Salam malam, mungkin ini entri makan2 terakhir malam ni, sebenarnya ada plan lain mat nak buat petang tadi, tapi kan keadaan sungguh rasa tak selesa, mat macam tak boleh nak beri tumpuan, fikiran pun terganggu, jadi sebagai langkah selamat, mat tangguhkan dulu, insya Allah esok. Entri kali ni nak share satu minuman warisan orang2 Johor dulu kala. Mat pernah buat sekali dulu, tiba2 teringin nak buat lagi. Sejenis minuman berasaskan santan dan buah kuini yang diberi nama "Laxsamana Mengamuk", resipi asal dari kenalan mat "Puan Azura" the true blue Johore Lady..perghh pitamm >__<. Kenapa nama minuman ni Laxsamana Mengamuk?. Menurut kesah orang dulu2, satu ketika di Riau (masa tu Riau dalam jajahan Johor), seorang laxsamana telah mengamuk di kebun buah kuini, beliau menebas2 dan menebang pokok kuini kerana terlampau marah. Buah2 kuini bertaburan jatuh ke tanah. Ada sorang ibu telah mengutip buah2 kuini tadi, mengupas dan meracik2 halus, diletaknya santan, air gula dan sedikit garam..maka jadilah satu hidangan minuman atau pencuci mulut. Mengenangkan peristiwa itu, maka minuman tadi diberi nama Laxsamana Mengamuk...begitulah al-kesahnyaa.....
BAHAN-BAHANNYA :-)
2 - 3 biji buah kuini masak ranum
1 liter santan dari 1 biji kelapa parut
Secubit garam
Gula secukup rasa
1 helai daun pandan, disimpul
Air batu kiub secukupnya
CARA MEMBUATNYA :-)
BAHAN-BAHANNYA :-)
2 - 3 biji buah kuini masak ranum
1 liter santan dari 1 biji kelapa parut
Secubit garam
Gula secukup rasa
1 helai daun pandan, disimpul
Air batu kiub secukupnya
CARA MEMBUATNYA :-)
- Buah kuini, dicuci bersih, kemudian kupas dan racik isinya kasar. Buat hingga siap dan masukkan dalam bekas sesuai. Ketepikan.
- Santan dijerang bersama secubit garam, daun pandan dan gula pasir secukupnya (yang ni agak2 lah yea, tapi tak payah manis sangat, sebab buah tu sendiri dah manis). Kacau rata hingga gula larut, tak payah sampai mendidih. Sejukkan.
- Masukkan air batu secukupnya dalam jug, diikuti dengan hirisan buah kuini dan santan tadi, kacau rata dan biar sekejap hingga sejuk. Boleh hidangkan, baunya cukup harum dan menyegarkan....
CATATAN MAT GEBU :- Anda boleh ganti dengan susu segar atau susu sejat, kalau susu sejat tambah sedikit air..dan lebihkan daun pandan. Satu lagi cara, anda boleh masak air gula bersama daun pandan, sejuk dan tapis. Tambah dalam minuman tadi sehingga mendapat tahap kemanisan yang anda suka...
13 Comments
Nampak sangat sedap.. Ada sejarah tersendiri.. tak sangka.
ReplyDeleteOwhh gitu kesahnyaaa....boleh percaya ke ni Mat...hahaha.. ada aku kesaaahhh..wahahhaa
ReplyDeletetgh duk imagine cemana rasa dia ek..hehe
ReplyDeleteoohhh camtu kisahnya dengar nama dah gerun tapi air nya nampak best. Alahai pasnie kena lah cari buah qunin kat pasar mlam gara gara En.Mat buat kita teringin nak rasa segelas.
ReplyDeletetajuk tak tahan kan pcm kn
ReplyDeletelaksamana mengamuk xper, jgn dragon mengamuk..heheh
ReplyDeleteAssalamualaikum CMG,
ReplyDeleteTampak nyaman, rasa tentulah sedap!
@ nur-nba - Menarik sebab sambik minum, boleh bukak cerita sekali.
ReplyDelete@ kak ummi - ntah lah kak, kena gak percaya sebab ni asal-usul dia, macam kesah panglima Kulup..kenal tak?..
@ KH - rasa dia just nice dan wangi sebab bau buah kuini tu.
@ Ayu CR - kena test ayu, boleh ganti santan dengan susu segar atau ayu tambah sedikit santan dalam susu tu..
@ iffah - hahaha. ala2 blog sejarah pulak.
@ azila - erkk..kalau dragon bahaya.. pokok semua hangus..
@ mieza - wassalam....hmmm nice..
aduiyaiii nie kalau suami saya nampak nie...mesti bunyik2 perut dia
ReplyDeletewalalaaa... tu kalau laksamana yg ngamuk, dpt minum jus best, kalau jaman melinium ni cik mat? KPN yg ngamuk? huhuhu...
ReplyDeletewalalaaa... tu kalau laksamana yg ngamuk, dpt minum jus best, kalau jaman melinium ni cik mat? KPN yg ngamuk? huhuhu...
ReplyDeleteen mat, kalau orang jawa kat selangor panggil benda tu "rucuh kuini"...
ReplyDeletehehe, tak tau plak ada sejarah laksamana mengamuk...nice, nice!
memang sedap lagi-lagi letak ais.
pengsannnn...hehe
sedap dimakan sejukkk.....nyummyyy...
ReplyDelete