BEN ASHAARI

Tuesday, January 10, 2012

KITA SARAPAN DULU....JOMMMM....

rsz_dsc_3315
Cakk!!..Selamat pagi, hari ini Selasa 10 Januari 2012 Masehi bersamaan 15 Safar 1433 Hijrah. Dah sarapan?.. Sedenak pagi2 dah hujan, tapi renyai2. Sejuk dan dingin. Hari ni sarapan yang simple2 saja. Selain ada biskut kering, ada juga roti, hmmm terasa nak makan roti telur pulak, tapi yang ni mat campur cheeddar cheese, pengsan lah lelemak bertambah. Mat buat dalam 4 keping macam tu. Ini resipi biasa saja, tapi anak2 suka, anak tua pun suka gak. Mat guna minyak zaitun untuk menggoreng, tapi bukan banyak sangat, setakat 1 camca besar macam tu. Minyak zaitun ni bagus sebab ia ada unsaturated fat...jenis lemak tak tepu, jadi bila masuk dalam body, dia kena heat dalam badan, ia mudah cair. dan minyak zaitun juga baik untuk jantung, walaupun harga dia sikit mahal (bergantung pada jenis). Resipi ni sesuai untuk anak2 bersarapan sebelum pi sekolah...resipi seperti berikut....

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 keping roti sandwich (mat guna Gardenia)
2 biji telur*
1 biji bawang holland, dadu kecil*
1/2 camca teh serbuk lada hitam*
2 - 3 camca besar parutan keju cheddar*
1 ulas bawang putih, cincang halus*
Secubit garam*(*disatukan dan pukul rata dengan garfu)
Sos kegemaran
Minyak zaitun untuk menggoreng

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan non-stick pan dengan sedikit minyak zaitun. Ambil sekeping roti, ratakan bancuhan telur pada kedua2 bahagian dan letak dalam pan tadi. Masak hingga keperangan, terbalikkan dan buat sama pada permukaan satu lagi. Kalau pan saiz besar boleh goreng 2 keping.
  2. Buat kaedah sama untuk baki bahan2. Sajikan sebagai hidangan untuk sarapan bersama sos kegemaran atau dimakan begitu sahaja. Sesuai juga untuk minum petang. Selamat mencuba!!..

19 comments:

Sunah Sakura said...

ehe..kak ila pandai buat ni!

Sunah Sakura said...
This comment has been removed by the author.
zaMir said...

saya biasa buat nih letak bawang, lada hitam....nak try la nnt letak keju...mcam sedap je...

fatin amalina husna said...

pagi nie sarapan nasi lemak..^^
lemak pon brtambah larr..=='

Puan Fifiey said...

feberet saya ni cmg.. tapi saya bakar atas pan non stick jer.. tak guna minyak.. kalau guna minyak mesti sedap lagi kan..

Puan Fifiey said...

feberet saya ni cmg.. tapi saya bakar atas pan non stick jer.. tak guna minyak.. kalau guna minyak mesti sedap lagi kan..

Tina Othman said...

sedapnya cik mat, dulu2 masa kecik mak buatkan untuk bekal g sekolah, skrg turn diri sendiri pulak masakkan roti telur ni untuk bekal anak pulak =)

susumanis said...

lama da x buat nih..sok leh try :)

kakchik@ella said...

Aduhai cik mat.. Kak chik mmg tgh cari resepi roti yg senang. thnks sharing ye cik mat. nnti kc nak cuba buat.

Kasawari said...

salam mat.. lama tak ke sini sejak skodeng kat FB.. mak saya dulu selalu buat roti telur dengan roti perancis yang panjang2 tu kalau balik dari singapura..

maszull said...

assalamualaikum cik mat....sarapan yg simple tapi bestkan...:)

zulfikar hazri said...

Feveret aku sangat masa kecik2 ni.. rindu2

minsal said...

Assalamualaikum.

Makanan ni namanya 'French Toast' kan
Che Mat?
Kak Sal suka makan ngan sos cili.
Cicah madu pun sedap kan?

Cik FaRiZaM said...

dap nyer !!!!!!!!!!!!!!nak nak nak nak nak nak nak

LUTFI SYAFIQ said...

<---pandai buat jugak! hahahah!

Zurina Hj.Zainal said...

favourite my kiddo...hehehe...

Rozuan Ismail said...

bawang holland tu kena beli kat belanda ke PCM?

Ms Lia said...

Favourite kami di rumah. Simple, tapi sedap. Cicah dengan cili sos, lagi sedap!

Kalamhati said...

juling biji mata tengok..hehehe yummy!

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.