger² lain terutamanya yang baru seperti saya.
    Muga perkongsian ikhlas ini memberi banyak ilmu serta mendapat keberkatan-NYA...

    Tahniah sekali lagi CM...

    ReplyDelete
  5. Tahniah buat Cik Mat dan Kak Noorsha. Moga perkongsian ikhlas daripada kalian dapat beri manfaat pada semua.

    ReplyDelete
  6. tahniah cik matt!!!
    esok nk pi beli majalah tu!

    ReplyDelete
  7. Cik mat, Salam Maulidur Rasul 1433 hijrah, salam dan selawat ke atas Rasul junjungan kita Nabi Muhammad SAW.

    cik ina tumpang bangga ngan blogger yang mana resepi dan blognya masuk dalam majalah. jelita tu cik ina beli , ada 3 blogger kat dalam tu : )

    ReplyDelete
  8. tahniah, CMG! :) salam Maulidur Rasul & selamat berhujung minggu! ;)

    ReplyDelete
  9. tahniah kpd DTS.. BTW pak cik mat ada resepi coklat homemade yg sedap x?? lau ada kongsikan boleh? :)

    ReplyDelete
  10. Salam Maulidur Rasul buat Mat dan keluarga..

    Tahniah daripada akak dan keluarga..
    Dari dulu akak dah kata mat mmg seorang anak muda yg sangat berbakat..
    Tak lokek ilmu dan sentiasa ikhlas..
    akak sangat bangga mengenali mat dan memilih mat sebagai salah seorang idola masakan akak..

    semoga rezeki mat sentiasa di murahkan oleh Nya..

    Tahnia juga kepada bloger-bloger lain yang turus sama menghiasi dada majalah Jelita keluaran Feb
    Semoga bloger masakan semakin mendapat tempat di hati pengemar-pengemar dunia masakan..

    Akak melihat perkembangan ini dari sudut yang positif.. banyak kebaikan di samping amal jariah yang dilaksanakan..

    Tahniah buat semua daripada akak Di Masam Manis

    ReplyDelete
  11. Assalam Mat, maaf baru berkesempatan dan beronline...akak balik kampung jenguk dan jaga tokwan di hospital kejap gantikan mak. Tahniah setingginya buat seorg sahabat n sifu blogger yg sgt dihormati..mmg selayaknya! Tdk mgkin seorg yg berkebolehan, kreatif n gigih spt Mat dipandang remeh. Moga Mat terus berkongsi dan diberikan ganjaran sebaiknya, insyaAllah..amiinn.

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.