Satu lagi entri mudah, sebenarnya juga entri tertangguh. Bukan tak nak letak entri yang nampak meriah, tapi tak buat, jadi macam mana nak letak. Bila masak yang mudah, kadang2 rasa segan nak letak kat blog, tu orang lain, kalau mat gebu, memang mat tak kesah. Apa yang aku masak, aku letak. Bila berblog kena ada pendirian. Mat selalu letakkan diri dalam keadaan selesa dengan semua pihak, jika A tak bertegur sapa dengan C, D, E atau sampai Z sekali pun, mat sebagai B, akan ok dengan semua, antara mereka yang ada masalah tu dia orang punya pasal. Satu lagi tebiat mat gebu, kalau aku tak suka orang tu sekali pun, tapi kalau dia mempunya resipi yang hebat, mat tak teragak2 nak mencuba. Pada mat apa yang mereka masak kita tak boleh samakan dengan perangai mereka, ia adalah satu pengasingan watak. Hmmm tu mat gebu lah, orang lain aku tatau, nak kata aku pelik, pun takpe, sesungguhnya setiap manusia Allah cipta ni berbeza2 antara satu sama lain walaupun adik beradik sendiri.....Ok resipi mudah pulak...sedap ni makan dengan nasi panas atau bubur nasi..
BAHAN-BAHANNYA :-)
3 biji kentang
1 genggam ikan bilis yang telah dibersihkan, rendam sekejap toskan dan perah airnya
1 biji bawang besar
1 camca besar bawang goreng
2 camca besar jus asam jawa
2 senduk nasi cili kisar
Garam dan gula secukup rasa (mat guna sedikit serbuk perasa)
BAHAN TUMBUK HALUS :-)
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 keping hirisan halia
2 keping hirisan lengkuas
1/2 inci belacan
CARA MEMBUATNYA:-)
BAHAN-BAHANNYA :-)
3 biji kentang
1 genggam ikan bilis yang telah dibersihkan, rendam sekejap toskan dan perah airnya
1 biji bawang besar
1 camca besar bawang goreng
2 camca besar jus asam jawa
2 senduk nasi cili kisar
Garam dan gula secukup rasa (mat guna sedikit serbuk perasa)
BAHAN TUMBUK HALUS :-)
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 keping hirisan halia
2 keping hirisan lengkuas
1/2 inci belacan
CARA MEMBUATNYA:-)
- Kentang dikupas, belah 2 dan hiris sederhana tebal kemudian goreng hingga kuning keemasan, angkat dan toskan. Ikan bilis digoreng hingga garing, angkat dan tos. Ketepikan.
- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, masukkn cili kisar dan tumis hingga garing, masukkan jus asam jawa, perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Masak hingga pekat.
- Masukkan bawang besar dan masak sekejap. Tambah kentang, ikan bilis dan bawang goreng, gaul rata dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Boleh hidangkan..
6 Comments
Kalau mase duduk asrama dulu, ne lah menu suh mak buatkan banyak2, seminggu boleh tahan...Jimat duit.
ReplyDeletesalam maulidur rasul jom sama2 perbanyakkan selawat:)
ReplyDeleteowh mlm ni nak masak nilah sedapnya makan dgn nasi panas2 terima kasih kerana sentiasa menyelamatkan supermama di saat2 genting di dapur ngeee ^^
Racun selera ni cm...ingat zaman sekolah duk asrama...bekalan wajib mak bwk tiap² minggu....best.
ReplyDeletesedapnya......
ReplyDeleteni klo masak, kompom bertambah nasi, walopon xde geng nk makan.
ReplyDeleteikan bilis tu tak perlu goreng dulu ye pcm...
ReplyDelete