BEN ASHAARI

Tuesday, November 15, 2011

KEK MARBLE HATI LARA...

rsz_dsc_6737
Malam semua, ini entri terakhir mat untuk hari Selasa. Kenapa nama kek marble hati lara?.. Sebab mat memang hati lara, geramm..sebab apa..hmm tak payah lah kan cerita. Sebab geram, maka tadi saja2 lah menggodak kek, tatau lah sapa nak kasi perabih, ada lagi tu. Sebenarnya kek ni ialah resipi cupcake fresh blueberry tapi adalah sedikit pengubahsuaian. Kek ni agak lembap dan rasa dia pun just nice. Yang marble tu pandai2 lah anda buat atau nak corakkan macam mana gaya sekali pun. Ikut kreativiti memasing..

rsz_dsc_6733
Kek ni nampak macam rapuh sedikit kan, tapi kalau dibiarkan semalam, insya Allah ia akan lembap dan lunak, tak berderai bila dipotong. Kalau anda nak buat dalam bekas2 kecil pun boleh, terpulang. Satu lagi mat nak sarankan, tang marble coklat tu, anda boleh ganti dengan apa2 perisa, tapi standard lah orang kita kalau marble mesti adunan kosong dan adunan coklat. Apa2 sekali pun anda yang buat, jadi keputusan terletak di tangan anda...aduh dah macam reality show pulak...Ok lah mat tulis resipi dia...Jommm....

BAHAN-BAHANNYA :-)
180 gram mentega
140 gram gula kastor
2 biji telur gred A
100 ml whipping cream (atau susu segar)
220 gram terpung gandum*
1 camca teh baking powder*(*digaul dan diayak)
1 1/2 camca besar serbuk koko
2 camca besar air panas
1 camca teh esen vanilla
Secubit garam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin bulat 8 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi dan ketepikan.
  2. Putar mentega dan gula kastor hingga kembang, masukkan telur satu persatu sambil diputar hingga gebu. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung berselang seli dengan whipping cream hingga habis, putar rata.
  3. Ceduk keluar 5 camca besar adunan dan masukkan bancuhan koko, kacau rata. Senduk adunan kosong dalam tin dan sudukan beberapa bahagian coklat atasnya, lorekkn ikut suka anda.
  4. Bakar selama 40 - 35 minit atau hingga masak. Biar betul2 sejuk sebelum dipotong...Selamat mencuba.

14 comments:

cik cek said...

Jgn hati lara ya dik...dalam hati lara kuar kek cantik2...jelezzzzz akak....tak de sapa yg nak makan ke...bolehla tapau kan tuk akak sikit...:D

LaLa said...

sodap, lapa pulak tu...
da la x makan lagi ni :(

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

sedapnyer tgk kek ni


naper lara ni cik mat.moga hati kembali ceria esok hari

aimie amalina said...

weee
selalu buat kek marble, tapi mang x penah cube lag dgn whipping cream ha
emm3
mest lagi lemak dn lembut kan =]

pakcik mat! janganla lara2 no.. mimi doakan pakcik kembali ceria ye =]

Iffah Afeefah said...

nmpk lazat

tp cheese cake lg best

MamaFaMi said...

Memang lara hati mama tengok kek ko ni Mat!

Fatin Mraz said...

hai lahai...
nk cket..

Lelord said...

Kalau le doha ngan sedenak dekat dh buat lawatan dah utk kek marble lara ni

Oh Oeya said...

Layan dgn air kopi pekat.. panas lagi.. fuh!








Usah diikutkan hati yang lara CMat..

Eryati said...

namanya sungguh unit..kek marble hati lara

aDisH.sHidA said...

sedaaaaaaaaaaaaaaaaap nyer nampak...belum makan lagi..kalau makan mau gak nak tapau....


eh eh jangan lara2 sangat cmg..p lempar jauh2....

juliet said...

saya dah buat ikut resepi abg mat..tp x cantik..huhuhu..nanti nak try lagi..tengok ler cake saya kat sini http://julietjuliyana.blogspot.com

Jaisya said...

Semoga hati yang lara dah jadi gembira ya Mat.. Amin! Akak buat kek ni jap ni, thanks for the recipe. Derhaka experiment masuk zest Oren dan juicenye 3 sudu ganti air panas tu and pakai telur B, pastu buat 3 marble, chocolate, strawberry (guna strawberry filling plus color merah) and plain. Campur lak almond nips dalamnya dan tabur lagi atasnya..hehe. Jadi kek marble carca merba.. Kejadiannya sedap.. Thanks again Mat.. Ceria selalu ok..

ummuirfan said...

Bismillah...
Alhamdulillah walaupun nama kek...hati lara....tapi ianya menceriakan keluarga saya menikmati kek ini....sedappp sekali...afwan saya berkongi resepi kek ini dengan teman2 di fb....dengan link ke blog ini...jazakumullahu khairon CMG...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.